"Bukan aku tak nak buat, cuma aku tiada masa...opss.."
Ya Allah, apa yang telah aku sebutkan tadi?? Tiada masa? Mana mungkin kau tiada masa untuk buat entri pasal ini. Orang lain berduyun-duyun buat topik hangat ni kau tahu tak? kau akan rugi belle! dan busy macamna pun, baik kau luangkan masa sedikit pada hari ini dan buat entri tersebut ok? tak perlu panjang, sedikit pun jadi lah tanda kau mengingati. ok Belle?
Baik!
Pagi tadi, sebaik sahaja aku bangun dari tidur, handphone aku capai. Dengan tujuan mahu menelefon seseorang. Tapi, ah nanti dulu lah. Kalau aku telefon sekarang nanti mesti kantoi aku bangun lewat [jam menunjukkan Jam 9 tambah pula suara aku serak, normal lah selepas bangun tido]. Lalu tuala ku capai dan sebaik sahaja selesai mewangikan badan, lappy kesayangan terus aku terjah. [sebenarnya dah on sebelum mandi lagi..haha]
Status rakan-rakan di Facebook, tweet di Twitter juga post di blog-blog yang aku follow, semua menceritakan hal yang sama pada hari ini. Iaitu ucapan yang ingin aku ungkapkan sebaik sahaja aku bangun dari tidur tadi kepada si dia. Lalu, seketul status ku taip dan tidak sampai seminit pun, ianya berjaya dipublish di wall Facebook ku. Aku gembira. Tapi aku tahu itu belum cukup.
Aku semakin cemburu melihat entri-entri yang dipost oleh rakan-rakan blogger. Cantik dan seronok membacanya. Tiba-tiba aku rasa rindu. Beberapa kali juga aku cuba menaip sebuah entri yang bertajuk sama, tapi aku gagal. Aku tak tahu mengapa =( Jam menunjukkan pukul 11! Aku mendail nombor 013XXX64XX.
Tut tut tut..
"Assalammualaikum Mak..."
"Waalaikummusalam..bla bla bla"
"Bla bla bla..Selamat Hari Ibu."
"Terima kasih. Ingatkan dah lupa tadi..bla bla bla"
"Hehe..bla bla bla. Ok lah mak, kirim salam semua. Emm... Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam."
Aku tersenyum lebar. Alhamdulillah mak sihat. Mak juga gembira. Mak juga cantik (tiba-tiba). Tapi kasihan mak, tiada hadiah istimewa diterima pada hari yang cukup istimewa walaupun aku tahu ucapan, ingatan serta doa daripada 6orang anak, itu sudah lebih dari cukup baginya.
Aku harap mak tidak cemburu melihat ibu-ibu orang lain menerima hadiah yang mahal-mahal dan special daripada anak-anak mereka di kaca TV mahupun di depan mata. Jangan jeles tau mak. Bukan kami tak nak beri, cuma kami belum mampu. Tunggu kejap je lagi ye mak =)
Entah la, seingat aku, pada hari Ibu aku memang jarang nak beri mak aku hadiah. Aku sendiri tak tahu mengapa. Even birthday dia pun. Apa punya anak lah aku ni kan? Tak patut betul. Em mungkin keluarga aku bukan jenis yang suka sambut hari jadi dan belikan hadiah. Tapi aku, kalau besday kawan..rajin pulak bagi hadiah (^__^")Y.
Lagi satu kan, aku jenis yang susah nak cakap I Love You even dekat family sendiri. Mesti ramai yang cakap, ala family sendiri je pun, buat apa nak disegankan. Entah la, yang pasti, aku tak pernah cakap depan-depan dengan mak aku "Nabila sayang makkkk!". Mungkin pernah, tapi memang jarang la. Kalau ada pun, itu dalam mesej.
Rugi kan jadi seorang aku? ke korang pun macam tu jugak. Ah yang pasti segan nak bagitahu mak macam tu, bagitahu kat abah lagi la segan. Takut diorang kata aku buang tebiat..hahaha. So sebagai konklusinya,
Selamat Hari Ibu
Nabila sayang Mak sangat-sangat!
- maafkan nabila kalau
- nabila jarang tolong mak kat dapur
- nabila selalu mengelak picitkan kaki mak
- nabila banyak bagi alasan tak nak cabutkan uban mak
- nabila malas kemas rumah
- nabila selalu lewat-lewatkan solat
- nabila selalu menyusahkan mak
- nabila jarang call mak
- nabila dapat result teruk
- nabila meninggikan suara
- nabila selalu mintak duit mak
- nabila nakal
- nabila tak nak makan pedas
- nabila belum jumpa calon menantu untuk mak.. erk??
- dan lain-lain
- Nabila sentiasa cuba untuk menjadi anak mak yang terbaik. InsyaAllah!
that's all. bye..
Yes, aku berjaya menghasilkan entri Hari Ibu akhirnya (^_^)
..:: entri pilihan ku pada hari ibu di [ SINI ]
No comments:
Post a Comment