Friday, May 20, 2011

Mamat SMS yang ...

pernah la satu hari tu, ada seorang teman perempuan ku ini bertanya kepada ku,

"Syanabel, aku nak tanya satu soalan boleh?"

"Boleh la, apa pulak tak boleh..apa dia?"

"Em..aku ada sorang kawan lelaki ni, sejak kebelakangan ni dia kerap mesej aku, hari-hari plak tu."

"Oh, dia nak usha kau kot. Jadi apa masalah nye?"

"Masalahnya, aku rasa macam 'annoying'. Aku takde rasa suka ataupun best macam yang aku rasa dulu. Ye la kau tahu sendiri kan, masa zaman jahiliah dulu, bila dapat mesej daripada lelaki, mesti cam excited. so aku nak tanya pendapat ko. Ko rasa normal ke aku rasa camtu sekarang?"

"hmm. Payah gak ni nak jawab. Biar aku fikir sat eh... Pada aku normal je, mungkin ko tak kenal dia dan ko langsung takde perasaan suka kat dia kot, sebab tu ko rase terganggu dgn msg2 die tu. Mana boleh nak rasa excited dekat semua orang. ko ingat ko play girl?? haha. Ex-schoolmates kau ke?"

"ooo yeah? aah, kitorang satu sekolah dulu. Last kitorang jumpa pun 4 tahun lepas after SPM. cuma baru-baru ni terjumpa balik, then sampai hari ni duk mesej aku hari-hari. rimas la. Nak buat camne ek?" 

"Kalau ko tak tahan sangat, terus-terang je la. Satu je aku nak nasihat, jangan bagi harapan kat orang, buruk padahnya. Eh tapi ko sure ke dia nak usha ko. Lelaki ni bukan boleh caya sangat. Kadang-kadang ada tau jenis yang layan semua perempuan macam tu. biasa lah, nama pun lelaki kan =P"

"Aku tak kata pun dia suka aku, tapi macam aku kata la, cara dia msg hari-hari tu merisaukan aku."

"ce baca sikit dia mesej apa.."

"takde la jiwang-jiwang ke apa. dia ni memang jenis peramah. kalau kau jumpa dia, sure ko akan cakap yang die ni banyak cakap. Tapi, kenapa aku tak rasa se-excited macam dulu ek? aku pelik.."

"oh, as long as dia tak lebih2 dalam mesej, ko layan je la. maybe dia just nak berkawan. tapi kalau ada jodoh korang apa salahnya. bagus gak, cepat sikit aku rasa nasi minyak ko..haha" 

"gile ko. Tak nak aku. Taubat aku nak bercinta dengan budak satu sekolah lama. Cinta monyet boleh la, but nak dijadikan suami..sorry!"

"rileks la, aku gurau je. Oh, ni mesti kes ex ko dulu pun satu sekolah kan. So mamat sms ni kenal la dgn ex kau ye?"

"kenal sangat."

"Em, aku rasa kan, kau ni belum memikirkan tentang jodoh lagi kot. Sebab tu bila ada mamat nak usha ko cam takde perasaan jek. Ye la, hidup ko dikelilingi dengan buku-buku, korea jangan cakap la. Ko happy dengan hidup ko sekarang. So ko tak rasa lonely pun. Selalunya, diorang yang couple2 ni, hidup diorang kesepian. Bila dah gersang, mula lah nak cari teman di malam hari..haha. Mampus aku kalau couple-couple dengar nih.."

"hmm maybe kot. aku muda lagi, belum lagi nak fikir pasal benda tu semua. And yeah, I'm quite happy with my current life..hehe"

"Dan aku rasa, ko tak kesepian sebab aku ada. kan2..betul tak?? hehe."

"sudah, perasan pulak ko ni. dah jom lah weyh. Ada kelas lagi ni."

"eh aah, tak sedar plak. Ko la ni. Tak masal-masal aku jadi Doktor Cinta hari ni. Eh tapi, bagitahu la aku, hensem tak mamat SMS tu??"

"merepek lah kau. Dah diam.. ni rahsia antara kita. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut."


# apa tandanya kalau lelaki tu mesej dengan kita hari-hari ek? siapa boleh tolong jawabkan? anyone?




10 comments:

ayuni said...

hahaha...kalo da usia2 gini...mmg tandenyer die nk knl2 ngn kwn ko tu la...stu je la, kwn ko tu x rse pe sbb die mmg x suke dak laki tu...cube kalo pelakon laki korea die msj tiap2 ari...ngn ko2 skali belle die xlyn..hahaha...tu aku rse ar..~

Mohd Nur Hidayatullah Bin Jailani said...

belle,..nak no tepon kawan kau tu,..hihi,..boleh kn??

EZAN IDMA said...

tak suke jugak org cmni. jagn bls msg die je. haha

Anonymous said...

Miss Belle, sape kawan ko tu?
Boleh berkenalan ke ngan dia.. waka waka waka

syanabel said...

Ayun : aah, aku pun rasa macam tu. Biasa la, bukan senang nak suka kat orang, tambah lagi baru jumpa plak tu.

syanabel said...

dayat : mesti lah tak boleh..kalau nak pergi mintak sendiri ar..haha

syanabel said...

ezan : hmm nasihat yang mungkin berguna.. jgn reply msg mamat tu, lame2 mesti die bosan..hehe

syanabel said...

Anon : waka waka waka, again, nak kenal..kene tanye tuan empunya diri dulu la..hehe

caien comey said...

ermm ak rase zmn skrg dgn org2 mcm kite nie(korean addict) mmg susah nk tau kite suke org tue or x..so the best way - ko rase senang dgn org tue(x annoying),x rase bosan ckp ngan dy..ak rase palpitation mcm kite slalu rase mase skola mcm main2 je..hehehe..

syanabel said...

betul tu cain. Cinta mase sekolah tu main2 je, namapun cinta monyet..hehe