Sunday, July 31, 2011

Bila Facebook dah macam TUHAN

sumber : twitter

Pernah tau aku terbaca wall seorang teman. Beliau menulis sepotong doa yang biasanya diungkapkan sesudah solat. Dan seorang teman yang lain memberi komen seperti ini;

"nak doa bukan kat sini la weyh, sengal!"

terkejut juga la. Salah ke sang teman yang menjadikan sepotong Doa sebagai status di FB? atau pun cuma sang teman yang lain itu yang berfikiran negatif?

Apabila difikir-fikirkan balik, sepanjang hampir 3tahun aku menjadi pengguna FACEBOOK, bermacam-macam ragam dan tabiat manusia dah aku tengok. Yes! dalam hal ini korang tak boleh ye cakap aku 'judgemental' sebab.. sangat obvious kot, status itu ditulis oleh kita sendiri. Kita menulis berdasarkan apa yang kita rasa, kita alami, dan haruslah kan benda itu 'sangat' melambangkan peribadi kita. betul tak?

kecuali lah, ada yang menulis tanpa tujuan. Pakai bantai taip je and post! Buat sesuatu tanpa berfikir. Takkan lah kan?

berbalik kepada tabiat manusia di FB. Antara sifat yang aku dapat kesan adalah, mereka sangat suka berdoa di dinding Facebook. 

Contoh;
"Ya Allah, kau tetapkanlah imanku." -Sang Teman.

Ok fine.. Pembaca (rakan-rakan) di FB yang terbaca, sekaligus akan turut berdoa di dalam hati dan siapa yang dapat pahala? yes betol! Sang Teman juga! 

Tapi persoalannya di sini, selepas sembahyang, ada tak berdoa macam tu? ke terus open laptop update status kat FB, "Ya Allah .. bla bla bla.." *tak terasa tak terasa. Kalau ada bagus! Kalau takde itu yang bikin wa panas kan. Dan time ni aku akan 100% setuju dekat Sang Teman yang lain,
"Nak doa bukan kat sini la..adeh"

aku bukanlah nak kata yang kita dilarang menjadikan doa sebagai status, cuma pastikan ianya selari dengan niat dan amalan kita. Jangan ada niat untuk menunjuk baik dan sebagainya padahal...huh. Ingat! Jangan terlalu taksub dengan teknologi sampai kita lupa benda yang asas.

 " Facebook tu kan cuma 'hiburan' - Encik A "


dan ini antara mention (reply) yang aku dapat;



apa apa pun. ini hanya lah sekadar sekilas pendapat daripada seorang 'AKU' yang bukan sesiapa. Kalau tak setuju, jangan malu jangan segan untuk menegur ku dan memberikan pendapat  Jika ingin mendapatkan lebih kepastian, ajukanlah soalan ini kepada mereka yang lebih pakar. OK?

'"why is so serius. Open minded la sikit!"
'Open Minded?? Tak payah nak open open sangat lah.'


Short Tips for Ramadhan:-from iLoveAllah.com-
1. Seek Allaah's Pleasure & Mercy.
2. Read Qu'ran [with Understanding].
3. Listen to Qu'ran.
4. Make dua for yourself & others.
5. Evaluate yourself everyday.
6. Make Taubah.
7. Increase your Dhikr.
8. Give Sadaqah.
9. Seek Islamic knowledge.
10. Pray Salah on time.
11. Increase your Sunaah & Nawafil prayers.
12. Aquire patience & strong will.
13. Strive for Ihsaan & avoid Riyaa.
14. Control your anger.
15. Feed others.
16. Make Itikhaf.
17. Don't eat too much at Iftaar & Suhoor.
18. Sleep early.
19. Get up a little early for Suhoor & pray Tahajjud.
20. Keep yourself in a state of Wudhu.
21. Don't waste time socialising too much.
22. Pay Zakatul Fitr early.
23. Set a goal of memorising some new Qu'ran & Duas.
24. Watch your tongue.
25. Make time for others. 

my FB's profile Pic for this Ramadhan


salam.

bila aku bersajak, beginilah jadinya

bosan!
"malas nya aku nak study!"
kadang-kadang aku bosan menulis di Blog
aku bosan membaca Muka Buku
apa lagi mengupdate status di Twitter
malah aku sangat malas untuk membuka Lappy kesayangan ku ini
aku hanya ingin baring dan tidur sepanjang hari sahaja

*macam lirik lagu 'Lazy Song' pun ada ni*

namun, aku sedar itu semua hanyalah bersifat sementara
dan perasaan itu hanya hadir tatkala emosi diri ini kurang stabil
aku tidak boleh kalah dengan emosi
itu prinsip ku!
aku masih mencari.. ketenangan ..

kadang-kadang, kita lupa tujuan asal kita dihidupkan
kadang-kadang kita terlalu leka
terlalu asyik mengejar keseronokan
kekayaan dan pangkat
kita lantas terlupa asal-usul kita
kita lupa akan orang-orang yang telah banyak berjasa kepada kita
padahal tanpa mereka, siapa lah kita pada hari ini

Jangan lah jadi seperti 'kacang lupakan kulit'

hidup ini ibarat roda
kadang-kadang kita di atas dan tak mustahil kita juga akan berada di bawah
mungkin disebabkan terlalu lama di atas
kita lupa bagaimana perasaan bila berada di bawah
dan bila tiba saat kita berada di bawah
barulah kita sedar 
yang langit tak selalunya cerah
tetapi, boleh kah kita menerima kenyataan itu?

kadang-kadang kita gembira
kadang-kadang kita sedih
itulah kehidupan
tanpa nya
tidak ceria lah sesuatu kehidupan itu
ibarat kita berjalan di atas garisan yang lurus

pernah atau tidak kita terfikir!!

"sebenarnya, apa yang aku cari atau inginkan di dunia ini?"

pernah atau tidak kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan itu??

sejauh mana usaha yang kita sudah lakukan
adakah ianya..
hanya separuh jalan 
atau
kita telah cuba sedaya yang mampu
cuma nasib yang tidak menyebelahi kita?
oh tidak, menyerah kalah bukanlah sikap yang elok

pernah atau tidak kita terfikir..
"berapa lama lagi aku hidup ek?"
dan
"apa yang telah aku capai sepanjang aku hidup"
atau
"apa yang telah aku sumbangkan sepanjang hidup ini"
malang sekali jika tiada sumbangan atau kejayaan yang dicapai.
dan
syabas ok .. jika ada!

aku sedar, sebagai manusia biasa
aku tidak perlu berangan untuk menjadi seperti Tun Mahathir
tidak perlu menjadi sehebat Dr Sheikh Muszhafar
tidak perlu berbakat besar seperti Dato Siti Nurhaliza
aku adalah aku
aku tidak perlu menjadi orang lain!
cukuplah aku hanya sekadar
menjadi Hamba Allah yang taat akan segala perintahnya
menunaikan solat 5 waktu setiap hari
dan 
aku menjalankan tugasku dengan penuh dedikasi
sebagai seorang anak dan pelajar
hanya dengan itu sahaja
aku cukup yakin
ianya cukup untuk menjadikan aku..
hamba yang paling gembira & bersyukur sekali

'Angan-angan yang terlalu tinggi hanya akan membuatkan kita bakal kecewa di kemudian hari'
-namun jangan lah sampai kita jadi orang yang langsung tiada cita-cita-



Semoga berjaya, Syafiqah!

Sekian. Terima kasih sudi baca.

-maaf kerana menulis dalam keadaan emosi yang sedikit 'celaru'


Friday, July 29, 2011

Puasa Ganti dan Fidyah

Anonymous;
ustaz,kalau saya sengaja membatalkan puasa ganti tanpa alasan, perlu tak ganti puasa selama 2 hari?  maksud saya..sehari utk puasa yg mmg ditinggalkan semasa ramadhan..sehari lagi utk puasa ganti yg sengaja dibatalkan itu


Salam,

Puasa yang perlu ganti adalah puasa ramadhan, puasa ganti yang sengaja di tinggalkan dan puasa sunat tak perlu ganti. Jumlah ganti kalau anda tinggal 2 hari puasa ramadhan maka gantilah 2 hari.





Cara Menggantikan Puasa Ramadhan

Orang Islam yang diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa Ramadhannya, wajib digantikan kembali puasanya jika ia berkuasa dan sakitnya sembuh selepas puasa nanti. Orang yang musafir yang berbuka puasanya disebabkan tiada kuasa dalam perjalanannya, maka ia diwajibkan ganti semula puasanya selepas bulan Ramadhan.

Tahun pertama orang yang meninggalkan puasanya atau berbuka puasanya, maka ia diwajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.



Cara Mengeluarkan Fidyah

Maksud Fidyah ialah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670gram. Contohnya sipulan telah meninggalkan puasanya sebanyak 5 hari, maka dia wajib membayar Fidyahnya sebanyak 5 cupak beras kepada fakir miskin. 



sumber : Ustaz Nor Amin


**************

so, soalan berbentuk cepu emas aku sekarang.. korang dah habis ganti puasa belum? Sila jangan ambil mudah perkara ni.. ok? Tahun depan aku taubat dah nak lewat-lewatkan ganti puasa lagi. Tak tenang woo hidup. Mengalahkan berhutang dengan ALONG (eh macam la aku tahu rasa berhutang dengan along tu camne kan). 

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!

DUA REAKSI DAN KOMEN PILIHANKU BILA HARIMAU MALAYA TEWAS DIBAHAM SINGA



[ source di SINI ]

Belle : Adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang. Ingat, ini baru permulaan! Sangat kagum dengan 85 000 penyokong Malaysia yang memenuhi stadium Bukit Jalil malam tadi. Majulah Bola Sepak untuk Negara. Tak lupa juga kagum amat kepada para Twitter tegar yang menjadi pengulas secara tak rasmi perlawanan. Meriah meriah!

"kita tak kalah, cuma belum menang -FaraFauzana"

so, apa komen korang pula?

jom layan pantun ni;

ketiadaan NORSHAHRUL & SHAFIQ amat dirasai,
ketangkasan KHAIRUL FAHMI bukan tsndingan SHARBINI,
tiada apa daripada ISMAIL FAROUKI & ABDUL HADI,
mujurlah ada AMIRUL HADI,
SAFEE SALI tetap dipuji,
BADROL BAKTIAR kemana pergi,
masuknya FAKRI menyakitkan hati,
kepincangan pertahanan kerap terjadi,
perjuangan HARIMAU sudah pun mati,
kini SINGA bergembira menari,
K RAJAGOPAL!
APA SUDAH JADI ??
ke mana perginya SHAKIR SHAARI,
begitu juga ASHAARI,
bukan brcakap kerana NEGERI
ini dilihat melalui PRESTASI!!!!!!!!!!!!!!.


sumber : Facebook

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapura Kelayakan Piala Dunia 2014

Jom layan gambar-gambar menarik yang aku jumpa semasa blogwalking tadi




sedang khusyuk search gambar-gambar
tiba-tiba aku jumpa ...
ah malas nak cakap
korang baca sendiri lah ye


tak masal eh tiba-tiba kecoh pasal skandal si Apek (penjaga gol Harimau Malaya)
harap-harap Apek boleh fokus malam ni
sila jaga gol elok2
and
be profesional lah Bro
tanggungjawab terhadap negara lebih utama daripada hal lain

Good Luck Harimau Malaya!

p/s : adoi, nape Aidil dikeluarkan ni? kacau betol la =(

Nasihat untuk semua pelajar perubatan (18SX)

Salam.

Kisah ni berlaku beberapa hari yang lalu di hospital. Waktu tu kami sedang dalam bed-side teaching (kelas tepi katil). Antara perkara wajib sewaktu bed-side teaching adalah menunjukkan skill-skill pemeriksaan terhadap pesakit di hadapan Dr (pensyarah) seperti pemeriksaan tangan pesakit.

Sewaktu pemeriksaan tersebut dijalankan beserta dengan running commentary (komen berlari), Dr kami tiba-tiba memotong ayat rakan kami itu (perempuan). Dr mengatakan yang ianya salah dan perlu buat macam ni la dan bla bla bla. Sedang kami semua khusyuk mendengar 'pemotongan ayat' Dr itu...tiba-tiba,


"Dik, jangan la pegang lama-lama. Stim saya nanti." kata pesakit (pakcik) tersebut.


Kami terkejut besar. Mata kami terus tertumpu ke arah tangan mereka yang masih berpegangan. Adeh. Macam manalah beliau boleh terlupa untuk melepaskan tangan pakcik tu tadi. Aku tak pasti sama ada Dr kami sedar akan perkara itu ataupun tidak. Yang pastinya, pakcik tu jujur amat! Dan, ala... pegang tangan je pun.

Moral of the story:
Kepada semua pelajar perubatan, faham-faham sendiri lah ye. Korang semua dah besar kan untuk faham apa yang aku cuba sampaikan daripada cerita tadi. So, korang ada pengalaman yang sama tak? Tak kira lah korang sebagai medical student ataupun pesakit. JOM! kongsi lah sama-sama k .. hehe =)

A quote for today;
"No need to be a GREAT Doctor, just be a SAFE Doctor"


Bukan mudah nak jadi seorang Doktor.

Tuesday, July 26, 2011

Segmen : Mari Cari Kembar Blogger

salam. Jom join segmen Cik Najihah.


28 OGOS 1988

syarat-syarat penyertaan :
  1. Letak header daku & link ke entry ini
  2. dalam entry letak tarikh lahir korang
  3. Lepas siap, sila hantar URL entry korang kat entry ini ye. 
  4. Siapa yang nak join silakan.
  5. Done!

Korang yang join akan daku listkan mengikut bulan lahir. 
Selamat bertemu kembar!

CLOSED : 26 July, 12 tengah malam
                                  

cerita tentang perempuan yang berani

Selamat petang semua!

Entri ini dicoret setelah mendapat request daripada seorang teman di Twitter.


Dalam entri aku yang sebelum ini, 'Kisah Cinta di Janda Baik', aku ada cerita tentang keberanian seorang gadis. Aku just cerita sikit je la kan sebab risau ianya mengguris hati sesetengah pihak. Tapi, setelah mendapat izin daripada gadis itu, baru lah aku boleh memenuhi permintaan mu wahai teman .. hehe


ehem ehem .. begini ceritanya,

watak-watak - Arman, Shiela & Amy

Tet tet .. (a message received)..

" Amy, sori lah kacau kau. Aku tengah jiwa kacau ni. Tak best gile. Tensionnn..."

" Eh, rileks la Shiela. Kenapa ni? Mesti pasal hal tadi kan?"

" Maybe kot. Aku tak tahu kenapa, aku rasa rimas sangat. Semua benda yang aku buat serba tak kena.."

"Dia still tak approve friend request kau kat FB eh?? Try la sms dia =P "

"Tak mau aku. Makin jiwa kacau aku nanti. Dia online tak tadi?"

"Erk tak perasan pula aku. Ala, sms je la, bukan buat ape pun, tanya kabo je pun..hehe"

"Message dengan kau lagi best la.. Lagipun, aku tak simpan no dia..haha."

"Aku ade. nah amek ni 01234XXX35. Good Luck!"


Pada keesokan harinya....jeng jeng jeng..

"Amy, guess what! Aku rasa dah free gile2 sekarang ni tau. Rasa nak joget atas katil..hehe"

"Amboi sukanye kau! ce cite ce cite.."

"Aku dah sms dia! Ikut amanat kau la.. Sekarang aku rasa dah hilang beban yang aku tanggung selama ni. Rasa free sebab dah tak perlu nak tipu orang lagi."

"apa jadi lepas tu? Erk ko sms HP la kan?"

"aah, dia reply. Dia okay je. Rupanya dia memang tak boleh approve aku. Tapi aku tak kisah pun. Apa sangat la kan kawan kat FB tu..haha."

"haa..see. I told you kan..wah bagus la weyh. Aku tumpang gembira untuk kau."

"thanks sangat kat kau Amy. Kalau tak mesti sampai sekarang aku asyik maki2 dia dalam hati plus orang yang keep on asking pasal aku dengan Arman macam mane. haha"

"hee takde hal lah kawan. Siapa la yang busy body sangat tu kan. Mengalahkan melodi..hehe. Aku doakan kau bertemu jodoh yang lebih baik Shiela."

"hee aku pun doakan tuk kau jugak. Thanks tau.."


Cerita tamat...



eh jap, korang dah tengok filem sekali lagi?? best best. I give 3/5 stars.

Monday, July 25, 2011

Segmen Adzriel AB : Nama pilihanku


Nama pilihanku??

Sebenarnya aku tiada nama yang spesifik pun yang menjadi kegemaranku. 
Seriously, aku mengambil masa yang agak panjang untuk menjawab segmen ini.
 Hampir give up juga lah nak join, tapi akhirnya aku join sebab
 aku dah jumpa jawapannya..

Nama pilihanku adalah..

Sebarang nama yang bermula dengan huruf A. Sebab apa? Sebab sepanjang aku hidup hampir 23tahun lamanya, aku dikelilingi oleh insan-insan bernama yang bermula dengan huruf A. 

Terima kasih A, terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku.

Aku suka A !

[ Hey, sape je yang tak suka dapat gred A kan..ahaha ]


Cara nak join segmen (oleh penganjur segmen);
1) Mestilah nak kena ada blog/website.
2) Tajuk segmen : "Segmen Adzriel AB : Nama pilihanku"
3) Letak gambar header blog ni dalam entry
4) Entry siap, letak link dalam komen entry aku ni.

Dengan ucapan, Tarikh tutup : 26 Julai 2011 @ 10.00 pagi.

p/s : a kredit to them AlongXP & WardahAlisya


Sunday, July 24, 2011

Kisah cinta di Janda Baik

Salam.

Hello World,

Sewaktu entri ini ditulis, aku sedang berada di Janda Baik, Pahang. Ini merupakan kali pertama aku bersama 5 orang ahli keluargaku dan rakan-rakan sepejabat ibu saudaraku menjejakkan kaki di kawasan peranginan ini. Ini juga adalah percutian pertama kami sekeluarga setelah masing-masing menginjak remaja. Percutian yang singkat tetapi memberi kepuasan kepada kami semua. Syukur Ya Allah. Ciptaanmu amat indah sekali.

Untuk pengetahuan pembaca semua, percutian yang dirancang sejak kira-kira sebulan yang lalu ini disertai oleh ibubapa dan anak-anak kecil mereka. Hanya keluarga kami sahaja yang terdiri daripada golongan remaja berumur dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun. Jelas sekalilah, aku beraktiviti dengan kanak-kanak sahaja disini. Fuh hampir tak terlayan juga kerenah mereka ini. Baru ku sedar, menjadi ibubapa bukanlah perkara yang mudah sebenarnya.

Semalam, aku mendapat sms daripada seorang teman. Gembira betul aku selepas mendengar perkhabaran daripada beliau tentang sesuatu. Sesuatu yang hebat! Tahniah kawanku. Berkat keberanianmu, kini kau tidak lagi hidup di dalam ketakutan dan penuh teka-teki.

Aku rasa kita berdua telah pun sama-sama mempelajari sesuatu daripadanya iaitu jangan pernah bersangka buruk dan berfikir mengikut emosi sahaja. Seelok-eloknya, carilah jalan yang terbaik untuk mencari jawapan yang sebenar. Tidak salah untuk sekali-sekala menjadi muka tembok asalkan ianya bertempat.

Anda pening? Maaf lah aku tak berani untuk bercakap lebih detail tentang perkara itu. Cukup lah jika aku sekadar berkata, ianya berkaitan tentang hati, hubungan dan perasaan. Em dah lama juga kan aku tak membebel soal hati dan perasaan.
Let's talk a bit about it??

Wanita mempunyai hati yang sangat rapuh. Sekali ia terluka susah untuk ia sembuh kembali. Tetapi bagaimana pula dengan hati lelaki? Adakah ianya keras. Ei, setahu aku, sepanjang aku belajar ilmu perubatan, keadaan hati (liver) lelaki dan perempuan sama. Begitu juga dengan ph air kencing perempuan sama dengan ph air kencing lelaki. (Ah aku still tak puas hati dengan kenyataan pak cik Tioman tu nampaknya)

Sepanjang aku mengenali insan bernama lelaki, aku belum pernah bertemu dengan lelaki yang berhati lembut. Maksud lembut di sini adalah mereka yang mengambil masa yang agak lama untuk melupakan orang yang pernah dia cintai dulu. Kebanyakannya, dalam sekelip mata sahaja sudah jumpa pengganti.

Cuma baru-baru ni sahaja aku terjumpa lelaki berhati lembut. Agak sebak juga lah selepas mendengar love story beliau. Menurut beliau, sehingga kini beliau menyesal melepaskan si dia dan tak tahu sampai bila beliau dapat membuka hatinya untuk mencari pengganti si dia sebagai peneman bicara di kala sepi. Padahal sebab utama mereka berpisah adalah kerana si lelaki mempunyai ramai kawan perempuan. Pelik juga aku. Kalau betul beliau ada ramai kawan perempuan, kenapa beliau masih single?

Haa, see? Ini memang first time aku jumpa kisah cinta di mana lelaki masih tertunggu2 kekasih lama. Selalunya terbalik. Even aku sendiri pernah begitu dulu. Tapi alhamdulillah, aku kembali normal. Ala, perempuan..biasa lah kan. Tapi bila lelaki yang begitu.. Aku jadi speechless. Kemon la.

Memetik kata2 beliau, "Terus terang aku cakap yang aku masih sayangkan dia lagi...."

Ucapan khas daripada aku, Belle' untuk beliau (jika beliau terbaca entri ini lah kan..hehe),

Bagi aku, kau tak perlu jadi macam tu. Please wake up! Kau lelaki, kau kena kuat, teruskan hidup macam biasa. Aku tahu ianya bukan mudah tapi kalau kau tak cuba, macam mana kau nak tahu boleh ke tak. Fikir macam ni je lah. Kesian tau kat bakal isteri kau nanti kalau kau terus nak hidup dalam bayang2 kekasih lama. Ok fine, memang la kau rasa bersalah. Tapi cuba fikir, entah-entah si dia dah lama maafkan kau dan dia pun dah bukak buku baru. Kau je yang still tak move on. Sampai bila kau nak macam ni? Bila nampak dia kat FB kau rasa sedih. Kau selalu rindu dia tapi dia? Life is too short to be unhappy man.

Akhir kata, selami jiwa, selami minda..selami lautan dalam. Selamat beramal! GOOD LUCK.

Aku kini berada dalam bas menuju ke Ipoh. Esok, bermula lah rutin harian ku seperti biasa. entri ini ditaip sepenuhnya menggunakan HP.

Terima kasih sudi baca. Kalau rajin, komen la sekali :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 21, 2011

Kat Tioman ade pantai?

Salam.

Haiyya. Agak terbengkalai blog Syafiqa Belle ni kan?? huhu. Untuk pengetahuan anda yang belum baca WordlessWednesday#7, aku sepi kerana pergi bercuti ke Pulau Tioman, Mersing pada minggu lepas = 16 & 17 Julai 2011.


Haha. Aku ni pantang kalau ada orang buat reunion, aku mesti try gak menghadirkan diri walaupun susah camne pun. Dan, even ada 2orang je wanita daripada 12orang yang join..zas layan~ ini kes mengidam nak pergi snorkeling punya pasal selain nak jumpa membe lama yang hampir 6 tahun tak jumpa. Tahun ni 2011, kitorang abes SPM 2005.. so 6tahun la kan. Yes math aku masih intact!


Cerita bermula apabila aku menaiki bas ke Ipoh pada jam 3petang hari Jumaat. Fuh, memang jauh perjalanan luas pengalaman la kan, jam 7malam baru la aku sampai Shah Alam. Aku sendiri pelik, macam mana lah perjalanan Ipoh-Shah Alam boleh jadi sampai 4jam??!! Habis lebur plan aku nak hangout lama sikit dengan Fiza sebelum ku bertolak ke Mersing.


Nak dipendekkan cerita, kami sampai di SMSSI jam 3pagi. Esoknya, kami pergi beli barang tuk BBQ di pasar dan bertolak ke Jeti jam 11.30pagi. Terima kasih cikgu kerana sudi meminjamkan perkakas dan pantri bilik guru kepada kami. try tengok sikit anak gadis ini mengupas bawang..
try tengok anak bujang ni plak buat kerja...
ok la kan. Apa yang penting?? kerjasama..


Kami tiba di Pulau setelah hampir 1jam setengah duk atas Kapal Selam. Eh silap, Feri.. Tiba-tiba teringat soalan aku semalam, "eh kat sane ade pantai tak?" haha.. macam soalan budak tadika je Belle, adoi.

sampai-sampai je kitorang terus check in. Yes, budak laki kene kongsi 5orang satu bilik. Oh heavennya menjadi perempuan. 2orang satu bilik. hehe. Lepas siap-siap makan solat sume, kitorang terus pi mandi kat RockFall. Ah sejuknya air sungai tu. seronok! Pastu pi mandi pantai. Yes, Tioman ada Pantai ye Belle! Kesian Acid, kaki dia kene gigit ngan Landak Laut. (Tak sure la betul ke tak Landak Laut, aku maen bantai sebut je ni). Tu la, ghajin sangat pi teman Anode amek Bola.

Maafkan aku Acid, walaupun aku amek medic aku tak tau nak buat ape..haha. Maaf2. Haiyya, takde gambar la pulak nak tunjuk. Gambar sume dalam kamera Ari. Lepas puas mandi pantai, kitorang pi main Bola Tampar Pantai. Haha, memnag penat gelak je ah, bukan penat main. macam-macam gaye dan telatah kot. Serius lawak. Kalau la ade video, rasa nak rakam je =) Yes, team aku menang, dapat extra ayam tuk BBQ malam nanti..hehe

ni la wajah penganjur tuk reunion kami kali ni. Terima kasih Encik Aloq!

Malamnya, kami terus buat BBQ lepas having dinner. Alhamdulillah, tempat BBQ dia memang ada class. Aku kasi 4 daripada 5 bintang. Tempat tu betul2 kat tepi pantai, ada tempat duduk, ade pondok yang bermuzik lagi..haha. Terima kasih kat pakcik-pakcik yang tolong kitorang hidupkan bara api dan sediakan dulang, pisau, pengepit dan segala macam perkakas BBQ lah. Memang terbaik, semua lengkap & sangat memudahkan aktiviti kami. =)

sori, gambar agak kabur di situ
psst : ada sorang pak cik ni bagitahu, kalau kena gigit ngan Landak laut tu, cepat-cepat ketuk biar bisa dia hilang. Yes, itulah yang dilakukan oleh Acid. Nasib baik tak ikut cakap kapten. Ade ke nak suh curah air kencing wanita?? pelik tapi benar ke?? haiyya...

Esoknya.. aktiviti yang memang dinanti-nantikan iaitu snorkeling. Yeay, memang best bro! Tak perlu pandai berenang, cuma perlu pandai mengawal pernafasan dalam air. Pengalaman pertama aku semasa menggunakan Life Jacket dan benda alah Google tu, memang agak scary la. Takut woo lemas.

Tapi nasib baik ada Zul yang baik hati mengajar aku supaya rileks semasa berada dalam air. Dia kan, kalau ko cuak & gelabah, memang tak jadi la. Dia kene rileks je, sure ok punyer. Yang penting trust yourself..chewaah! dan di saat aku mula menyelamkan muka ku ke permukaan laut untuk melihat ikan-ikan yang comel, terujanya. Dengan roti yang aku genggam di tangan, aku biarkan ikan-ikan yang seakan-akan sepuluh tahun tak makan tu mengerumuni roti itu.

Cantik! tapi bila nampak ada ikan besar lalu depan mata, pok! terus terangkat kepala aku. haha cuak jugak tapi lame-lame ok. Ikan tu tak gigit pun dan takde lah besar mane pun. Ala, ikan je pun..hehe. Selain ikan, nampak jugak la coral kat dasar laut. Cantik! Cantik! dan Cantik! pengalaman manis yang tak mungkin aku lupakan (dah macam buat karangan BM)

wajah photographer kami, Anode. dia jugak lah yang buat INI
Tamat je aktiviti snorkeling, kami siap-siap berkemas, gi lunch dan ada la beli cenderamata sikit..hehe. Kami bertolak pulang kul 4, dan sampai Mersing hampir kul 7 jugak la. Then aku amek bas dari JB straight ke Ipoh. Thanks Anode sebab hantarkan aku. Alhamdulillah, aku tak terlepas pegi kelas pagi Senin tu..ahaha.


Jom layan gambar... gambar lagi pandai bercerita kot..ahaha





sesungguhnya, percutian aku kali ini merupakan kenangan yang paling indah sekali. Semoga ukhwah antara kita kekal terjalin mesra. Untuk Encik Aloq, jangan serik untuk anjurkan aktiviti seperti ini tau. overall, aku berpuas hati dengan Reunion kali ini. Walaupun ianya memerlukan perbelanjaan yang agak besar (RM200++) dan masa pun singkat (2hari 1malam), tapi saat-saat manis di Tioman dengan korang semua amat lah tak ternilai harganya kot.

Thanks to Shiro yang menaja perjalanan ku dari Shah Alam ke Mersing.
Thanks to cikgu Muhaidzar, yang banyak membantu melancarkan aktiviti kami ini. Begitu juga cikgu Rosnah dan lain-lain.
Thanks to Syahid yang banyak membantu Aloq dalam melancarkan Reunion kita kali ni.
Kepada rakan-rakan Intem SPM'05 yang lain, pastikan korang join tau tuk our next Reunion. Rugi woo tak join..hehe.

K see you guys next time =) Good Luck!!

miss u all~
p/s : eh gathering batch dah buat. Bila pula nak buat gathering Alumni ni?? hee

salam. terima kasih sudi baca sampai habis.

(eh aku main sebut-sebut nama ni, korang kenal ke? layan je la eh..hehe)

Wednesday, July 13, 2011

How to confirm that you are left handed / right handed?

Salam.

Today, I would like to share something with you guys.

Are you left handed or right handed? Oh don't tell me yet. Let's do aa eye test first!

Look at the picture below very carefully.


Place your middle index finger on the 'part' that you should not see. Euww. Well, please ya. Behave like you are still a kid..hehe. Yes, I really mean the 'kissing part' =P

Then, close one eye, either your left or right eye.

Which one gives you a better & clearer 'kissing part'? Close right or left eye?

  1. If close right eye, then you are RIGHT Handed
  2. If close left eye, then you are LEFT Handed.

That's it! Interesting right??

Left Handed or Right Handed?? }

Good Luck! =)

Wordless Wednesday ! #6 [G+ vs FB]

Monday, July 11, 2011

Beautiful Eyes for you...

Assalamualaikum W.B.T.

Apa khabar? Harap sihat lagi Bersih.. opss.. hehe

Hari ni merupakan hari pertama ku di Eye Posting yang bakal memakan masa selama seminggu SAHAJA. (cepat je masa berlalu kan. Ni dah masuk posting ke-5 kot. Tinggal satu posting je lagi). Dan baru first day dah kena. Kena marah dengan Doktor sebab tak pergi clinic kul 8.

"Who give you one hour leave??? Did you know how to read the time table or not??"

haa tercekik ko nak jawab. Adeh. Silap kami juga la, tak bertanya pada group yang sebelum sebelum ni. Memang malu bertanya konfem sesat jalan la kan. Sepatutnya, kami pergi lapor diri kat Eye Clinic on the first day at 8am. tapi sebaliknya, time tu aku ngah bersuka ria atas katil lagi kot (T__T)Y. Tu la akibat main HeroCity sampai pagi.

Again! We're so sorry Dr!

Kesilapan kedua yang kami buat adalah, lewat datang ke klinik. Patut nya datang pukul 11pagi tapi kitorang datang pukul 11.45pagi. Nampak tak betapa lewatnya kami di situ? aha. Ini semua gara-gara ter-extend kelas sebelumnya dengan Dr Subra. Tapi, memang seronok la kelas dengan Dr Subra tadi.

I tell you, he's a great lecturer. Walaupun dia banyak cakap tapi seronok la. Dia ada la cerita pasal kisah hidup dia yang berubah bila dia kena extend setahun tuk dapatkan medical degree di obesi. Dia kena extend pun disebabkan ada internal examiner yang sengaja fail kan dia sebab dia foreigner yang involve dalam politik. Tak adil kan?

Dia cerita pengalaman dia sepanjang dia kena extend study. Benda paling pedih adalah, bila kawan dia tegur, "hey, you don't pass a?". Padahal kawan dia tu biasa2 aje, dan dia ni boleh dikira sebagai top student gak la. Agak tertekan di situ. Dan dia kata dia bosan bila, hari2 dia kene belajar balik benda yang dia dah tahu. So, dia pesan, "study biar lulus setiap tahun. Yang paling penting dapatkan lesen doktor tu''.

So. Jam 3petang, kami pun kelas dengan Dr yang marah kami tadi. Dia tak garang pun la, cuma tegas! Macam tu la baru orang hormat..kan kan? So, don't judge a book by it's cover. Tak best bila kena bebel pasal lewat dan cuti umum satu jam tadi tu je la. Tapi best sebab banyak benda baru kami belajar hari ni. Yes, opthalmology merupakan benda baru walaupun tak de lah baru sangat sebenarnya. Masa pre-clinical phase, aku paling tak suka bila belajar bab mata ni lah..huhu

{iklan} >>> Jom jawab teka-teki...

Banyak banyak Klinik, klinik apa yang paling popular?? 
[untuk melihat jawapan sila scroll hingga bawah]



Tajuk kami belajar hari ni, Eye Examination!.

  1. bila pesakit datang mengadu, "Dr, mata saya sakit!.". So agak-agaknya lah, apa nak buat dulu? Bukan terus examine. Mulakan dengan Bismilah tanya sejarah dahulu.
    • Sakit kat mana (SOCRATES), visual function, status of refractory, any past ocular history, any operation before?
  2. Then, baru lah boleh proceed dengan examination of the eye.
    • Buat Visual Acuity Test dulu! kecuali lah pesakit ada chemical injury.
    • Examine the eye by anatomy! lid-conjuntiva-anterior chamber(depth)-iris-pupil(size, light, response, RAPD)-lens(red reflex)-fundus
    • Any doubt especially reduce vision post trauma, please refer!
  3. Untuk Visual Acuity Test, pastikan dulu tau pesakit tu pakai cermin mata dan boleh membaca ataupun tak.
    • Bukan apa, kalau pesakit yang buta huruf baca huruf H kat atas ni sebagai KLCC nanti..camne DR? ahahaha
  4. Jarak adalah sejauh 6meter dan jangan lupa tutup mata sebelah!
Haa okey. Tu je la benda basic yang perlu tahu. Banyak lagi sebenarnya, tapi cukup lah kot. Nanti korang bosan pulak nak baca nye pun. haha. If nak tahu lebih lanjut, sila rajin-rajin la meng-google kan diri..hehe

Sebelum bicara ditutup, aku nak bagitahu something. Entah kenapa, aku rasa yang aku ni ada kuasa aneh. Sebab sebelum aku start posting baru je kan, mesti ada je berlaku sesuatu yang berkaitan dengan posting aku tu. Contoh, minggu lepas masa aku balik kampung, mak ada cerita pasal sedara kitorang yang kemalangan kereta. Mata dia rosak teruk dan terpaksa menjalani pembedahan plastik. Ngeri gak dengar mak cerita pasal tu. Kebetulan ke? hmm.. mengarut je kan aku ni

K la. Salam.

p/s: Khas untuk yang berkenaan. maafkan aku kalau aku terpublish gambar-gambar masa posting di Taiping @Facebook. Kalau betul la, hanya disebabkan gambar tu tersebar jadual korang bertambah-tambah pack gile daripada biasa kat sane.. aku betul-betul minta maaf. memang salah aku la kan mengada betol tag DR. Dan. Kalau nak aku delete, bagitahu ok. Good Luck Study! =)

Jom baca entri ini [Menulis ABC itu bukan mudah] sebagai santapan rohani bersama.

jawapan teka-teki >> Klinik mata.

sebab.. kat situ ada ramai artis (pesakit yang memakai cermin mata hitam). Tak caya? Jom ikut aku gi klinik mata esok..hehe.

Saturday, July 9, 2011

aku paling rindu nak buat benda ni bila balik kampung

cuba teka apa dia?


"ala, mesti ko rindu nak makan masakan mak ko. aku tau dah..hehe"

salah!

"rindu nak tolong mak ko kat dapur..kan kan?"

salah!

"ala, kemas rumah, kan nak raya dah ni."

Salahhhhhh

"tolong cabutkan uban mak ko.. betul tak?"

salah jugak.haha

"pergi jalan-jalan kat Wetex?"

lagi salah..

"alumni sekolah?"

Oh tidak..hehe

"Jumpa kawan lama? Zunur Hajar Taibah Dayah Wana..betul tak?"

em cuba lagi..hehe

"tengok Astro, Zee TV..kan kan. Ko kan gile Hindustan..lalala"

salah salah salah..haha

"ah, penat la la nak teka. cepat bagitau!"

jawapan dia adalah..

....
....
....
...

ihsan Mr Google 


AKU RINDU gile NAK PANJAT POKOK MANGGIS
BEST WOO, MACAM LEPAS GIAN
[tak payah nak duk bayangkan sangat la rupa aku panjat pokok camne kan]
AKU PANJAT TIME ABANG AKU TENGAH TIDUR
TAKDE LAH DIA MEMBEBEL

"Woi Nabila! turun. pergi tolong mak masak kat dapur tu!!!!!!!!"

Kepada semua ahli keluarga Sahalan, jemput la balik ke kampung. 
Boleh kita makan buah Manggis ngan Durian ramai-ramai..hehe
(^__^)

Selamat bergembira di hari minggu semua
salam.

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...