Wednesday, February 23, 2011

car wash 8 hengget

Jam 2petang waktu Malaysia, semasa aku sedang menunggu kereta ku selesai di basuh oleh kedai Car Wash Greentown, aku ditegur oleh seorang pak cik. Berumur lebih kurang ayah ku, 50-an.

" Belajar lagi ke? "

Aku mengangguk.

" Kat mana? "

Pantas jari ku menunjuk ke arah kolej ku UniKL RCMP terletak di sebelah UO. UO pula betul-betul terletak di depan kedai basuh kereta. 

"oh, asal mana?"

"JOHOR. Muar."

"Oh saya ada saudara kat situ. Dia mak angkat saya. tapi dah meninggal ... bla bla bla dan bla.."

Tiba-tiba ..

"Datuk .... bla bla bla .." seorang lelaki yang nama  beliau terpaksa dirahsiakan (sebab aku tak kenal pun sape) memanggil beliau dan berborak sekejap lepas tu berlalu meninggalkan pak cik tadi.

Laa, aku berbual dengan dato' ker? Adeh, nak panggil apa ni... Tiba-tiba, si tukang cuci kereta datang meminta kunci kereta daripada dato yang aku sangkakan seorang pak cik biasa tu. Lepas tu, aku pun usha kereta dia. Aah la .. fuhhh .. cantik nya kereta dia

Kami pun sambung balik perbualan yang tergendala sebentar tadi.

"Saya ada kawan. Dia berkawan dengan doktor kat hospital Ipoh."

Dalam hati ku, apa motif Uncle dato ni cakap camtu?

"Oh ye?" ku pun pura-pura berminat nak tahu

"Saya ada tanya kat dia. Datin tak marah ke kan .. bla bla bla."

Ku makin konfem la yang pakcik ni seorang dato .. haha. Dia ada juga cerita pasal anak dia yang tengah study medik kat IPTA. Then, cerita la pasal kerja dia dulu sebab dia dah pencen pun. Dia pernah jumpa Perdana Menteri. Dia kata, dulu dia pernah jadik anak angkat kepada Ayah PM. Walaupun nampak macam non Bizzare Delusion tapi aku percaya je. Semangat gak dia bercerita. Aku layankan je.

Kami berbual sampailah kereta aku siap dibasuh.. dan dia pun meminta diri untuk ke UO membeli barang ..

"Ni nama siapa?"

"Syafiqah. err, Dato?"

"Takpe, panggil mamat je (bukan nama sebenar)"

Erk?? okay.. ramah juga orang IPOH kan.. hehe

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...