Thursday, July 21, 2011

Kat Tioman ade pantai?

Salam.

Haiyya. Agak terbengkalai blog Syafiqa Belle ni kan?? huhu. Untuk pengetahuan anda yang belum baca WordlessWednesday#7, aku sepi kerana pergi bercuti ke Pulau Tioman, Mersing pada minggu lepas = 16 & 17 Julai 2011.


Haha. Aku ni pantang kalau ada orang buat reunion, aku mesti try gak menghadirkan diri walaupun susah camne pun. Dan, even ada 2orang je wanita daripada 12orang yang join..zas layan~ ini kes mengidam nak pergi snorkeling punya pasal selain nak jumpa membe lama yang hampir 6 tahun tak jumpa. Tahun ni 2011, kitorang abes SPM 2005.. so 6tahun la kan. Yes math aku masih intact!


Cerita bermula apabila aku menaiki bas ke Ipoh pada jam 3petang hari Jumaat. Fuh, memang jauh perjalanan luas pengalaman la kan, jam 7malam baru la aku sampai Shah Alam. Aku sendiri pelik, macam mana lah perjalanan Ipoh-Shah Alam boleh jadi sampai 4jam??!! Habis lebur plan aku nak hangout lama sikit dengan Fiza sebelum ku bertolak ke Mersing.


Nak dipendekkan cerita, kami sampai di SMSSI jam 3pagi. Esoknya, kami pergi beli barang tuk BBQ di pasar dan bertolak ke Jeti jam 11.30pagi. Terima kasih cikgu kerana sudi meminjamkan perkakas dan pantri bilik guru kepada kami. try tengok sikit anak gadis ini mengupas bawang..
try tengok anak bujang ni plak buat kerja...
ok la kan. Apa yang penting?? kerjasama..


Kami tiba di Pulau setelah hampir 1jam setengah duk atas Kapal Selam. Eh silap, Feri.. Tiba-tiba teringat soalan aku semalam, "eh kat sane ade pantai tak?" haha.. macam soalan budak tadika je Belle, adoi.

sampai-sampai je kitorang terus check in. Yes, budak laki kene kongsi 5orang satu bilik. Oh heavennya menjadi perempuan. 2orang satu bilik. hehe. Lepas siap-siap makan solat sume, kitorang terus pi mandi kat RockFall. Ah sejuknya air sungai tu. seronok! Pastu pi mandi pantai. Yes, Tioman ada Pantai ye Belle! Kesian Acid, kaki dia kene gigit ngan Landak Laut. (Tak sure la betul ke tak Landak Laut, aku maen bantai sebut je ni). Tu la, ghajin sangat pi teman Anode amek Bola.

Maafkan aku Acid, walaupun aku amek medic aku tak tau nak buat ape..haha. Maaf2. Haiyya, takde gambar la pulak nak tunjuk. Gambar sume dalam kamera Ari. Lepas puas mandi pantai, kitorang pi main Bola Tampar Pantai. Haha, memnag penat gelak je ah, bukan penat main. macam-macam gaye dan telatah kot. Serius lawak. Kalau la ade video, rasa nak rakam je =) Yes, team aku menang, dapat extra ayam tuk BBQ malam nanti..hehe

ni la wajah penganjur tuk reunion kami kali ni. Terima kasih Encik Aloq!

Malamnya, kami terus buat BBQ lepas having dinner. Alhamdulillah, tempat BBQ dia memang ada class. Aku kasi 4 daripada 5 bintang. Tempat tu betul2 kat tepi pantai, ada tempat duduk, ade pondok yang bermuzik lagi..haha. Terima kasih kat pakcik-pakcik yang tolong kitorang hidupkan bara api dan sediakan dulang, pisau, pengepit dan segala macam perkakas BBQ lah. Memang terbaik, semua lengkap & sangat memudahkan aktiviti kami. =)

sori, gambar agak kabur di situ
psst : ada sorang pak cik ni bagitahu, kalau kena gigit ngan Landak laut tu, cepat-cepat ketuk biar bisa dia hilang. Yes, itulah yang dilakukan oleh Acid. Nasib baik tak ikut cakap kapten. Ade ke nak suh curah air kencing wanita?? pelik tapi benar ke?? haiyya...

Esoknya.. aktiviti yang memang dinanti-nantikan iaitu snorkeling. Yeay, memang best bro! Tak perlu pandai berenang, cuma perlu pandai mengawal pernafasan dalam air. Pengalaman pertama aku semasa menggunakan Life Jacket dan benda alah Google tu, memang agak scary la. Takut woo lemas.

Tapi nasib baik ada Zul yang baik hati mengajar aku supaya rileks semasa berada dalam air. Dia kan, kalau ko cuak & gelabah, memang tak jadi la. Dia kene rileks je, sure ok punyer. Yang penting trust yourself..chewaah! dan di saat aku mula menyelamkan muka ku ke permukaan laut untuk melihat ikan-ikan yang comel, terujanya. Dengan roti yang aku genggam di tangan, aku biarkan ikan-ikan yang seakan-akan sepuluh tahun tak makan tu mengerumuni roti itu.

Cantik! tapi bila nampak ada ikan besar lalu depan mata, pok! terus terangkat kepala aku. haha cuak jugak tapi lame-lame ok. Ikan tu tak gigit pun dan takde lah besar mane pun. Ala, ikan je pun..hehe. Selain ikan, nampak jugak la coral kat dasar laut. Cantik! Cantik! dan Cantik! pengalaman manis yang tak mungkin aku lupakan (dah macam buat karangan BM)

wajah photographer kami, Anode. dia jugak lah yang buat INI
Tamat je aktiviti snorkeling, kami siap-siap berkemas, gi lunch dan ada la beli cenderamata sikit..hehe. Kami bertolak pulang kul 4, dan sampai Mersing hampir kul 7 jugak la. Then aku amek bas dari JB straight ke Ipoh. Thanks Anode sebab hantarkan aku. Alhamdulillah, aku tak terlepas pegi kelas pagi Senin tu..ahaha.


Jom layan gambar... gambar lagi pandai bercerita kot..ahaha





sesungguhnya, percutian aku kali ini merupakan kenangan yang paling indah sekali. Semoga ukhwah antara kita kekal terjalin mesra. Untuk Encik Aloq, jangan serik untuk anjurkan aktiviti seperti ini tau. overall, aku berpuas hati dengan Reunion kali ini. Walaupun ianya memerlukan perbelanjaan yang agak besar (RM200++) dan masa pun singkat (2hari 1malam), tapi saat-saat manis di Tioman dengan korang semua amat lah tak ternilai harganya kot.

Thanks to Shiro yang menaja perjalanan ku dari Shah Alam ke Mersing.
Thanks to cikgu Muhaidzar, yang banyak membantu melancarkan aktiviti kami ini. Begitu juga cikgu Rosnah dan lain-lain.
Thanks to Syahid yang banyak membantu Aloq dalam melancarkan Reunion kita kali ni.
Kepada rakan-rakan Intem SPM'05 yang lain, pastikan korang join tau tuk our next Reunion. Rugi woo tak join..hehe.

K see you guys next time =) Good Luck!!

miss u all~
p/s : eh gathering batch dah buat. Bila pula nak buat gathering Alumni ni?? hee

salam. terima kasih sudi baca sampai habis.

(eh aku main sebut-sebut nama ni, korang kenal ke? layan je la eh..hehe)

4 comments:

irwanmiswan said...

GRRRRR...aku sangat jeles

Unknown said...

jeles gak!!! ;(

fahiraferra said...

nice la belle..good job aloq !! :)

KAMIHIDUP said...

cantiknya air laut.

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...