Hello World,
Sewaktu entri ini ditulis, aku sedang berada di Janda Baik, Pahang. Ini merupakan kali pertama aku bersama 5 orang ahli keluargaku dan rakan-rakan sepejabat ibu saudaraku menjejakkan kaki di kawasan peranginan ini. Ini juga adalah percutian pertama kami sekeluarga setelah masing-masing menginjak remaja. Percutian yang singkat tetapi memberi kepuasan kepada kami semua. Syukur Ya Allah. Ciptaanmu amat indah sekali.
Untuk pengetahuan pembaca semua, percutian yang dirancang sejak kira-kira sebulan yang lalu ini disertai oleh ibubapa dan anak-anak kecil mereka. Hanya keluarga kami sahaja yang terdiri daripada golongan remaja berumur dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun. Jelas sekalilah, aku beraktiviti dengan kanak-kanak sahaja disini. Fuh hampir tak terlayan juga kerenah mereka ini. Baru ku sedar, menjadi ibubapa bukanlah perkara yang mudah sebenarnya.
Semalam, aku mendapat sms daripada seorang teman. Gembira betul aku selepas mendengar perkhabaran daripada beliau tentang sesuatu. Sesuatu yang hebat! Tahniah kawanku. Berkat keberanianmu, kini kau tidak lagi hidup di dalam ketakutan dan penuh teka-teki.
Aku rasa kita berdua telah pun sama-sama mempelajari sesuatu daripadanya iaitu jangan pernah bersangka buruk dan berfikir mengikut emosi sahaja. Seelok-eloknya, carilah jalan yang terbaik untuk mencari jawapan yang sebenar. Tidak salah untuk sekali-sekala menjadi muka tembok asalkan ianya bertempat.
Anda pening? Maaf lah aku tak berani untuk bercakap lebih detail tentang perkara itu. Cukup lah jika aku sekadar berkata, ianya berkaitan tentang hati, hubungan dan perasaan. Em dah lama juga kan aku tak membebel soal hati dan perasaan.
Let's talk a bit about it??
Wanita mempunyai hati yang sangat rapuh. Sekali ia terluka susah untuk ia sembuh kembali. Tetapi bagaimana pula dengan hati lelaki? Adakah ianya keras. Ei, setahu aku, sepanjang aku belajar ilmu perubatan, keadaan hati (liver) lelaki dan perempuan sama. Begitu juga dengan ph air kencing perempuan sama dengan ph air kencing lelaki. (Ah aku still tak puas hati dengan kenyataan pak cik Tioman tu nampaknya)
Sepanjang aku mengenali insan bernama lelaki, aku belum pernah bertemu dengan lelaki yang berhati lembut. Maksud lembut di sini adalah mereka yang mengambil masa yang agak lama untuk melupakan orang yang pernah dia cintai dulu. Kebanyakannya, dalam sekelip mata sahaja sudah jumpa pengganti.
Cuma baru-baru ni sahaja aku terjumpa lelaki berhati lembut. Agak sebak juga lah selepas mendengar love story beliau. Menurut beliau, sehingga kini beliau menyesal melepaskan si dia dan tak tahu sampai bila beliau dapat membuka hatinya untuk mencari pengganti si dia sebagai peneman bicara di kala sepi. Padahal sebab utama mereka berpisah adalah kerana si lelaki mempunyai ramai kawan perempuan. Pelik juga aku. Kalau betul beliau ada ramai kawan perempuan, kenapa beliau masih single?
Haa, see? Ini memang first time aku jumpa kisah cinta di mana lelaki masih tertunggu2 kekasih lama. Selalunya terbalik. Even aku sendiri pernah begitu dulu. Tapi alhamdulillah, aku kembali normal. Ala, perempuan..biasa lah kan. Tapi bila lelaki yang begitu.. Aku jadi speechless. Kemon la.
Memetik kata2 beliau, "Terus terang aku cakap yang aku masih sayangkan dia lagi...."
Ucapan khas daripada aku, Belle' untuk beliau (jika beliau terbaca entri ini lah kan..hehe),
Bagi aku, kau tak perlu jadi macam tu. Please wake up! Kau lelaki, kau kena kuat, teruskan hidup macam biasa. Aku tahu ianya bukan mudah tapi kalau kau tak cuba, macam mana kau nak tahu boleh ke tak. Fikir macam ni je lah. Kesian tau kat bakal isteri kau nanti kalau kau terus nak hidup dalam bayang2 kekasih lama. Ok fine, memang la kau rasa bersalah. Tapi cuba fikir, entah-entah si dia dah lama maafkan kau dan dia pun dah bukak buku baru. Kau je yang still tak move on. Sampai bila kau nak macam ni? Bila nampak dia kat FB kau rasa sedih. Kau selalu rindu dia tapi dia? Life is too short to be unhappy man.
Akhir kata, selami jiwa, selami minda..selami lautan dalam. Selamat beramal! GOOD LUCK.
Aku kini berada dalam bas menuju ke Ipoh. Esok, bermula lah rutin harian ku seperti biasa. entri ini ditaip sepenuhnya menggunakan HP.
Terima kasih sudi baca. Kalau rajin, komen la sekali :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
6 comments:
isit about me??
=) what do you think?
aku terasa wehh! haha.
-fyza-
haha sudah laa... baru sahaja tahu its about others hahaha
Fyza = Aku cite general ni, usah kau rasa begitu =)
qutil : bagus lah if dah tahu sendiri..hehe. Ala, common kot kisah cinta macam tu, jadi tak kisah la if U terasa this is about you.
So, did you have cerita cinta yg sama? But you never tell me ya? aha..
Post a Comment