Hype. Lama aku tak berceloteh ttg life aku as a medical student. Dah 6minggu masuk Phase 3A. Untuk pengetahuan (bagi yg ingin tahu), aku kini sdg posting psychiatry MITC (Medicine in The Society). Posting yang nampak ringan tapi tidak sebenarnya.
1. Health Promotion and Prevention (week 1)
- Banyak belajar pasal screening. Screening adalah medical check up yg dilakukan terhadap org ramai (terutama yang ada risiko tinggi mendapat sesuatu penyakit). Bertujuan bagi mengesan penyakit di peringkat awal. Prevention is better than cure!
- First time on call, dapat peluang jahit pale orang.. teruja!
2. Birth and Parenthood (week2)
- Kami diajar cara nak aksess kesihatan bayi, tumbesaran mereka. Minggu ni best sbb dapat buat sendiri ultrasound. Best dpt cek, pegang sendiri perut ibu mengandung & tengok bayi tu gerak2 melalui screen. Comell !
- Selain tu, kami diterangkan tentang Family Planning. Baru tahu, sgt banyak cara nak mengawal kehamilan. Aku rasa ramai tak aware pasal benda ni. Terutamanya org dulu-dulu. Ini penting supaya jarak anak-anak dapat diseimbangkan. Ingat, 2nd Child syndrome? Baca lah ni
3. Child Protection (week3)
- Banyak berkisar tentang budak2. Child Abuse DLL. Nama pun CHILD. Kami juga diajar persediaan awal & cara yg betul membesarkan anak2. (macam pergi kursus ibubapa la plak). Satu ilmu baru yang aku dapat ; Kelahiran baru dalam family boleh bagi impact negatif juga. Aku ingatkan positif aje..huhu. So be prepared physically and mentally sebelum apa-apa..ngee
4. Women's Health (week4)
- Pap smear! Pencegahan awal kanser Cervik. aku tak leh buat.. belom kawen xbole buat prosedur itu okay. Bagi yang sexually aktif (walaupun tak kahwin lagi) dan married women, please please do pap smear once a year! Sekarang dah ada vaksin, tp untuk bebudak sekolah only. Anda bukan budak sekolah tp nak Vaksin? gi klinik sana tapi kena bayar la..hehe
5. Mental Health (week5)
- Kami melawat Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan rehab Centre di Klinik Kesihatan Tg Malim. Tak terlepas juga melawat ke rumah2 pesakit mental untuk diberikan suntikan. Mula-mula takut juga jumpa mereka, tapi aku kena buang stigma mcm tu. mereka juga manusia mcm kita juga.. Akan bljr lebih lg kat next posting (psychiatry)..
- Bagi korang yang ada relative yg mengalami gangguan, dengar2 suara, org melayu suka kata kena buatan org.. dan sebagainya. jangan simpan kat rumah. better pergi jumpa doktor dan dapatkan rawatan sewajarnya. InsyaALLAH!
6. Care of the Elderly (week6)
- Ditugaskan melawat ke Rumah Sri Kenangan (rumah warga Emas).
- Dapat penghuni yang sangat peramah. Tanya je lah pape, positif gle jawapan beliau. Berumur 74 tahun, masuk atas kerelaan diri sendiri. Merupakan salah seorang daripada 6 org yg ada pelawat. Jumlah penghuni ada 4ratus lebih.
7. End of Posting Exam (week7)
- adeh, tak start study lagi..(T_T)
- and lepas exam kita enjoy.. Be prepared for Psychiatric Posting plak~
Belle' : Pagi tadi ada kemalangan, trak terbabas melanggar kedai kat simpang pekan Chemor. Berlaku betul-betul pagi sejurus selepas kami lalu di jalan tersebut menuju ke KK Chemor.
Menurut berita, sorang maut .. |
No comments:
Post a Comment