Tuesday, January 18, 2011

Berjalan kaki & Hairan

Jam 6.00PM :
  • Mujur, sewaktu aku berjalan pulang ke rumah, seorang Junior ku memberhentikan kereta lalu mempelawa ku menaiki kereta mereka. Lagipun hari dah nak hujan. Takkan nak biarkan aku keseorangan berjalan seorang diri. Ala, potong stim betul lah, baru nak beriadah di waktu petang. Lama tau I tak bersenam. Bagi lah I balik jalan kaki pula. Bukan selalu dapat peluang camtu. Bosan la I asyik naik kereta je...(ayat poyo). Ternyata, lepas beberapa minit selepas aku menaiki kereta mereka, hujan pun turun dengan galak nya. Syukur Ya Allah! Best tau ada junior yang baik hati..hehe thankss sis~


Jam 4.30PM : 
  • Aku bertemu seorang pensyarah UiTM Shah Alam. Beliau bertanyakan terdapat mesin ATM CIMB ke di kawasan hospital? Aku pun menjawab, tiada Pak Cik. MayBank ada lah. Beliau terlihat nametag yg dipakai ku lalu bertanyakan adakah aku student? kat mana?. aku pun jawab. "Ya, pelajar di kolej belakang hospital ni." (nak cakap nama penuh RCMP, takut dia poning pulak..hehe). Kami pun berborak lah. 
  • Katanya, beliau seorang Doktor. Oh nak tunjuk aku ni ramah, aku pun bertanya, Dr mesti kenal kan dengan Dr Khalid, Dekan Fakulti Perubatan UiTM. Tapi beliau jawab, tak kenal. Aku jadi pelik! Giliran beliau pula menyoal diri ini, kenal ke dengan Zambry, bos kolej kamu kalau tak silap. Aku pun balas, tak kenal. Dalam hati, "Erk, mana ada ZAmbry. Tu menteri besar Perak kot. bukan lah Dr. ni silap kot. Tapi aku nampak dia sihat jek"
  • Adoi, aku hairan betullah. Perbualan kitorang dah jadi macam anjing ngan kucing. Macam boleh ngam tapi sebenarnya tak. Lepas aku berjaya mengeluarkan wang dari mesin ATM, bila toleh belakang, DR tu pun hilang. Mana dia pergi? Hairan bin Ajaib..jelmaan kah beliau.. haha (jangan merepek Belle')

6 comments:

FarhanaDr said...

Hahahahaha.. Mungkin dia maksudkan dr zamry kot.. Kira bos gak laa tu kan.. Hehe..

SyafiqaNabila said...

Dr Zamry tu sape kak? Kenapa kita tak kenal ek?? hehe

Sharkyra Kid said...

haha. ade lah. dr zamry.
akak lib dlu tu kate dr tu boss die. tp aku tak tau la die tu dept mane. hoho ;p

SyafiqaNabila said...

iye..hehe. aku la ni tak peka dgn RCMP..ngeh3

EZAN IDMA said...

ahga! bersenam tuu ;p

SyafiqaNabila said...

kuang3..haha