Apa khabar? Harap sihat lagi Bersih.. opss.. hehe
Hari ni merupakan hari pertama ku di Eye Posting yang bakal memakan masa selama seminggu SAHAJA. (cepat je masa berlalu kan. Ni dah masuk posting ke-5 kot. Tinggal satu posting je lagi). Dan baru first day dah kena. Kena marah dengan Doktor sebab tak pergi clinic kul 8.
"Who give you one hour leave??? Did you know how to read the time table or not??"
haa tercekik ko nak jawab. Adeh. Silap kami juga la, tak bertanya pada group yang sebelum sebelum ni. Memang malu bertanya konfem sesat jalan la kan. Sepatutnya, kami pergi lapor diri kat Eye Clinic on the first day at 8am. tapi sebaliknya, time tu aku ngah bersuka ria atas katil lagi kot (T__T)Y. Tu la akibat main HeroCity sampai pagi.
Again! We're so sorry Dr!
Kesilapan kedua yang kami buat adalah, lewat datang ke klinik. Patut nya datang pukul 11pagi tapi kitorang datang pukul 11.45pagi. Nampak tak betapa lewatnya kami di situ? aha. Ini semua gara-gara ter-extend kelas sebelumnya dengan Dr Subra. Tapi, memang seronok la kelas dengan Dr Subra tadi.
I tell you, he's a great lecturer. Walaupun dia banyak cakap tapi seronok la. Dia ada la cerita pasal kisah hidup dia yang berubah bila dia kena extend setahun tuk dapatkan medical degree di obesi. Dia kena extend pun disebabkan ada internal examiner yang sengaja fail kan dia sebab dia foreigner yang involve dalam politik. Tak adil kan?
Dia cerita pengalaman dia sepanjang dia kena extend study. Benda paling pedih adalah, bila kawan dia tegur, "hey, you don't pass a?". Padahal kawan dia tu biasa2 aje, dan dia ni boleh dikira sebagai top student gak la. Agak tertekan di situ. Dan dia kata dia bosan bila, hari2 dia kene belajar balik benda yang dia dah tahu. So, dia pesan, "study biar lulus setiap tahun. Yang paling penting dapatkan lesen doktor tu''.
So. Jam 3petang, kami pun kelas dengan Dr yang marah kami tadi. Dia tak garang pun la, cuma tegas! Macam tu la baru orang hormat..kan kan? So, don't judge a book by it's cover. Tak best bila kena bebel pasal lewat dan cuti umum satu jam tadi tu je la. Tapi best sebab banyak benda baru kami belajar hari ni. Yes, opthalmology merupakan benda baru walaupun tak de lah baru sangat sebenarnya. Masa pre-clinical phase, aku paling tak suka bila belajar bab mata ni lah..huhu
{iklan} >>> Jom jawab teka-teki...
Banyak banyak Klinik, klinik apa yang paling popular??
[untuk melihat jawapan sila scroll hingga bawah]
- bila pesakit datang mengadu, "Dr, mata saya sakit!.". So agak-agaknya lah, apa nak buat dulu? Bukan terus examine. Mulakan dengan
Bismilahtanya sejarah dahulu. - Sakit kat mana (SOCRATES), visual function, status of refractory, any past ocular history, any operation before?
- Then, baru lah boleh proceed dengan examination of the eye.
- Buat Visual Acuity Test dulu! kecuali lah pesakit ada chemical injury.
- Examine the eye by anatomy! lid-conjuntiva-anterior chamber(depth)-iris-pupil(size, light, response, RAPD)-lens(red reflex)-fundus
- Any doubt especially reduce vision post trauma, please refer!
- Untuk Visual Acuity Test, pastikan dulu tau pesakit tu pakai cermin mata dan boleh membaca ataupun tak.
- Bukan apa, kalau pesakit yang buta huruf baca huruf H kat atas ni sebagai KLCC nanti..camne DR? ahahaha
- Jarak adalah sejauh 6meter dan jangan lupa tutup mata sebelah!
Sebelum bicara ditutup, aku nak bagitahu something. Entah kenapa, aku rasa yang aku ni ada kuasa aneh. Sebab sebelum aku start posting baru je kan, mesti ada je berlaku sesuatu yang berkaitan dengan posting aku tu. Contoh, minggu lepas masa aku balik kampung, mak ada cerita pasal sedara kitorang yang kemalangan kereta. Mata dia rosak teruk dan terpaksa menjalani pembedahan plastik. Ngeri gak dengar mak cerita pasal tu. Kebetulan ke? hmm.. mengarut je kan aku ni
K la. Salam.
p/s: Khas untuk yang berkenaan. maafkan aku kalau aku terpublish gambar-gambar masa posting di Taiping @Facebook. Kalau betul la, hanya disebabkan gambar tu tersebar jadual korang bertambah-tambah pack gile daripada biasa kat sane.. aku betul-betul minta maaf. memang salah aku la kan mengada betol tag DR. Dan. Kalau nak aku delete, bagitahu ok. Good Luck Study! =)
Jom baca entri ini [Menulis ABC itu bukan mudah] sebagai santapan rohani bersama.
jawapan teka-teki >> Klinik mata.
sebab.. kat situ ada ramai artis (pesakit yang memakai cermin mata hitam). Tak caya? Jom ikut aku gi klinik mata esok..hehe.
4 comments:
bagus entri ni, serba sedikit tahu juga apa yang prosedur doktor buat kalau kita sakit mata. :)
kalau sakit mata cepat2 pegi jumpa doktor tau =)
saya setuju klinik mata paling popular, dah biasa tunggu berjam2 dari pagi sampai tengahari kat HBM.
tapi setakat ni, doktor2 mata sangat cool tak kira perempuan atau laki, dah lama atau yang sedang posting.
dah tengok Dr buat pembedahan mata?? lagi cool kot.. stylo =)
Post a Comment