Sunday, January 2, 2011

Sehari di KK TG Malim (^_^)Y


Pada hari Khamis yang lalu, Belle' dan geng-geng yang seposting dengan Belle' gi ke Tanjung Malim. Tujuan kami ke situ, untuk melawat pesakit mental yang dimasukkan ke Pusat Rehabilitasi di Klinik Kesihatan (KK) Tg Malim untuk mendapatkan rawatan. Banyak gak pengalaman best yang kitorang dapat selain ilmu yang berguna
 (masuk dalam soalan exam, itu yang paling penting !).

sebelum tu, jom layan gambar ..

Sarapan sebelum ke kelas ..
Acara membuat kuih pau. Yang hitam tu inti kacang ye
Patutnya main dengan client (pesakit), tapi diorang main sesama diorang plak..hadoyai
Ni lah clients di pusat rehabilitasi KK Tg Malim
Comel tau diorang ni. Lepas je taklimat daripada Medical Assistant (MA) yang bertugas, kitorang dibenarkan meninjau aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut (selepas ini dipanggil PSR). Kitorang juga berpeluang membuat kuih pau bersama-sama. Tapi sekejap je dapat buat dengan clients. Tak lama pastu, hanya tinggal kitorang dengan nurse yang bertugas. Sebab?? kata nurse, biasa lah, attention clients dah lari. Fokus diorang dapat sekejap aje. 
"oh ye ke.."

Lepas je siap buat kuih pau, kitorang join clients main game cam chess, sahibba, dam, congkak dan carom. Chess dan dam, kitorang je la yang main. Jarang la ada client yang pandai main chess dan dam. Tapi, seperti yang tersurat dalam gambar di atas, kitorang main sesama sendiri..wakaka. 

Kat port yang kitorang lepak, ade alat2 tuk exercise. Tujuan? Bagi pesakit mental, mereka ada risiko yang tinggi untuk penyakit obesiti. Jadi dengan melakukan senaman selalu, ianya dapat mengelakkan obesiti di samping mengurangkan tekanan yang dihadapi. Ingat? healthy lifestyle.. Selain tu, banyak lagi aktiviti yang ada kat PSR. Sepatutnya, lelaki akan berkebun, tapi sebab hujan, just buat indoor game je. Selalunya pagi2 ada senam aerobik. Karaoke pun ada (jgn tak caye)..

Tempat kitorang lunch

Sempat bergambar sementara menunggu makanan
gaya apakah? lapo bebeno kot .. lol
RM 6.50 sahaja (#_#)Y
Berapa pinggan kau makan tu Ainaa ?? muahaha
usai makan, kitorang solat dulu sebelum berangkat pulang ke IPOH. Ada kejadian sebelum kitorang keluar dari PSR tu. Ada la sorang client ni. Dia ada habit, suka tengok perempuan mengandung. Dan hal tu diperasan oleh salah seorang dari kami sebab client tu asyik ikut je sorang nurse ni yang sdg mengandung. Membe Belle' tu pun duk dkt ngan nurse tu. 

Belle' nampak, pastu terus tanya kat membe Belle' tu, "nape kau duk sini? ko nak ngorat dia (client) ea?". niat, saje je la nak mengusik. Then, tak sangka plak client tu cakap camni, "aah, sibuk je dia duk sini. Aah, dia nak ngorat kita." Membe yang seorang tu diam je sehingga lah beliau menceritakan hal yang sebenar kat dlm bas..hehe

Kemesraan berpanjangan ! best giler ar korang ..
    Sepanjang dalam bas, daripada setat enjin sampai lah mati enjin, bercakap je keje kitorang. ok tipu! hehe. tapi yang penting terlalu banyak benda nak cite daripada kisah client tadi yang terlalu obses dengan perempuan mengandung, kisah gi home visit ke rumah pesakit mental yang bermacam-macam ragam dan cerita sehingga lah ke kisah buaya jadian yang makan orang selain kaum Bidayuh. masing-masing nak berckp .. hehe

pernah dengar kisah buaya jadian tu? 
ok tak pe.. Belle' pun baru dengar..muahaha

enough for now. Terima kasih sudi membaca.

Jumpa lagi :-)

1 comment:

Unknown said...

Ada tag untuk kamu,...-->http://encikdayat.blogspot.com/2011/01/bloglist-istimewa-untuk-blogger-baru.html

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...