Thursday, February 17, 2011

"masak, periuk, masak"

"Kenapalah awak ni baik sangat.."
Mulalah tu..
"Baik salah, tak baik salah. Makan je lah diam-diam." balas Iza

 Pemuda itu tergelak kecil sebelum meniup bubur di sudu yang panas mengeluarkan wap.
" Awak pernah baca buku cerita fasal periuk bubur ajaib tak?" tanya Hisham tiba-tiba.
"heh?"
"Periuk bubur ajaib..tak tau? Awak ni tak pernah baca buku cerita dongeng ke? Bosannya zaman silam awak." Hisham menggeleng-geleng, berniat gurau.

Iza memukul bahu pemuda itu

"Budak denggi ni kan! Saya memanglah baca buku cerita, tapi kisah-kisah nabi je. Kisah Nabi Yunus dengan Ikan Paus, Kisah Nabi Musa dengan Firaun." Iza membalas semula dengan perlian.

"Aduh, saya rasa tertikam dengan kata-kata awak tu. Tapi tak apalah, sebab awak buatkan bubur, saya cerita juga pada awak. Dalam satu kampung ni, adalah seorang wanita tua ni.."

"Kampung ni kat mana?" celah Iza
"Dekat.. luar negara lah. Dia tak cakap. So wanita tua ni tinggal dengan anak perempuannya. Satu hari ada seorang lelaki miskin datang minta makanan sebab dah empat hari dia tak makan..."
"Empat hari? Ini macam kisah monyet dengan dengan sang kancil je. Ingat tak cerita kat TV2 dulu, monyet tamak tu last sekali makan cili sebab.." Iza memberhentikan bicara menyampuknya itu apabila Hisham memandangnya dengan tajam.
motif gambar?
"ye, ye, silakan sambung." ujar si gadis sambil menuangkan bubur untuk dirinya sendiri juga.
"Perempuan tua ni pun bagilah makanan yang ada untuk lelaki tu. Bila dah kenyang, lelaki tua tu berterima kasih dan memberinya periuk ajaib. Dia kata kalau nak masak bubur, cakap saja, "masak, periuk, masak!" dan bubur itu pun akan keluar sendiri. Kalau dah kenyang, cakap "cukup, periuk, cukup!" nanti periuk tu berhenti keluarkan bubur."

"Ish, tak logik langsung."
"Memanglah! Nama pun cerita dongeng!" Hisham mengetuk perlahan jari si gadis dengan sudunya.
Iza ketawa besar, sengaja menggangu lelaki itu.

"Lepas tu, suatu hari perempuan tua tu kena pergi jauh. jadi dia berpesan kepada anaknya apa yang patut dibuat bila lapar. Bila dia lapar, dia pun arahkan periuk tu masak. Periuk tu pun masaklah dan budak tu makan sampai kenyang. Tapi lepas tu dia lupa apa arahan yang dia patut bagi untuk buat periuk itu berhenti masak bubur. Sampai akhirnya kampung tu dibanjiri bubur." HIsham menamatkan ceritanya di situ.

"Selekehnya cerita. Lepas tu apa yang terjadi?" tanya Iza.
Hisham tersengih.
"Lepas tu saya lupa."

Iza buat muka.
"Cerita beria-ia lepas tu lupa. Moral of the story dia apa?"
"Saya lupa jugak."
Iza menarik nafas panjang. Sah, macam bercakap dengan kanak-kanak.
"Ala, janganlah pandang saya macam saya ni sewel. Saya dah lama tak baca cerita tu, dah tak ingat sangat. Tapi saya cerita sebab saya tengok bubur ni. Buku tu buku cerita kegemaran saya dulu. Tapi buku tu dah tak ada. Dah rosak masa banjir dekat kampung dulu," ujar Hisham.

"Kalau ini metafora untuk 'boleh tak buatkan bubur lagi esok', ya saya buatkan," ujar Iza.
Hisham ketawa.

"Awak ni memahami sungguh!"
*******************

begitulah antara sedutan cerita dalam novel berjudul...
ye! aku suka baca novel. Start after SPM kalau tak silap. Tapi dah lama kot tinggalkan hobi tu. Takde masa lorh nak baca sekarang ni. Kewangan pun tak mengizinkan aku untuk membeli novel terbaru di pasaran. Apa yang aku pasti, membaca novel boleh membuatkan seseorang tu menjadi jiwang (antara sebab aku dah kurang baca novel) .. setuju?

Belle' : Sesungguhnya hari ini lebih baik daripada hari semalam :)

3 comments:

Anonymous said...

btw, i have read the english version of this story long time ago n i too forget the ending..
:)
-Mr Anon-

SyafiqaNabila said...

haha.. how come you can forget too .. I really interested to know the ending.. :(

Anonymous said...

i only remember until the part where the whole village is flooded with porridge wen the mother came bck. as soon as she reached home, she said out the key word to make the pot stop making porridge. sampai tu je. pastu, ak pun lupa.