"Fuhhh.." aku meniup dashboard ku yang berhabuk akibat tiga hari berturut-turut tidak dikemaskini.
Aku ke KL dua hari lepas, menemani sepupu ku dan keluarganya berkonvo di PICC, Putrajaya. Seronok. Dapat tengok orang lain menggenggam segulung Ijazah dan Diploma. Hebat! Aku bila pula? InsyaAllah akan tiba saat itu suatu hari nanti (^__^)Y.
PICC sangat gah, ada dewan yang sangat besar dan cantik. Aku jadi kagum. Cuma yang tak best, suasana konvokesyen yang agak 'kurang' jika nak dibandingkan di Universiti Tempatan seperti UKM. Antaranya, jualan bunga yang amat mahal. Geram!
Aku pulang ke Ipoh sebaik sahaja kami tamat bergambar sakan. Aku ambil train malam, jam 9. Dan aku memilih ETS daripada KTM. RM22 sahaja. Sebelum bertolak, aku sempat ke kedai majalah. Dan terpandang sesuatu! Novel.
Agak lama tak membazirkan duit aku untuk itu. Mulanya tak nak beli sebab risau membazir, tapi aku kalah jua akhirnya. Novel yang bertajuk 'Doktor Cinta' itu ku ambil dan senashkah 50 ku keluarkan untuk membeli novel yang berharga RM26 itu. Yes! Tak sabar nak baca.
Dalam train, aku hanya sempat membaca sampai Bab 5. Hati ini amatlah tak tenang mengenangkan yang aku ada Long Case dengan Mra Isnin ini. Aku harap, Ahad yang tinggal dapat aku gunakan dengan sebaik-baiknya.
Dan sekarang aku still rasa cuak untuk menghadapi hari esok. Maaf kalau entri ini ditulis dalam keadaan yang agak kelam kabut. huhu. Emm. Aku rasa cukup lah. entri kali ini sampai di sini sahaja. Jom study kalau mahu hidup lama dengan Mra esok @_@Y. Adiosza. er korang doakan aku k!
tak sabar nak habiskan baca novel ni. kelakar giler.. |
# long case : merupakan sejenis peperiksaan yang terdapat dalam kos medik. Calon dikehendaki mengambil sejarah pesakit dan membuat pemeriksaan terhadap pesakit sambil diperhatikan oleh pensyarah bertugas =)
2 comments:
Good luck :D
Salam
ni Dr Mra Aye yang suka bawak basket bunga ke? haha
Boleh share tips short case & long case dengan dia?
Post a Comment