Sunday, July 3, 2011

Definisi Bahagia?

Salam satu Malaysia!

Yes. Aku dengan bangganya mengatakan bahawa aku TIDAK menyokong Bersih. Aku cuma sukakan kebersihan tapi bukan perhimpunan Bersih. Sekian.

Tapi hari ni aku bukan lah ingin bercerita pasal politik. Aku cuma ingin bercerita tentang bahagia. Hmm. Korang bahagia tak sekarang? saat ini? sebelum ini? dan korang ingin bahagia tak untuk masa yang akan datang?

Walau apa pun jawapan korang, aku pasti semua orang ingin hidup bahagia. Tapi korang tahu tak apa maksud bahagia? Yup. Dah pasti lain orang, lain definisi bahagia itu bukan?

Ada orang, bahagia kalau dapat bermain DOTA.
Ada orang, cukup lah dengan hanya menghadap buku sehari sekali, hidup dia dah cukup bahagia.
Ada pula yang, dapat update blog sehari sekali pun dah boleh tidur nyenyak.
Ada juga yang bahagia jika dapat baca Al-Quran sehari sekali.

*you will be


Well said, lain orang, lain definisi bahagia itu. Camne dengan definisi korang pula? As for me lah, aku bahagia bila aku dapat pass exam Final Phase 3A pada bulan 10 tahun ni...hehe. [hah ye lah sangat kan Belle :P]

Ok lah.. aku tipu. Itu mungkin salah satu kebahagiaan aku. Tapi ada lagi benda lain yang sangat membahagiakan aku. Cuma ianya rahsia. mane boleh kongsi kat sini kan. Bahagia kita, biar lah kita simpan sorang-sorang, tak ada maknenyer ku nak kongsi ngan orang lain..huhu. wekk =P

Hah actually, ini lah klimaks kepada entri aku! "bahagia kita, biarlah kita simpan sorang-sorang". Cuba dalami maksud yang cuba aku sampaikan dari ayat tu. Ada maksud tersirat tau, jangan main-main..haha. Tak paham ke? takpe2, i will tell you now k..

Aku kan ada tanya tadi. Apa definisi korang pasal bahagia? Dan jangan tipu lah kalau korang tak cakap camni "aku bahagia dengan kekasih aku sekarang". Betul kan?? haa tak baik tipu-tipu, bulan pose nak dekat nih..hehe. Dan aku perasan, mostly people suka menzahirkan kebahagiaan diorang itu kepada public. Termasuk lah dengan mempublishkan gambar di blog dan Facebook.

I'm not talking that it's wrong. Don't get me wrong peeps. Cuba fikir, apa kita dapat dengan menunjukkan kebahagiaan yang kita rasa kepada orang ramai? Nak bagitahu yang kita adalah insan paling bertuah kat dunia ni? Ish jangan lah riak sangat kawan. Cuba pula fikir, jika ada mata-mata yang jeles memandang, lalu mendoakan benda tak elok pada kita, don't call me to get a help ya =)

Cuba kalau kita perbanyakkan letak gambar family, kengkawan ke.. ada juga faedahnya. Jarang la kot ada orang nak jeles bila tengok kita bahagia dengan family kita lalu mendoakan yang bukan-bukan kan? is it not?

So, please cek balik apa yang aku ucapkan tadi, "bahagia kita, biarlah kita simpan sorang-sorang". Ada gambar awek yang cun, simpan je sorang-sorang. Jaga elok2 gambar tu dan orang nya, jangan kasi orang tengok. Nanti orang tengok, then terpikat pulak, kan dah susah..hehe. Aku bukan cakap tak boleh, tapi kalau boleh elak, bukan ke itu lebih baik??


[tiba-tiba aku rasa dah macam Fadhilah Come To Me la plak kan]


Akhir kata, selami jiwa, selami akal, selami lah lautan dalam. Ye?

Fikir-fikir kan kawan. salam.

# agak sedih bila seorang teman tak membalas buzz ku di YM.
 Marah ke dia pada ku? biarlah..chill Belle'!

2 comments:

Hajimu San said...

bahagia-bahagia juga jgn sampai masuk hosp. bahagia. LOL. BTW, saya rasa xsalah kalau kita kongsi kebahagian dengan orang lain~

syanabel said...

hehe..sederhana sudey
yup, tengok keadaan jugak. Yang penting niat =)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...