Saturday, February 26, 2011

review filem hindustan : Will you be my friend?

Berjumpa lagi kita di hari minggu nampak nya
Alhamdulillah umur kita masih Allah panjang kan 
Segunung kesyukuran ku panjat kan kepada-Nya

Hari ini, jam 1.30 pagi aku tiba di bumi Muar setelah enam jam berada di atas bas. Penat juga lah walaupun tidur je dalam bas tu (kurang tidur penat, terlebih tidur pun penat) Bangun-bangun je perlu bersiap untuk ke kenduri kahwin bapa saudara. Yes dah lama tak makan nasi minyak. Bestnyaa..hehe. Dan belah petang nya pula, sepatutnya bertemu membe lama tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu

oh! tahniah buat Noor Afifah. Rakan se-integrasi Mersing dengan ku dulu. Dah jadi isteri orang dah.. hehe. semoga perkahwinan mu kekal hingga ke anak cucu cicit dan selama-lamanya lah. Kalau cakap sampai cicit je, takut lepas dapat cicit nanti ..  hmm .. susah plak..hehe. gurau ye pip!

Dan seperti rutin hari-hari minggu, aku mesti ada date dengan TV3 jam 2petang.. Memang sesuai lah, aku pun dah lama tak review filem hindustan kat belog aku.. so apa lagi. Jom ler ikut aku.. kita review filem romatik ni sama-sama ye..

Tajuk : Mujhse Dosti Karoge (will you be my friend)
Pelakon : Hritik Roshan, Rani Mukherjee & Kareena Kapoor
Genre : romantik cinta dan persahabatan

 
Cerita bermula dengan watak mereka Rohan, Pooja & Tina sewaktu kanak-kanak. Rohan (Hritik) terpaksa berhijrah ke London mengikut keluarganya. Pooja (Rani Mukherjee) suka akan Rohan dan selalu menghantar email kepada Rohan menggunakan nama Tina(Kareena) sehinggalah mereka dewasa. Akibat perbuatan Pooja, Rohan menyangkakan Tina lah gadis yang selalu berutus email dengannya. Bila Rohan pulang ke India, Tina lah yang dapat Rohan. Padan muka kat Pooja :P


Haa time ni lah Rohan sedar, Tina yang dia kenal lain dengan Tina yang berutus email dengannya. Ala, sebelum ni pun Rohan dah perasan, Tina tu lain dengan Tina yang dalam email. Tina yang dalam email (Pooja) suka baca novel LOVE STORY, suka lagu india lama-lama, tahu yang Rohan suka makan Roti Prata, ada gambar kriket kat dalam bilik (Rohan suka main Kriket masa kat kolej) dan masa di kuil, Pooja tak sengaja terlagukan tiun yang Rohan suka. 

Apa lagi, mengamuk lah Rohan.. terkejut, kenapa Pooja sanggup buat dia macam tu (tiou dia). Pooja balas balik, yang Rohan terpikat dengan Tina sebaik saja tengok muka dia. Tapi dalam email cakap, dia akan dapat cam wajah Pooja ( Tina palsu) tanpa tengok gambar. Kira cam Pooja majuk ar ni..ish3


Tapi diorang okay pastu. DIorang decide nak balik India bagitahu kat family masing-masing termasuk Tina. EH lupa nak bagitahu, Pooja pergi London sebab ada temuduga kat sana. Yeay happy ending!! Suka tak?

EH jap!

Belum habis lagi la..

Lepas tu, diorang pun balik. Tapi terus masuk bab sedih. Daripada mania kini bertukar jadi depression. Bapa Tina mati dan Pooja terus buat keputusan, dia nak kasi Rohan jaga Tina. Kira korbankan diri untuk kebahagiaan kawan. Adoi Pooja. Kau ingat ko hero ar buat camtu.

Rohan tak setuju, mula-mula tapi akhirnya tepaksa setuju kahwin dengan Tina dengan syarat Pooja pun kena kahwin jugak. Dan hero baru pun muncul (Udit Chopra)..jap2 aku tunjuk gambar die..


eh silap.. ni hah..


Okay sambung balik. Udit ni (aku lupa nama dia dalam filem ni) nak kahwin dengan Pooja. Mula-mula Pooja tak nak tapi lepas kena ugut dengan Rohan, dia pun terpaksa lah setuju juga. Klimaknya bila Tina dapat tahu hubungan Rohan dan Pooja. emm teka sendiri lah. rasanya korang semua bijak. Filem Hindustan, tak lari ke mana endingnya. 

Rohan cakap "will you be my friend?" kat Tina
Pooja cakap "will you be my friend?'' kat Udit

The END~
moral of the story : Jangan korbankan cinta demi persahabatan. 
Boleh nak pilih persahabatan, cuma tengok keadaan juga lah .. hehe


overall cerita ni memang best. Sesuai ditonton ketika bosan. Lagu pun best. Tapi tak tahu nape tak dapat sambutan sangat masa baru-baru keluar dulu. Padahal Hritik masa ni tengah hot gak. Oh bercakap pasal Hritik ni. DIa ni memang hensem, tough, pandai menari.. tapi tak tahu kenapa aku tak minat dia sangat if nak dibandingkan dengan Shah Rukh Khan. Mungkin sebab dia terlalu perfect untuk diminati..heheh.

sekian review daripada saya. aku bagi 4/5 bintang. Selamat menonton pada yang belum tonton!

4 comments:

nur said...

suker giler dgn criter ni. stiap kali tgk mesti nk ngis! sobs sobs.

SyafiqaNabila said...

yup..sangat best

:: jula julie :: said...

minat gile cite neh..
tgk byk kali pon x jemu..
:)

syanabel said...

yup..hehe =)