Pagi ini, pagi yang cukup indah. Aku bangun tanpa perlu memikirkan keperluan bergegas ke kolej seperti biasa. Aku terus menuju ke bilik air mencuci muka, memberus gigi dan mengambil wudu'. Solat terus sahaja didirikan beberapa minit kemudian.
seusai solat, sebuah buku kecil berjudul La Tahzan (Jangan Bersedih) dicapai ku. Lalu mata ku mencari bab-bab yang menarik untuk di baca. Aku akui, kebelakangan ini hati ku runsing akibat beberapa perkara. Masalah itu masalah ini datang tanpa ku duga. Namun aku pasrah. Itu lah nama nya kehidupan. Ada kala nya kita gembira ada kala nya kita berduka.
Bab49 bertajuk 'Jangan bersedih, banyak cara yang dapat mengusir kesedihan' menjadi tarikan ku untuk terus membacanya.
"Istirehat bagi seorang mukmin itu adalah kelalaian, waktu yang luang adalah pembunuh dan pengangguran adalah kebatilan. Dan kebanyakan manusia yang bersusah hati, berduka cita dan bersedih dalam hidup adalah penganggur yang tiada pekerjaan.
Adapun manfaat yang mereka perolehi itu hanyalah khabar angin dan angan-angan yang tidak berguna. Itulah keuntungan yang juga diraih oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yang bermakna dan berbuahkan pahala.
Oleh itu, bergeraklah dan bekerjalah, berlatihlah dan kajilah sesuatu, bacalah Al-Quran dan bertasbihlah, tulislah sesuatu dan kunjungilah sahabat anda! manfaatkanlah waktu anda dengan sebaik-baiknya, dan jangan biarkan sedetik pun waktu anda terbuang sia-sia!
Ingat, sehari sahaja waktu anda dibiarkan kosong tanpa sebarang kegiatan, nescaya kesedihan, kedukaan, kecemasan dan keraguan akan mudah menyelinap di dalam tubuh anda. Dan apabila berlaku sedemikian, maka anda akan menjadi lapangan permainan para syaitan.
Ingatan ku terus tertancap akan sesuatu. Kesihatan mental! (nasib lah korang, kebelakangan ni entri aku asyik berkait tentang orang sakit jiwa je, jangan korang sakit jiwa baca entri-entri aku sudah la ye). Ok, aku teruskan boleh? Ya Allah. kebanyakan pesakit yang dimasukkan ke hospital sakit jiwa mengalami gangguan perasaan. mereka mengadu bahawa mereka sedih memikirkan masalah yang mereka hadapi. Emosi mereka juga tidak stabil sama sekali. Paham lah aku mengapa spiritual termasuk sekali dalam salah satu management pesakit.
Benar lah kata-kata dalam buku La Tahzan, jika kita bersedih, kita mudah diganggu para syaitan. (aku tidak sama sekali maksudkan hantu ye. SYAITAN .. bukan Hantu Mak Limah balik Rumah) Apa yang aku nak ajak korang sama-sama fikirkan ialah cuba korang kaitkan Islam dan Sains. Jika dikaji, kedua-dua ini memang tak dapat dipisahkan. Ilmu Sains diciptakan dan pasti ada sebab dan akibatnya pula dari sudut pandangan Islam.
Kita ambil contoh yang paling mudah. Kenapa umat Islam perlu mengambil wudu' sebelum solat? Supaya kita sentiasa berada dalam keadaan bersih. Dan kebersihan perlu bagi menjaga kesihatan diri. Apa pula kebaikan solat? Secara logik akal, kita dah pun bersenam sekurang-kurangnya lima kali sehari. Bukan kah bersenam itu asas kesihatan diri?
Semua itu termasuk dalam Ilmu Fiqh atau lebih spesifik lagi Ilmu Perubatan Fiqh. Sebenarnya banyak lagi, tapi aku tak berapa handal untuk bercakap dalam hal sebegini. kalau korang ada masa, join lah seminar-seminar Fiqh Perubatan yang dianjurkan kat mana-mana. Pasti korang teruja kerana ilmu Fiqh amatlah berguna terutamanya bagi kita manjalani kehidupan seharian. Eh pergi seminar mencari cinta pun syok juga
Wah panjang pula aku berceloteh kali ni. Padahal aku nak bagitahu satu ni je. Jangan dilayan perasaan itu. Hidup ini kena kuat semangat. Buat sesuatu kena ada target! Eh ni bukan satu tapi tiga. Lantak lah, biar lebih jangan terkurang .. hehe. Aku terus menaip sebuah entri untuk tatapan pembaca belog ku dan diri sendiri. Semoga apa yang aku rasa hari ni, apa yang aku dapat hari ni memberi manfaat walaupun cuma sedikit. Macam dah lulus jadi ustazah Syafiqah pun ye jgak aku nih.
Eh jangan tak tahu, waktu aku di sekolah menengah aku berperwatakan begini hah..
Well, time changes everything. (Kekadang malu nak ngaku dulu aku sekolah Agama) SO, tak mustahil aku pernah juga berperwatakan begini hah..
Sekarang .. aku .. selesa begini ..
takpun lagi simple
tapi jangan pula terkejut bila aku transform jadi ..
kot la tetiba dapat hidayah ke. Amin .. sejuk perut mak aku mengandungkan aku 9 bulan..hehe
Dah menyimpang jauh aku ni. Ok cukup enough. Sebagai penutup, aku ucapkan selamat menunaikan solat Jumaat dan have a nice FRIDAY! Jangan ponteng solat Jumaat ye. Rotan nanti. Haa kan Ustazah Syafiqah dah marah .. hehe
Belle' : pakaian tak melambangkan apa-apa.
Yang penting hati mesti mau baik maa (^_^)
2 comments:
wah~~kak kid n kk belle pki jubah~~mau tgk!!mest comel...;)
alaaaa belle.. nape ko kasi kuar itu gmbar lama... huhu
Post a Comment