Sunday, June 5, 2011

60% gadis hilang dara menjelang usia 18tahun???!

selamat Hari Ahad semua! 

Tadi, lepas je bersarapan di KFC, aku singgah di kedai sebelah KFC untuk membeli surat khabar. Ya! ku dah lama betol tak baca paper, akibat ketiadaan masa dan atas alasan ingin menjimatkan duit. Aku beli Metro dengan Kosmo sekali. Pada mulanya, ku hanya ingin membeli Kosmo sahaja sebab tertarik dengan berita tentang Upin&Ipin, tapi tatkala terpandangkan tajuk hadapan Metro yang memang tak boleh blah, aku pun grab terus Metro yang berharga RM2 itu.

Pada yang dah pun membeli Metro hari ini, mesti dah tahu apakah tajuk depan akhbar Metro bukan? Ya! Tajuknya ialah ''Karam di Rumah". Jom kita berbicara lanjut pasal isu ini.

motif gambar??
"Liciknya anak gadis alaf baru hingga ada yang mengaku pernah mengadakan hubungan terlarang dengan teman lelaki seusia 5kali seminggu di kediaman keluarga seawal usia 14tahun ketika ibu bapa tiada di rumah" -->rujuk muka6 Metro

Ya Allah, apa nak jadi la manusia zaman sekarang. Muda lagi kot, baru nak hidup dah terjebak dengan masalah sosial macam tu. Dah la buat dosa, pastu berani pula buat kat rumah sendiri. Memalukan!

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, berdasarkan soal selidik membabitkan 2,800 responden berusia 15-25tahun yang dijalankan di sebuah IPTA dengan portal YouthSays.com, baru-baru ini, "Sebanyak 60% gadis hilang dara menjelang umur 18tahun, manakala 24% mengaku pernah melakukan seks dengan lima lelaki."


Korang terkejut? aku sendiri terkejut mendengarnya tapi inilah hakikat yang perlu kita semua akui. "Sesungguhnya remaja hari ini tahu mengenai seks lebih awal, seawal 10-11tahun" kata Mashitah lagi.

"Majoriti memperoleh maklumat daripada teman sebaya atau internet, dan ada juga mengenali seks melalui pornografi. Amatlah sedikit mengetahui seks dengan bertanya ibubapa atau guru." katanya.

kira-kira 30% remaja memikirkan seks setiap hari dan 50% tidak pasti mereka mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan.

malah, 33% hasil menunjukkan gadis yang masih di tingkatan 4 pernah melakukan hubungan seks. dua per tiga pelajar melakukan seks kerana ingin cuba-cuba dan berseronok, manakala selebihnya kerana mengikut kehendak teman lelaki atau diajak kawan.


so!

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? adakah remaja itu sendiri ataupun ibubapa? 

Wahai Remaja, fokus lah pada pelajaran dahulu. Dengarlah cakap Ustazah korang. Ustazah tak kasi bercinta dulu mesti ada sebab punyer! janganlah terjebak dengan hubungan yang terlarang ini. Nak bercinta pun, tunggulah habis belajar dulu. Tak kesian ke kat ibubapa yang selam ini bersusah payah nak membesarkan kome?? haish

Wahai ibubapa, jagalah anak kome baik-baik. Pantau lah mereka. Jangan asyik dengan bekerja, main facebook dan sebagainya. Jagalah tepi kain anak-anak, datangkan perasaan curiga tu sikit dan bertegaslah dengan anak-anak. Jangan bagi kebebasan melampau pada diorang. Tak mustahil, bila nasi dah menjadi bubur nanti, diorang akan salahkan korang balik. Peranan ibu bapa dalam menangani hal ini amat amatlah penting!

Semoga, hal ini mendapat perhatian daripada semua pihak. Sama-sama kita berusaha menanganinya!

Peace yo! apa-apa pun tak boleyh..haha

8 comments:

Farhana Jafri said...

malaysia dh jd mcm barat skrg ni.. mkin lama mkin sukar nk bendung.. ksian tgk anak2 rmaja skrg.. nk slahkan ibu bapa pon xboleh jgak.. diri sndri pny ksdaran tu kna ada.. moga allah beri petunjuk kpd dorang ni.. kita cube je la yg trbaik tuk kita and kturunan kita :)

zati embong said...

jat pernah terbaca budak2 skrg da mcm kat europe je perangai.bangga bila dah xde dara.thats y ada je kes menunjuk2 plak dia da xde dara.

Unknown said...

Berdoa dan berusaha,

Never give up,

Jalan perjuangan tidak akan habis,

Selagi nyawa di badan.

Hadapi dengan tabah dan tenang mengharap padaNya..

:)

Unknown said...

pegangan agama kene kuat.

syanabel said...

Farhana Jafri : Betul tu, kesedaran remaja tu sendiri kene ada. Dan sama-sama lah kita doa yang terbaik untuk bangsa sendiri~

syanabel said...

fuh, yang ni mmg first time dengar. dasyat betol smpi bangga dah takde dara..adoyai

syanabel said...

azree : ??

syanabel said...

ezan : yup, itu benda utama yang perlu dijaga!

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...