Saturday, May 21, 2011

Cahaya Syafiqah VS Nur Kasih

 &
Assalammualaikum ..


Semalam aku menonton Nur Kasih. Lokasi adalah di Jusco Ipoh [memang perlu untuk mention kat sini eh Belle?]. Abes tu geram kot, sana sini diorang dok cite pasal cite ni je. Aku biasa-biasa je, masa tayangan drama cerita ni pun, aku just tengok ulangan sahaja. Itu pun sebab semua orang kata best! Fuh senang terpengaruh juga kau ni ye Belle'.

Dan rasanya tak perlu untuk aku review banyak pasal filem ni sebab dah berlambak-lambak blog yang review. Anda tinggal search and read sahaja. Apa yang aku boleh komen, cerita tu perlu perlu dan perlu tonton. Perlu je pun, bukan wajib..haha. Ada beberapa babak yang terkesan di hati, tapi aku rasa terkesan hanya masa dalam panggung je la. Lepas kuar, sama je macam dulu. Ala korang pun kan, jangan tipu lerr. Manusia, memang susah nak berubah. trust me!

Sebab apa? Antara sebab utama, kita hanya kagum dengan watak yang dimainkan dalam cerita tu bukan personaliti pelakon. Contoh mudah, dalam filem pakai luar filem tak pakai. Faham sendiri-sendiri lah pakai apa yang aku maksudkan. Hari ni terbaca kat blog Suratan Kebetulan tentang perkecohan di Twitter TizTizTiz. Komen aku mudah, kita dah jalankan tanggungjawab menegur, Alhamdulillah. Cukup dan jangan diperpanjangkan isu ni. Tak elok bergaduh sesama umat Islam. Seterusnya, kalau beliau tak nak berubah itu bukan lagi tanggungjawab kita. Apa yang boleh kita buat, doakan supaya beliau mendapat Hidayah [macam Sham Kamikaze] supaya menjadi wanita yang Solehah. Aminn.

Berbalik kepada filem Nur Kasih. Ada part yang kelakar. Korang perasan tak masa scene letupan keretapi then Adam berdoa supaya Nur selamat? Pastu betul2 Nur sedar dan waktu tu satu pawagam gelak. Scene yang sepatutnya sedih tapi bertukar menjadi lucu. Hehe sebenarnya banyak je scene yang lucu jugak.. best-best. Membe aku siap cerita, diorang satu geng tergelak kuat masa part yang sepatutnya ramai orang tengah layan feel. then apa lagi.. Dan dan kena 'syyhhh' satu pawagam eh.

Cuma, pada firasat aku, sepatutnya, ada baik dikurangkan scene berpegangan tangan dan berpelukan dalam filem tu. Baru lah tiada pencemaran alam sekitar. Dan rasanya tak de effect kot sebab tanpa pegang-pegang dan peluk-peluk segala bagai sesama bukan mahram, penonton sure akan still dapat menitiskan air mata. Rakyat Malaysia kan lembut hatinya =) Macam saye.. *tersenyum bangga =P

Kesimpulannya, aku bagi 3 out of 5 !

Belle' : Korang mesti tertanya-tanya kenapa tajuk post ni macam kat atas tu. Actually, Nur ertinya Cahaya & Syafiqah ertinya Kasih. Makanya, nur kasih itu cahaya syafiqah la kan? betul tak? hehe.. jangan jeles. kebelakangan ni, ramai betul berita pasal artis dapat Hidayah. Alhamdulillah Ya Allah!


2 comments:

Unknown said...

Begitu eh..

Bagus juga cadangan tu,

Tidak tengok lagi cerita ni.

Baca review only ;)

syanabel said...

yup begitulah =)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...