ustaz,kalau saya sengaja membatalkan puasa ganti tanpa alasan, perlu tak ganti puasa selama 2 hari? maksud saya..sehari utk puasa yg mmg ditinggalkan semasa ramadhan..sehari lagi utk puasa ganti yg sengaja dibatalkan itu
Salam,
Puasa yang perlu ganti adalah puasa ramadhan, puasa ganti yang sengaja di tinggalkan dan puasa sunat tak perlu ganti. Jumlah ganti kalau anda tinggal 2 hari puasa ramadhan maka gantilah 2 hari.
Cara Menggantikan Puasa Ramadhan
Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.
Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.
Cara Mengeluarkan Fidyah
Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin.
sumber : Ustaz Nor Amin
**************
so, soalan berbentuk cepu emas aku sekarang.. korang dah habis ganti puasa belum? Sila jangan ambil mudah perkara ni.. ok? Tahun depan aku taubat dah nak lewat-lewatkan ganti puasa lagi. Tak tenang woo hidup. Mengalahkan berhutang dengan ALONG (eh macam la aku tahu rasa berhutang dengan along tu camne kan).
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!
No comments:
Post a Comment