Pernah tak kadang-kadang tu jadi macam ni...
Pagi itu, sewaktu di dalam kelas aku merasakan diri ini sangat bodoh. Terlalu banyak aku tak tahu bila diajukan soalan padaku. Sewaktu dalam kelas juga aku banyak menyalin point-point penting yang diberitahu oleh pensyarahku. Aku sudah bertekad bahawa aku akan study dan baca balik setiap apa yang aku catat ni. Ee tak sabar rasanya nak balik rumah nak bukak buku dan study semua ni. Aku nak jadi orang yang berilmu, bukan stupid macam sekarang. Blank!
Setelah tamat kelas pada hari itu, aku pun pulang ke rumah. Aku menghabiskan petangku dengan beriadah. Kebiasaannya aku berjogging dan bermain bola tampar. Alhamdulillah terasa sihat badan ini setelah agak lama tidak bersenam akibat kekangan masa dan keadaan. Seronoknya..
Malam pun tiba, tetapi bila terpandang laptop, aku terus on untuk buka Facebook dan blog. Niat awal nak study tapi aku leka dengan benda lain. Kadang-kadang tu, memang dah ready nak study apa yang aku dah plan pada pagi tadi, tapi malangnya ianya berakhir dengan nothing. Nothing sebab aku tak tahu nak mula study apa dulu. Terlalu banyak untuk dicover.
Bila dah rasa begitu, aku pun buka FB, blog, browsing itu ini & kadang-kadang main games; kononnya nak hilangkan tension. Tapi leka punya pasal, hampir 2 jam masa ku dibuang begitu sahaja. Jam dah menunjukkan jam 10malam ni tapi satu ape study tak start lagi. Makin la tension dibuatnya. Akhirnya aku berkeputusan untuk tidur jelah, lagipun penat bermain bola tampar petang tadi pun tak hilang lagi. Aku pun tidur dengan harapan dapat bangun awal pagi esok supaya dapat study pagi esok...but then, still..hmm you know what i'm going to say rite? Esoknya datang ke kelas, perasaan kecewa dan down sebab fikir yang betapa masa yang telah aku bazirkan malam semalam =(. Sedih!
hmm.. begitu lah dilema seorang pelajar medik. itu lah akibatnya kalau kita tiada pegangan diri yang kuat. Azam bukan main menggunung tapi usaha untuk mencapai azam kita tu seciput je. Bila ada sahaja halangan, mula lah kita nak give up. Ada juga yang ingin menyalahkan orang lain. Facebook dan blog pula disalahkan. Kenapa tak salahkan diri sendiri? Blame yourself first before others! "ah! Hal ni memang tak boleh berlarutan, aku perlu buat sesuatu. aku perlu cek balik diri ini dan muhasabah diri."
Kadang-kadang aku selalu tanya diri aku sendiri;
" Betul-betul ke aku nak jadi DOKTOR ni? "
Dan kalau betul aku nak jadi doktor, sikap-sikap negatif yang boleh membawa aku kepada kegagalan perlu dicampak jauh-jauh. Sayang-sayangkan masa yang ada. Tak lama je lagi aku akan menduduki peperiksaan akhir Phase 3A. 21 weeks to go..and Good Luck Belle!
Belle' : pernah tak korang rasa benda yang sama cam aku rasakan ni?
13 comments:
Pernah... masa aku jadi student pd zaman dahulu... tapi time tu FB tak lahir lagi, hehehe...
then kalau bukan sbb FB, sebab ape?? hehe
malas....n suke lengagh2 masa
naseb baik aku amek engineering, haha
pernah2.. siapa xpernah xnormAL
aisyah..Malas tu yang susah, tak tahu camne nak buang..hehe
ezan : haha, nama pun student..memang lumrah macamni..so terima je lah..huhu
hans0 : yeah, kite geng!
pernah sgt..
akk pn hari ni pun macam ni...
konon nk tnda paper budak, tk terbuat jugak.heihhhh
pernah sgt..
akk pn hari ni pun macam ni...
konon nk tnda paper budak, tk terbuat jugak.heihhhh
hehe, yeah tambah geng lagi sorang =)
Penah je.. then, kne wake up balik... diri sendiri kene bangun balik.. so, kite kene wat btul2 plan utk diri kite.. outsider hanye leh support dr luar. jatuh bangun kite, kite yang rase & kite yang tanggung sdn bhd. so, if u fail to plan, u plan to fail. okey?
baikkk!!!!!!!!!!!
Post a Comment