Monday, February 14, 2011

Mari mengingati Baginda


Dalam kehidupan manusia
Sebelum lahir Rasulullah
Hidup di Zaman Jahiliah
Hanya utamakan selera

Yang kuat terus berkuasa
Yang lemah terus tersiksa
Cara hidup yang berbeza
Setiap waktu setiap masa

12 Rabiulawal Pagi Isnin
di tahun Gajah
lahir seorang Putera
membawa cahaya indah

Wahyu Allah disebarkan
Untuk umat seluruh alam
Ajarnnya menjadi panduan
Dalam kehidupan seharian

Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Ya Rasulullah, Ya Habiballah

Belle' : Lirik lagu nasyid kat atas ni, bekas cikgu sekolah rendah ku yang karang. Kemudian kami masuk pertandingan nasyid dan Alhamdulillah menang tempat pertama peringkat zon..hehe. Lirik ni masih tersemat kemas dalam kotak ingatan ku ..sampai bila-bila InsyaAllah. Nak suh aku nyanyi? ala segan la..hehe. Suara tak best..Salam Maulidur Rasul buat semua!

Jom baca Entri INI

1 comment:

Miszeifa Salahuddin said...

bersama menghidupkan sunnah rasullah