Entri kali ini, tajuknya agak berat tapi aku cuba sampai kan dalam bentuk yang paling ringkas untuk tatapan korang. Hah padan muka korang kena baca kan.. hehe
Pada beberapa hari yang lepas, aku menerima sebuah mesej di FB berbunyi;
Fuh, sakit jugak nak menjawab nih. But I will try my best. ok Mimie? Let's begin!
Persekitaran.
- Persekitaran adalah sesuatu yang kita dapat lihat dengan mata kasar dan ianya berada di sekeliling kita. Persekitaran juga amat besar pengaruhnya dalam kehidupan seseorang.
- Sebagai contohnya! Jika hidup kita dikelilingi oleh para alim ulama, pasti kita akan menjadi orang yang beriman dan jika hidup kita sebaliknya,maka sebaliknyalah yang akan berlaku.
- Tetapi hal ini bukan 100% sahih. Ada juga yang masih teguh imannya walaupun hidupnya dibelenggu dengan hiburan dan perkara-perkara yang lagho. it depends somehow~
- contoh lain! jika setiap hari setiap jam kita asyik menghadap BUKUMUKA, tak mustahil sampai satu tahap nanti MUKA kita akan berubah menjadi BUKU :P
Perhubungan.
- Sesuatu yang dapat menghubungkan dua benda atau lebih dinamakan perhubungan.
- sebagai contoh, jambatan menghubungkan dua tempat & blog Azali's Daughter menghubungkan aku dan korang =)
- Oh, jangan lupa bahawa perhubungan juga memudahkan sesuatu ! Sebab apa ek??
- Sebab, dengan adanya perhubungan yang baik, mudah la kita nak berhubung.. itu pun nak kena bagitahu kerrr?? adeh (^__^")
Perasaan.
- Perasaan amat susah untuk digambarkan dan diluahkan.
- Perasaan juga susah untuk dihidu. Ya, perasaan tiada bau macam waffle Hospimart!
- Perasaan itu juga amat susah untuk ditafsirkan. Amat susah!
- Perasaan boleh juga dikatakan sebagai imaginasi dan boleh berubah menjadi realistik.
- Perasaan menjadi Imaginasi jika, Emak menangis sebaik sahaja aku sah menjadi isteri orang =)
- Contoh perasaan menjadi Realistik jika, Abah membelikan aku handphone baru sebaik sahaja aku memberitahunya handphone ku tercicir di pasaraya.
- Perasaan juga bahaya jika, Yusry membenci Lisa setelah sebulan mereka berkenalan :P.
- Perasaan mudah berubah-ubah, tapi kadang-kadang ia juga kekal.
- "Sesungguhnya, jangan dilayan sangat perasaan itu."
Begitulah pandangan aku tentang definisi setiap satunya, persekitaran, perhubungan dan perasaan. Pada pandangan aku, ketiga-tiga aspek ni sangatlah berkait antara satu sama lain. Dengan adanya persekitaran yang baik, akan lahirlah hubungan yang baik disamping disemai oleh perasaan yang baik (berapa banyak baik daa). Ketiga-tiga aspek ni perlu lah seiring kerana ianya saling membantu antara satu sama lain.
Sebagai contoh! (aku bagi contoh pasal blog). Kalau kita gembira ketika berblog tetapi kita tiada hubungan yang baik sesama pembaca mahupun follower yang rajin singgah di blog kita, dan kita tiada persekitaran iaitu template blog yang kemas dan widget yang tersusun.. tambah pula tiada iklan Nuffnang.. adakah perasaan gembira itu akan kekal?? Tidak bukan. Perasaan gembira akan bertukar menjadi sedih. Kita akan kehilangan semangat untuk terus berblog. Melainkan, kita ni jenis yang tak kisah ataupun syok sendiri, (itu kes lain la). But aku yakin, majoriti blogger sini tak syok sendiri kan :P. Bahaya tau jadi orang yang suka cakap sorang-sorang ni.. So, nampak tak keperluan 3P ni untuk jalan seiring??
Contoh lain? hmm, kalau hidup kita dikelilingi oleh ramai kawan-kawan lelaki mahupun perempuan. Selain itu, kita juga ada hubungan yang baik dengan kawan-kawan, selalu berhubung melalui facebook mahupun twitter. Tetapi, tetapi! kita tiada perasaan langsung dengan diorang. Maksud I perasaan yang satu tu la *rolling eyes.. U all ni, itu pun susah nak faham ke :P. Ok!. Tanpa perasaan, takkan terhasil jugak lah perhubungan yang sempurna, walaupun pilihan ada di depan mata. Ape ni paksa-paksa. I tak suka..ahaks
OK! peace upon you all.. cukup lah, sekian untuk kali ini. TQ.
sumber inspirasi dipetik daripada [ sini ]
1 comment:
mmc karangan sekolh2 dulu je. hehe
Post a Comment