Pesakit : Doktor, saya rasa TV tu cakap benda yang bukan-bukan pasal saya lah
Doktor : Erm..mana ada. Saya tengok berita semalam takde pun dia cakap bukan-bukan pasal awak
Pesakit : Ada doktor. TV tu cakap saya ni org tak guna!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
haaaa...tu lah tanda2 orang tu ada satu penyakit. Jeng3 penyakit apakah??
Ikuti artikel di bawah
Tutorial hari ni adalah berkenaan dengan penyakit schizophrenia. Iyalah sempena artikel dalam utusan 2 hari lepas tu dok bising pasal penyakit mental yang semakin menular ni, apa kata azma sedarkan sikit mata orang awam dengan ciri2 salah satu penyakit mental yang paling merunsingkan. Harap2 kalau ada saudara mara yg tunjukkan simptom2 ni, bawak cepat2 dia ke hospital. Penyakit ni ada ubat kalau kesan awal. Kalau biar dia melarat tu yang susah nak baik tu....
Entry kali ni azma nak cerita sikit pasal penyakit schizophrenia ...untuk entry seterusnya, azma akan cerita pula pasal penyakit bipolar disorder. Kedua2 penyakit ini adalah penyakit gila yang kronik dan menjadi isu utama dalam semua ward2 penyakit mental.
Schizophrenia ni atau nama timangannya schizo adalah apabila pemikiran seseorang menjadi tidak bersepadu lagi. kalau orang yang normal, cara dia berfikir adalah hasil paduan:
- persepsi
- mood
- pemikiran
- tingkah laku
- sentuhan dengan realiti.
schizo akan mengalami ketidak hubungan (no link) antara kelima-lima elemen ini. kelima-lima elemen ini berhubung kait antara satu sama lain untuk menghasilkan pemikiran yang waras.Tiadanya "link" antara kesemua 5 unsur itu menyebabkan seseorang menghidap penyakit schizo.
- Ketidak hubungan ini menyebabkan lahirnya fenomena tertentu dalam diri pengidap schizo. Antaranya ialah:
- Delusions : kepercayaan salah yang tak dapat di ubah langsung oleh orang lain, yang langsung takde kena mengena dengan masyarakat sekeliling. contoh :ayah pin dan ajarannya.
- Hallucination : persepsi di alami tanpa stimulus. contoh dpt dgr mende yg dia tak boleh dengar..
- Cakap merapu/fikir merapu.
- Berperangai pelik
- Negative symptoms : memek muka yang flat..paham ke? macam blurr je and takde perasaan.
- Tidak dapat berfungsi dalam bersosial atau bekerja.
Ok...dah faham ker? Rumusannya..kalau nampak kawan or sedara yang ada kepercayaan karut, dengar benda yg org lain tak dgr, cakap benda yg tak masuk dek akal , muka blurr semacam je, tanya pon jawab nak tak nak jer, yang asyik berkurung je dalam bilik, asyik ada masalah kat tempat kerja and tiba2 jerr baring tetengah jalan tak berpakaian tu...hantar je ke hospital. Okek.....kalau nak bawak tok2 bomoh tu datang spital pon takper jer..doktor tak marah pon..tapi kalau tok moh tu membuat onar kat spital , tolong suruh dia balik..buat kacau staff spital jek :P
Mengikut sistem klasifikasi DSM-IV-TR, ada 4 jenis schizophrenia semuanya.
- Paranoid schizophrenia - ada delusions dan hallusinasi pendengaran.
- Catatonic schizophrenia - otot tak boleh gerak (e.g stupor (numb),terlebih aktif (teruja-uja), pergerakan otot keras macam robot, posture yang pelik.
- Disorganized (hebephrenic) schizophrenia - selalu yang ni orang muda yang selalu kena. pemikiran dia tak masuk akal, kelakuan dia pon pelik, blurr atau inapproprite affect (mood yg tak kene dgn pemikiran,contohnya dia rasa hepi tapi dia sugul).
- Undifferentiated (simple) schizophrenia - pemikiran gila dia jadi makin teruk (deterioration) atau keadaan pemikiran yang agak sewel (defect state).
Mengikut Crow pula ada 2 jenis jer...
1.Type 1 Schizophrenia- acute,simptom positif (delusion,hallusinasi), verticles otak bersaiz normal, prognosis bagus, tindakbalas kpd ubat neuroleptic bagus, ada sedikit dopamine abnormalities.
2.Type 2 Schizophrenia- chronic,simptom negatif (muka blurr), ventricles makin besar, prognosis tak bagus, tindakbalas kpd ubat neuroleptic tak bagus.
Apakah gejala-gejala Schizo??
Simptoms klasik nya adalah mengikut 4 A Bleuler yang menggariskan bahawa seseorang pengidap schizophrenia ni menunjukkan 4 jenis simptoms:
- Autism: berada dalam dunia fantasy sendiri dan tak peduli dah kat realiti.
- Ambivalence: tetiba je dia ada banyak sangat idea yang bercanggah.*fenin lalat*
- Affective incongruity: affect(memek muka/emosi yang nampak) dan thought(buah fikiran) dia dah takde link.Contoh ketawa berdekah2 sambil cakap mende yang sedih...*gile iseng dah nihhh*
- Associative loosening: antara thoughts dia sendiri pon dah takde logical connection.
Baca artikel sepenuhnya di sini : Diari Pelajar Perubatan
No comments:
Post a Comment