Monday, June 21, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !


Berhubung tajuk di atas .. maka dengan itu entri ini terkeluaq .. hehe



Masa aku  'mula aktif' berblog semula, BLOG HA menjadi antara blog yang aku suka baca. Apa maksud 'berblog semula'?. ..info: aku mula berblog 2 tahun lepas, tapi sebab dah ter'delete' entri yang lama-lama, I'm officially 'mula aktif' pada awal tahun 2010!!.. Blog HA dijumpai secara tidak sengaja (tak ingatlah jumpa kat mana). Yang pasti, antara daya penarik blog HA selain daripada gaya penulisan yang bersahaja dan kelakar adalah, Background Muzik yang best (lagu Ya ALLAH-wali band). Kiranya, kalau online mesti buka blog HA semata-mata nak dengar lagu tu. Then, from this blog jugalah, aku kenal siapa itu Maher Zain. Lagu beliau (Maher Zain) memang menusuk sanubari jiwa dan raga..chewaah. Begitulah sejarah mengapa Blog HA menjadi 'blog pilihan'. Tapi sekarang blog tu dah takde lagu. But still minat nak baca entri beliau yang kelakar dan berilmiah..jom pakat ramai-ramai cek blog HA..hehe

Next!

Its All about Journey - http://joegrimjow.blogspot.com/

Sat pikir sat. Bila ek aku jumpa blog dia ni?? Daripada blog HA kot. Saje je nak view mula-mula. Follow pun sebab follower dia ramai sungguh. Aku pantang tengok orang yang beribu-ribu follower. Sekali cek..owh memang mantap blog Joe (lepas ini disebut blog J). Blog J sangat sempoi, banyak info, ada komik best (entri yang disampaikan melalui gambar berdialog). Seingat aku, entri beliau yang paling menarik minat aku adalah '5stage berblogging' diikuti dengan 'scene yang dipotong dalam Adamaya'. memang kreatif dan lawak sangat. Rugi tak follow blog J..hehe


Aku jumpa blog beliau semasa membaca majalah REMAJA. Dalam ruangan apa ntah. Ya, aku still baca REMAJA walaupun aku bukan di alam remaja lagi..uwaa. Ala, takpe la..Okay be serious. hmm..Rupanya, beliau ni sangatlah terkenal di kalangan blogger..aku je yang baru kenal. Nak kata artis bukan, cuma seorang penulis belog. Follower dia ramai sungguh. Memang tak caya gak mula-mula, tapi bila dah buka blog beliau..fuh..memang mantap. kalau tak silap aku, entri yang mula-mula aku baca, entri tentang rahsia diet. Lukisan beliau memang tak boleh blah. Lukis kat Paint je, nampak macam gambar burger, tapi rupanya gambar makanan dalam perut. (ala tak best cakap je, kena tengok sendiri) Jom cekidaud Blog HZ!

Last sekali,


Rasanya, tak perlu cerita panjang..ramai dah kenal kot blog ni. Banyak jugalah info untuk blogger newbie dia kongsikan. daripada BLOG BA lah, aku terdetik nak tukar template lama aku yang bereben-reben pink tu ..TQ BA! Selain daripada entri yang simple tapi  berinfo, beliau sangat rajin mengupdate entri. Yang terbaru, beliau ada post tentang nak buat list baru untuk blogger baru. Dia buka penyertaan sampai kul 12am je, dan aku sempat mengepost link aku kat entri beliau pada jam 11.57 pm..huhu...Jom cek blog beliau okay??

eh ada lagi satu blog tertinggal...


erk aku men pilih je blog ni sebab macam best je. baru je follow. Beliau sama bidang dengan aku. Hurm best kot sume entri dia. Antara petikan entri beliau yang aku rasa best nak kongsi dengan korang adalah:

"I also know that some might say, "I don't have anything to hide, so what's the problem?"


But would you two walk around the house naked after marriage, simply because technically, u "don't have anything to hide"? No? Why still hide it then?

Yes, boundaries."


So what else I can say?? Jom baca blog PS..hehe

Sebenarnya banyak lagi blog-blog yang best aku nak kongsikan dengan korang, tapi rasanya cukuplah 5 dulu..nanti-nanti eh..selamat membaca blog..hidup Malaysia (tak masal)...dadaaa


Belle' : MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG wonderful life of me


p/s: jujur aku katakan yang isi dalam entri ni sebenarnya adalah isi entri yang sama yang aku pernah post zaman dulu dolu. cuma aku ada la edit sikit2 sebab nak join segmen 'saya suka blog awak la'. So kire aku publish balik apa yang pernah aku tulis dulu..deal? hee

7 comments:

aima in luv said...

mereka semua best kan....

syanabel said...

Yuppy...thanks for the visit..hehe

wannurfazrini said...

terjah dr blog ben !

Ainismaira said...

1st time here.. slm pekenalan ^_^

Ainismaira said...

1st time here.. slm pekenalan ^_^

syanabel said...

wannurfazrini : thanks for coming..hehe

syanabel said...

Ainismaira : Salam perkenalan..maaf lewat reply~

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...