Tuesday, January 25, 2011

Sehari di Hospital TG Pulasan

Aku tak GILA. Aku tak nak masuk wad !!

kenapa korang kejam sangat nih ....


Pergh, memang cantikkk tempat tu (ayat macam baru first time je aku melawat ke sana). Semalam (Hari Isnin), sempena sedang ber'posting' Psychiatry selama 7minggu, kami telah dibawa melawat sekitar Hospital Tanjung Pulasan bagi mengenal lebih lanjut tentang hospital tersebut.

Tak kenal maka tak cinta kan?

Kami dipandu uji melancong ke seluruh kawasan Hospital termasuk ke wad-wad lelaki dan wanita, wad Forensik (kagum sangat!), wad kebun, Muzium, Pasar tani Hospital dan Car Wash Hospital. Melancong bukan guna bas pelancong ye, tapi guna kereta sendiri. Nak jalan kaki tak logik. Kawasan Hospital sangatlah besar. Pernah pergi kawasan Universiti Awam?? hah macam tu lah sedibik. Memang semua lengkap lah dalam tu. Cuma takde Bank ATM dengan KFC je..sedih :-( . Ah aku ni macam nak menetap kat situ plak. Haha..



Medical Assistant (Pembantu Pegawai Perubatan) yang bertugas, Encik Adha memang sporting. -Bukan seperti MA yang sebelum ni. Kerek sikit. Opss, harap2 beliau tak baca entri aku nih..haha- Pengalaman Beliau selama 11 tahun di situ cukup dah buat kitorang kagum. Pergh, camne ek boleh tahan duk situ, jaga pesakit2 yang ada masalah mental?? wow!! kasi tips sikit~

Info salah : Hospital Tanjung Pulasan kini bertukar menjadi Hospital Tanjung Rambutan, Ulu Kinta Perak!

Info sebenar : Hospital Tanjung Rambutan kini dikenali sebagai Hospital Bahagia ULU KINTA (HBUK) bagi mengurangkan stigma masyarakat terhadap penghuni di hospital tersebut. 

Hospital seindah Nama! Stigma ni, lebih kurang macam persepsi la. Kebanyakan pesakit mental disisihkan daripada masyarakat. Padahal, masyarakat lah yang paling  berperanan dlm usaha penyembuhan penyakit mereka. Bukan setakat perlu bergantung pada ubat je. Rawatan Bomoh dan yang merepek kerepek tu, sila abaikan! 

Back to the topic!

Banyak2 tempat yang ktrg lawat, Wad Forensik paling menarik perhatian. Kos pembinaan mencekik berjuta-juta jugak lah. Padahal penghuni ada dlm 30 orang SAHAJA okay. Plus LELAKI sahaja! Mmg smart lah! Wad tersebut di kelilingi oleh tembok tinggi dan berduri. Tiada longkang (nak tahu kenapa, sila tengok Prison Break). Lebih kurang macam penjara tapi berkonsepkan HOSPITAL!. (yeah, akhirnya tercapai impian aku nak melawat penjara). Cermin pun mmg takde. (sebab risau dirg pecahkan dan bahayakan orang lain). Kalau ada cermin tingkap pun, khas dibuat daripada material kalis peluru. Tembak sure tak pecah. 

-huh, patut la berjuta2 nak bina wad tu-

Bercerita tentang penghuni dalam wad tu plak, mereka adalah penjenayah yang mengalami penyakit mental. Kira, jenayah diorang tu tak di kira sebab diorang ada pengecualian (pemikiran kurang waras/melakukan jenayah tanpa sedar). Menurut MA yang memandu lancong kami, pesakit yang sakit kemudiannya dah sembuh sepenuhnya, boleh terlepas daripada dikenakan sebarang hukuman. Mereka juga boleh kembali kepada masyarakat seperti biasa. 

Nampak macam tak adil kan. Tapi begitulah hakikat nya mengikut UNDANG-UNDANG. Well, setiap manusia harus diberi peluang kedua. Dan paling penting. Ingat camni je la. Dalam ISLAM, bila kita dalam keadaan tak waras, DOSA kita dalam tempoh tu tak dikira. Tapi bila kita dah kembali NORMAL, automatik dosa kita dikira semula. 

Ada je la golongan2 professional (educated)
mengalami gangguan Mental
Semasa lawatan di situ, kitorg terkurung kejap dalam bilik tinjauan (ala bilik yg ade TV banyak2 tu) sebab penghuni sedang mkn tengah hari. tengok dari cermin pun dah gerun. Lepas beberapa minit terkurung, kami cpt2 keluar. Cuakk.

Opss..takde gambar sebab mmg tak dibenarkan mengambil GAMBAR! Sori~

Owh pesanan juga! Jangan tak tahu plak, wad Forensik di HBUK merupakan yang paling terkenal di ASIA Tenggara. (nape aku baru kenal nih?). Okay. Aku tak mau cite pasal tempat-tempat yang laen sebab nak cite ape je. Kat kebun, ade kebun la, kat pasar tani ade sayur, kat car wash, boleh cuci kereta harga murah punyer.. haa tu je la. Lagipun, korang kena datang dan tengok sendiri la. Baru best. Nak buat sesi lawatan or rombongan sekolah pun ok..haha. Eh baru teringat, kat Wad wanita ade, sorang pesakit tu. Nyanyi best, kalah diorg yang gi Audition AF. Wa tak tipu..hehe. Pastu kan, korang kenal ke REMBO Malaysia? MA tu kate dia pernah masuk Hosp ni dulu. Nape aku tak tahu pape. Arghh lost. kurang ilmu am betull lah aku ni. (T_T)Y

Info : Jangan sesekali panggil diorang 'ORANG GILA'. Panggil diorang pesakit mental. 

Belle' : Encik Adha ada kata, pekerja2 Hospital termasuk cleaner dan sebgainya, ada juga terdiri daripada pesakit2 yang dah sembuh. Diorang lagi bagus bekerja sebenarnya berbanding orang normal. Sebab? takde komitmen rumah tangga dan pasangan..haha.. erk yeke?


pulasan tu nama buah. 
Buah pulasan. 
Beza sikit je dgn buah rambutan. 
Pulasan nye rambut tumpul. 
hehe.

4 comments:

Mknace said...

:) :) :)
ok gak tempat nih eekk
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

FarhanaDr said...

Abang Adha comel.. Tapi dah kawen.. Ekekeke.. Eh.. Menyimpang lak.. :p

SyafiqaNabila said...

@ Mknace..hee..terbagusss pun ye :)

@Kak Farhana : ala yeke..hehe

zati embong said...

masa kecik berangan mahu jd forensik, tp angan2 masa kecik semata2.bila bsar addicted dgn csi je ler..huu