Tuesday, May 31, 2011

Ceritera BFF & Kenduri Kawen

Assalammualaikum W.B.T 

Rasanya semua orang dah sedia maklum yang sekarang ni budak-budak sekolah tengah ABC. Apa itu ABC? Hanya orang perempuan je yang tahu..hehe. K la, disebabkan pembaca blog ni ada juga datang dari kalangan kaum ADAM Nur Kasih, aku bagitahu la, apa itu ABC. Nanti menangis plak kang susah..hakhak

ABC is stands for ALLAH Bagi Cuti..hehe

Ok! berbalik pada cerita tentang cuti sekolah. Bila mana cuti sekolah bermula, makanya berebut-rebut la orang nak buat kenduri kahwin. Dan, aku juga tak terlepas untuk masuk dalam kategori.. bukan buat kenduri kahwin, tapi menghadiri kenduri kahwin.. hehe

siapa yang kahwin ni? em dulu-dulu, kita join mak ayah pergi kerja kahwin kawan-kawan diorang. La ni, bila umur pun dah meningkat, tiba la giliran kita menghadiri kenduri kahwin kawan kita pula. Yes! itulah cycle kehidupan namanya..haha [tiba-tiba]

pengantin lelaki & perempuan. Tahniah!

Dan tak syok la kalau pergi sensorang kan. Macam syok sendiri plak..haha. Pergi dengan geng la baru happening. So, jom usha membe-membe aku yang join sekali majlis kahwin ni. Depa ni semua satu sekolah rendah dengan aku. SK Parit Jawa tercinta la kan, apa lagi..hehe. Alhamdulillah kami masih kontek sampai sekarang. Eh jom2, nanti lewat plak..hee


Ni Hajar. Nama betol Siti Hajar, dulu-dulu selalu kene ejek ngan dak laki, si tikus. Sabo je la Hajar, dak laki ni kalau tak mengusik memang tak sah. Aku dah lali dah kene gelar chipsmore sebab ada tahi lalat besor dulu. Sekarang, beliau sedang menjalani praktikal di Muar. Student UKM. Bestnye kau kan dah habis belaja...jeles siot, hehe. Beliau ni ada abang yang juga kawan baik kepada abang aku. 'Kawan baik' diorang tu kan, tak payah cakap la kan, dah macam belangkas. Kira di mana ada abang Hajar, mesti ada abang Syafiqah..haha. Bagos betol!


Ini Ria. Nama penuh? ehem..bismillah. Riazianareenzawaty. (eh betol ke aku eja nama kau ni Ria?) Korang jangan tak caya tapi memang tu la nama betol dia. Dulu orang suka panggil dia Riang Ria 1 sen, kan Ria? hehe. Beliau dah keje. Dak lepasan UTP tu, so opkos die keje kat Petronas. Alhamdulillah, bangge siot! Bila nak belanja kitorang Ria? hehe


Wana wana wana. That's her name. hehe. Tersenyum riang kan beliau? Bukan senang nak snap camni tau. Hanya orang2 hebat cam aku je boleh buat. Antara rakan-rakan sekampung aku, wana ni la yang duk paling dekat ngan rumah aku. Dulu, kalau ada marhaban je, kitorang mesti satu group sbb rumah kitorang satu jalan..hehe. Wana ni pun dah tamat belajar, lepasan UKM & masih mencari peluang pekerjaan. InsyaAllah Wana, you can do it! teruskan mencari k!


Haa, membe aku yang persis seorang ustazah ini diberi nama Taibah NurWahidah. Sedap kan nama tu? hehe. Tapi aku tetap suka panggil ko Taib. Sama cam ko suka panggil aku capiq =P. Beliau pun sama macam geng2 yang lain, baru je tamat study di UTM. Dan sekarang menjadi guru ganti di sekolah lama beliau, Maahad Muar. mantap betol! berbakti di sekolah lama tu Taib. Cepat teka dia ajar apa? Bahasa Arab? salah, dia ajar Sains & Kimia la. Tiba-tiba teringat y ada sorang kenalan meneka beliau adalah guru Bahasa Arab..hehe. Sabo Taib, sabo =)


Yeah, dan inilah Zunur merangkap bekas jiran dan rakan sepermainan waktu kecil ku. Dulu, petang-petang mesti kuar rumah, main guli, teng-teng, main masak-masak, main nyorok-nyorok dan lain-lain..hehe. Tapi tak lama pastu, family dia pindah dan tinggal lah aku keseorangan tanpa teman bermain..sedih kan?? Tapi aku perasan jugak lah, lepas UPSR, sebab aku masuk sekolah asrama, hubungan kami dah tak rapat cam dulu. Masing-masing bawa hala tuju masing-masing. Tapi alhamdulillah kan, kami still kontek sampai sekarang. Oh ya, Zunur pun tengah praktikal kat KLIA. Dia study kat UTHM. Best siot dapat U yang dekat dengan kampung..huhu

Begitulah ceritera kawan-kawan sekampung ku merangkap ex-classmates sekolah rendah. Oh, ada lagi sorang sepatutnya geng kitorang, Dayah. Tapi disebabkan dia kene balik KL awal untuk bertugas sebagai ahli Farmasi di Klinik di KL pada keesokan harinya, dia tak dapat datang. Dan sepatutnya kami {ex-SKPJ} plan nak buat reunion sekali setelah hampir 11 tahun tak jumpa kot, {Last jumpa masa after dapat result UPSR} tapi disebabkan ramai ada hal, maka terpaksa tangguh lagi la reunion tu..huhu

psst..nak tahu tak. Mase pengantin tengah bersanding, kitorang suka hati je mintak izin nak bergambar dengan pengantin. tahu ke apa jadi? makcik makcik yang tengah syok tengok diorang bersanding cam bengang tiba-tiba. Kitorang, apa lagi, buat bodoh je la kan. Smile macam biasa, buat tak dengar pape. Ala makcik yang dihormati sekalian, maaf ler k. Bukan selalu kami dapat bergambar macam tu, lagi pun nak kene balik awal la, kawan kami ada yang kene kejar flight. Maaf k =)

Ok, got to go now. Terima kasih sudi baca. Salam.

Belle : Tak sabar kot nak tengok sape yang kawen dulu dalam geng kami..hehe 

5 comments:

taibah said...

hehe..terharu ko wat citer pasal ktorg ni...rndu la nak reunion ngan korg..kalo bole,kite plan yg bole pegi bercuti ramai2 2 or 3 hari..before kawin ni la bole wat semua tu...hehehe...aku pon xsabo nk tgk sape kawin dlu dlm geng kiter ni

EZAN IDMA said...

rindunye kat korg sume.ee.... hmm, sape kawen bell? maliza eh

amazedaya said...

thnk capiq ad mention nme aku...fwen 4eva k! =)

syanabel said...

taib..kan2?? hehe, ur welcome Dayah =) Harizan, aah Maliza kawen, awat tak pi? xbalik kg eh?

EZAN IDMA said...

tak balik. rindunyee kat korg