Selamat tengahari semuanya! Ku baru balik dari hospital, eh dari kolej sebenarnya sebab habis je bed-side class tadi singgah kolej jap gi mencekik kat kafe. Almaklumlah, RCMP sekarang dah ada cafe. maju betul! I Love RCMP..hehe
Masa bed-side tadi, kitorang cakap pasal beranak ramai. Info: sekarang ku sedang buat elective posting Paeds for a week. Hmm siapa lagi yang suka timbulkan isu ni kalau bukan Dr kami yang cute iaitu Dr T.
Dia kata, "Jangan cari pasal. Hidup bahagia." -Dr. T
Untuk pengetahuan korang, 'pasal' itu merujuk kepada keluarga yang ber-anak lebih dari satu. Ditambah pula pendapatan keluarga yang kurang daripada RM1000 sebulan. Untuk kes macam tu, Dr T sarankan, jangan ler beranak ramai-ramai sampai sepuloh orang. menyusahkan hidup sahaja. Dah faham ke apa yang ku cuba nak cite ni?
Dari satu sudut ku terpandang wajah seorang rakanku yang menandakan dia kurang bersetuju dengan Dr T. Aku tahu dan faham apa yang sedang bermain di fikiran rakan ku itu.
"Anak disifatkan dalam al-Quran sebagai anugerah atau rezeki daripada Tuhan. Bukan semua manusia dikurniakan anak, sebaliknya Allah memilih mereka yang tertentu saja. Bersyukurlah pada Allah bagi mereka yang mendapat rezeki anak. Anak merupakan rezeki dan kurniaan daripada Allah untuk semua ibubapa. Bukanlah bererti rezeki itu datang secara automatik dengan lahirnya anak, sebaliknya kita yang perlu berusaha mencarinya."

As for me. Ada betul nya apa yang dikatakan oleh Dr T. Bukan sebab dia pensyarah ku. Ku cuma bersetuju sebab zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Kos sara hidup sekarang amat lah tinggi. Lagi pulak kalau duduk kat KUALA LUMPUR. Jadi, buatlah sesuatu ikut kemampuan. Bukan kita mahu menolak rezeki yang Allah beri, cuma kalau boleh kita perlu juga membuat perancangan keluarga untuk mendapatkan hidup yang lebih harmoni.
Dr T pesan lagi, "You should buy a parenting skills book."
Yup. Bukan senang nak jadi IbuBapa yang berjaya tambah pula zaman moden ni. Aku sedar, mengikut pengalaman orang-orang di sekeliling aku yang ianya agak mencabar. Even, kadang-kadang bila my mom sedih sebab anak-anak dia, she always ask me like, "Mak gagal ke jadi Emak yang berjaya?" Aku tersenyum. Diam tanpa jawapan.
Dr T berkata lagi, bilangan maksimum anak ialah 3. cuba teka agak-agak, kenapa dia kata tiga ek?? Cepat jawab, nanti aku bagitahu sebab pe k..hehe (^__^)Y
5 comments:
kenapa 3???haha....curious ni.. :D
sebab.. sebab.. kereta hanya muat 5 orang je. 1 untuk ayah, 1 untuk emak & 3 untuk anak =)
belle, komen off topic sat..
first paragraph, RCMP da ade kolej? hohoho ;p
hahaha.. dah2 beta sudah betul kan.. timasih. aku tak perasan .. hehe
sy nak 4!
Post a Comment