info terkini : tajuk di atas merupakan status terbaru ku di MukaBuku !
Apa khabar orang kampung? Eh tiba-tiba diri ini merindui Encik Ilham yang entah hilang ke mana. Nak dial nombor die, segan ah. Aku ni perempuan. Biar lah dia yang contact aku dulu, ye tak? Kita ni jadi orang perempuan, biar ada sifat malu tu. kalau takde, jangan berani ngaku ko tu pempuan. Sekian nasihat pembukaan Ikhlas daripada Belle'. huh menyimpang jauh aku ni dari tajuk utama.
Sambal!
Sape kat sini tak tahu apa itu sambal? kalau korang google perkataan sambal, benda first yang muncul adalah
A sambal is a chili based sauce which is normally used as a condiment - from Dr Wiki (wikipedia)
Nak tengok wajah sambal? nah, tengok ler ..
Sekarang nak tanya, sapa suka sambal? ... wah ramainyer yang angkat tangan. Yang tak angkat tangan tu kenapa? Tak suka sambal?
"Aaaaaaaaaah! Sebab sebab sebab..." Jawab ku tanpa dapat menghabiskan ayat tu sehingga kini.
Seriously. Aku mengaku, aku tak makan sambal. Atau lebih tepat, aku jenis yang tak suka makan sambal. Dan bila orang tanya, kenapa aku tak makan, aku sendiri tak tahu nak jawab apa..hehe. Disebabkan tak tahu tu, aku pun mereka cerita macam2. Antara sebab-sebab nya;
- Sambal itu pedas!
- padahal, aku makan je ayam KFC jenis spicy tu
- Aku tak tahan bau die. nak nak bau sardin, sambal belacan. Bau diorang membantutkan selera aku
- Aku tak leh tengok sambal warna merah. Brain aku terus diagnose benda tu pedas!
- Kalau sambal tu tukar kaler hijau, kuning or biru ke..konfem aku makan agaknyer..hehe
- Aku tak nak dapat appendik
- Orang kata, makan biji lada mudah dapat appendiks. Orang yang makan sambal, gile sambal lagi, tak de pun dapat appendiks. Ko ni ah!
- Aku nak jaga suara. Bajet ko tu Siti Nurhaliza ke pe?? (just joking only)
Aku start makan sos masa umur 18 tahun |
Aku pun tak tahu lah, apa sebab sebenar aku tak normal macam orang lain (tak makan sambal). Mungkin, lidah ni tak dilatih sejak dari kecik kot. Masa kecik-kecik, mak selalu suruh belajar makan sambal. Aku pun bagi alasan macam-macam.
"ah nanti lah. Lepas PMR." motif?
Then, after PMR mak tanya lagi. Bila nak makan sambal? "Ala, after SPM la Nabila makan eh"
Tangguh punya tangguh, sampai lah masa kat matrik ni, aku dan rooomate aku keluar outing gi KFC. Dia pun mengesyorkan aku try makan sos. Kata dia, sos ni manis. Tak pedas pun. Then, entah macam mana leh dapat hidayah masa tu, aku pun cuba. Dan akhirnya! berjaya juga aku makan sambal. Dan dan tu gak nak call mak bagitahu yang...
"Makkk, Nabila dah makan sambal! Yeah" hehe
Tapi malangnya, makan sos aje lah. Yang lain? kem salam ar. Sambal kacang, sambal belacan, pendek kata semua yang ada awalan 'sambal' aku tak makan. Tapi sambal Hijau aku leh makan plak. Maybe mind aku dah set, jangan makan makanan berwarna MERAH (T_T). Pedas!
Oh, aku ada kisah masa zaman duduk asrama dulu. (Niat hati nak simpan rahsia ni tuk bakal suami aku nanti, tapi takpe lah. Harap dia tak baca la..hehe). Kalau time hari tu lauk ayam masak sambal, aku mesti kena basuh dulu. Kawan-kawan aku yang dah tahu perangai aku plak, tolong jagekan line Line clear je, bukak sinki, cuci ayam tu. Adeh, selekeh nye kau (T_T). And jangan tak tahu, orang lain makan nasi lemak dengan sambal, aku?? haha teka sendiri la ye
Aku pelik kenapa orang suka makan sambal. mesti sambal tu sedapppp sangat kan. Dan ramai juga orang pesan kat aku; belajar makan sambal Belle', ko dah kawen nanti susah. Takkan nak kawen ngan mat saleh plak. Haha entah ler. Aku akan makan sambal, tapi tunggu lah..
InsyaAllah satu hari nanti aku akan makan gak makanan yang bernama SAMBAL! Doakan ye (^_^). Rasanya tu je lah nak cite. Good Night Everyone. No Pain No Gain.
Belle : Jawapan untuk soalan @ previous entri = Yes, he will accept him.
10 comments:
ini serius punya hal. nak senang makan sambal memang mudah. secara total kejam. tuan rumah yg kamu lawati sila sediakan aneka lauk pauk yg mengiurkan tapi pedas @ bersumberkan sambal. tade choice kan? bwahaha!
Entri Terkini : Perlu Sangat Ke Perfect English Bila Bertutur?
adeh, seksa nye macam tu. kalau camtu terpaksa ar telan ape yg ade kat depan mata. hoho
saya hantu sambal!!!...sambal belacan..sambal tempoyak..sambal cencalok...nyammm...nyam...
nasi lemak mkn ngn kicap!!!!
ngehahahaah.. sedap!
sambal itu sedap..
i guess, i cant live without spicy food kot. - Mr Anon-
Budak Itam & Mr Anon : kita tak geng ar camtu :(
Kid > Syyyhhhhh..jgn kasitahu org weyh..heheh
opppps... terlepas.. ;p
mcm ngan kicap rupanyer..
hahaha
pika, next time wen u r going for a breakfast, call me too (nak tgk camne nak mcm nasi lemak berkicap)
:P
-Mr Anon-
@SyafiqaNabila
-Assalam...tahniah2...dah jadi komen nie...baguih...pilihan warna mmg sesuai dgn template syafiqa...sambal ikan bilis nasi lemak sedap...nyum2...rugi arr syafiqa...
@►AdamXis◄
Terima kasih Sifu .. hehe
Rugi ke..adeh :(
Post a Comment