“Geram betul lah. Entah apa yang diaorang tak puas hati sangat dengan aku, aku pun tak tahu. Ah tensionnyerrr!”
“Kenapa dengan kau ni? Cuba cerita sikit dengan aku..”
“Tadi, masa aku jumpa dengan membe-membe lama kat MidValley, diaorang boleh kata muka aku macam Ana Raffali. Tak puas hati ar. Geram! Geram!”
“Bukan bagus ke? Itu kan suatu bentuk pujian. Kau kena hargainya.”
“Pujian mendanya. Kalau cakap muka aku macam Lisa Surihani ker takpe lah juga. Aku tak kata Ana Raffali tu tak cantik okay, Cuma..Cuma....Cuma..em..Cuma.”
“Cuma apa??”
“Cuma aku still marah kat Ana Raffali sebab dia kalahkan Black. Menyampah! Aku Nabila Azali, bukan Ana Raffali, titik!”
“ &^%#@!$%^&* ......”
Cerita tamat..
motif gambar?? |
Salam guys. Apa khabar? Harap sihat hendaknya. Maaf Blog, hampir 2 hari kau sepi tanpa sebarang entri. Nanti aku belanja kau Prosperity Burger eh pasni..hehe
Hari Minggu ni, U Guys buat apa? Kalau tanya aku, tadi aku pergi Kuala Lumpur. Sebenarnya sebelum pergi, aku kena buat pilihan sama ada nak panjat gunung ataupun turun KL. But aku pilih KL sebab.. ala, next posting pun boleh plan lagi nak bercuti kat mana kan. Tapi, jumpa membe lama, setahun sekali pun tak tentu lagi. Betul tak. Hehe.
(total perbelanjaan pergi balik KL = RM44.00)
- termasuk tambang Bas & KTM -
Pergh lama kot tak jenjalan kat sana. Iyelah, bukan selalu ada masa free nak turun sana plus keadaan ekonomi yang tak mengizinkan. Tujuan aku ke sana, berjumpa teman lama yang hampir 4 tahun gak lah tak jumpa. Lepas grade matrikulasi, contact guna FB and Hp je. So tempat yang menjadi pilihan adalah MidVAlley. Ada ke yang pergi sana tadi? Angkat tangan please. Hah kamu! Kenapa tak jumpa ek tadi???!
“Woi, ko ingat Mid Valley tu kecik. Macam Wetex kat Muar??”
“Hee..ye tak ye juga la. Maaf maaf.”
Tapi, ada jumpa juga lah, 2 orang yang aku kenal kat sana. Ternyata, dunia ni takde lah bengang besar mana..hehe. Penat woo jalan satu Mid tu. Bayangkan je lah dari pukul 1 sampai pukul 6. Ini semua gara-gara si sherry la ni. Hampir semua kedai kasut dia nak masuk..hehe. Nasib baik jumpa kasut yang dia berkenan, kalau tak memang nak kena la..muahaha.
Ternyata, Kuala Lumpur berbeza dengan Ipoh. Haha. Aku tak pasti, sama ada aku yang jarang berjalan, hang out dengan membe or keje aku asyik duk terperap dalam rumah sampai lupa apa yang jadi kat dunia luar sekarang ni. Apa yang aku pasti, kat KL memang ramai gile orang pakai Shawl ala-ala Fatin Liyana (nak jugak mention nama dia nih..adoi, kang jadik isu la plak..haha).
“Cantik plak aku tengok diorang pakai tudung camtu. Nak jugak!!”
Memang dah jadi trend rupanya ye. Aku je yang baru tahu. “Out-dated sungguh kau ni Belle’”. Aku mana lah tahu, tak sangka plak fesyen tu memang tengah hot sekarang ni. Patutla, kat mana-mana je mesti ada kedai jual Shawl. Sampai kan tudung ikan Bawal pun gile susah nak cari sekarang. Pastu terasa cam kat tengah2 orang ramai di Mid Valley tu...
”oi ape ni, aku sorang je ke yang pakai tudung (bawal) camni lagi?? Haha.”
Papepun, kupu-kupu pun kupu-kupu lah. Lantak pi la kome nak cakap pe. Janji wa happy!
Bercerita tentang 2 orang kawan lama aku pula, wah makin cantik diorang sekarang. Ye lah, dulu umo kanak-kanak hingusan lagi, sekarang dah cantik menarik kau memang debom lah..hehe. Sorang tu, BF dia teman sekali. Bagus lah juga, dapat jadi Photographer tanpa gaji tuk kitorang..hehe. Semoga cepat kahwin ye. Untuk kawan aku yang sorang lagi, baru sahaja sah menjadi tunangan orang..selamat menempuhi alam pertunangan dan seterusnya alam perkahwinan pula. Aku?? Hehe (^__^)Y
Yang bagusnya, kami bertiga mengambil jurusan dalam bidang yang sama iaitu perubatan. (Iyalah, dah sama-sama ambil Aliran Sains Hayat dulu). So takdelah masalah sorang cakap pasal mesin, sorang cakap pasal ubat..hehe. Seronok dapat kongsi cerita pengalaman posting masing-masing di hospital yang berlainan. Sorang bakal Dietician dan sorang lagi bakal Nurse. InsyaAllah tahun ni diorang habis belajar. Aku je yang lama lagi kan..uwaa (T_T)..
Ok lah. ENouGh for now. Bye Bye..
Eh ingat tau...
Aku bukan
Ana Raffali |
Tapi
Aku adalah
Nabila Azali belle' : hah amek kau. Konon nak try berfesyen. pakai tudung syria. sekali pakai, hah bul-bul bulat macam bola..hadoyai |
Terima Kasih Sudi Baca .. Muah ~
No comments:
Post a Comment