Sunday, July 31, 2011

bila aku bersajak, beginilah jadinya

bosan!
"malas nya aku nak study!"
kadang-kadang aku bosan menulis di Blog
aku bosan membaca Muka Buku
apa lagi mengupdate status di Twitter
malah aku sangat malas untuk membuka Lappy kesayangan ku ini
aku hanya ingin baring dan tidur sepanjang hari sahaja

*macam lirik lagu 'Lazy Song' pun ada ni*

namun, aku sedar itu semua hanyalah bersifat sementara
dan perasaan itu hanya hadir tatkala emosi diri ini kurang stabil
aku tidak boleh kalah dengan emosi
itu prinsip ku!
aku masih mencari.. ketenangan ..

kadang-kadang, kita lupa tujuan asal kita dihidupkan
kadang-kadang kita terlalu leka
terlalu asyik mengejar keseronokan
kekayaan dan pangkat
kita lantas terlupa asal-usul kita
kita lupa akan orang-orang yang telah banyak berjasa kepada kita
padahal tanpa mereka, siapa lah kita pada hari ini

Jangan lah jadi seperti 'kacang lupakan kulit'

hidup ini ibarat roda
kadang-kadang kita di atas dan tak mustahil kita juga akan berada di bawah
mungkin disebabkan terlalu lama di atas
kita lupa bagaimana perasaan bila berada di bawah
dan bila tiba saat kita berada di bawah
barulah kita sedar 
yang langit tak selalunya cerah
tetapi, boleh kah kita menerima kenyataan itu?

kadang-kadang kita gembira
kadang-kadang kita sedih
itulah kehidupan
tanpa nya
tidak ceria lah sesuatu kehidupan itu
ibarat kita berjalan di atas garisan yang lurus

pernah atau tidak kita terfikir!!

"sebenarnya, apa yang aku cari atau inginkan di dunia ini?"

pernah atau tidak kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan itu??

sejauh mana usaha yang kita sudah lakukan
adakah ianya..
hanya separuh jalan 
atau
kita telah cuba sedaya yang mampu
cuma nasib yang tidak menyebelahi kita?
oh tidak, menyerah kalah bukanlah sikap yang elok

pernah atau tidak kita terfikir..
"berapa lama lagi aku hidup ek?"
dan
"apa yang telah aku capai sepanjang aku hidup"
atau
"apa yang telah aku sumbangkan sepanjang hidup ini"
malang sekali jika tiada sumbangan atau kejayaan yang dicapai.
dan
syabas ok .. jika ada!

aku sedar, sebagai manusia biasa
aku tidak perlu berangan untuk menjadi seperti Tun Mahathir
tidak perlu menjadi sehebat Dr Sheikh Muszhafar
tidak perlu berbakat besar seperti Dato Siti Nurhaliza
aku adalah aku
aku tidak perlu menjadi orang lain!
cukuplah aku hanya sekadar
menjadi Hamba Allah yang taat akan segala perintahnya
menunaikan solat 5 waktu setiap hari
dan 
aku menjalankan tugasku dengan penuh dedikasi
sebagai seorang anak dan pelajar
hanya dengan itu sahaja
aku cukup yakin
ianya cukup untuk menjadikan aku..
hamba yang paling gembira & bersyukur sekali

'Angan-angan yang terlalu tinggi hanya akan membuatkan kita bakal kecewa di kemudian hari'
-namun jangan lah sampai kita jadi orang yang langsung tiada cita-cita-



Semoga berjaya, Syafiqah!

Sekian. Terima kasih sudi baca.

-maaf kerana menulis dalam keadaan emosi yang sedikit 'celaru'


3 comments:

Anonymous said...

Wah!!! Serius ada bakat. huhu... Teruskan. :)

Jo Qusary said...

bravo, bravo...

syanabel said...

thankssss =)

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...