Hye. I'm back. How are you guys?
Assalammualaikum ! (ini baru betul)
Apa yang ingin aku coretkan hari ni? Hmm. Sebenarnya aku sendiri tak tahu apa yang bakal aku coretkan. Korang terima je lah okay? Jika dikira sejak entri yang lepas (Jumaat) hingga hari ini (Selasa), genap tiga hari blog ini tanpa sebarang entri. Apa yang aku buat sepanjang tiga hari tu? Hee jom kita ikuti rentetan 3hari bersama Belle'..
Sabtu..
Pagi ku dimulakan dengan bacaan doa bangun tidur. Ok Joke! Bangun-bangun je aku terus bergegas ke stesen bas kerana dah ada date dengan drebar BAS TRANSNASIONAL jam 9.00pagi. Hampir terlepas Bas sebab aku terlupa untuk mengejutkan 'tukang hantar peribadi' ku bangkit dari tidur beliau. Tapi akibat ketangkasan beliau memandu, kami sampai tepat-tepat. Diulangi! tepat-tepat jam 9pagi. Setiba di Bukit Jalil, aku mengambil tiket bas ke Melaka kerana Family ku sudah pun menunggu di sana. Tujuan utama mereka ke Melaka adalah membeli barangan adik ku yang bakal masuk ke sekolah asrama pada minggu hadapan. Ah sebenarnya semua tu alasan je, mak dah lama tak keluar berjalan. Jadinya bila lagi kan. Ni je lah masa kami sekeluarga nak spend time together. Then balik rumah je aku terus online bagi menyelesaikan urusan yang belum selesai. Apakah? tunggu..
Ahad..
Tibalah hari yang aku tunggu. Hari di mana rancangan yang telah diplan selama dua minggu yang lepas akan dilaksanakan iaitu Mesyuarat Alumni sekolah. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun cuaca tak berapa elok pada hari tersebut. Agaknya, faktor cuaca merupakan antara sebab mengapa kehadiran pada hari tersebut kurang memuaskan. Hanya separuh sahaja yang hadir. Takpe lah, percubaan pertama lagi pun. Harap selepas ni akan lebih baik. Aku pulang dengan perasaan lega seperti beban yang tertanggung hampir dua tahun terlepas jua. Namun, tugasan kami sebagai bekas pelajar sekolah SMSSI masih belum sepenuhnya selesai. Masih ada banyak lagi perkara yang harus disettlekan. Semoga AJK yang baru dilantik dapat berganding bahu merealisasikan ALUMNI ISKANDAR!
Isnin..
Hari yang paling rileks bagiku. Hanya duduk berehat dirumah macam anak raja..haha. Menonton TV, makan dan tidur. Rutin harian yang dah lama aku rindui. Ah alangkah nikmatnya hidup..hoho. Tambah pulak ada Astro, layan cerita Indon dan Hidustan je lah. Dan yang paling menarik, aku berpeluang menonton ulangan ZEE CINE Awards 2010. Awards yang memberi pengiktirafan kepada pemuzik, pelakon dan yang sewaktu dengannya dalam dunia Bollywood. Sangat teruja dengan persembahan dan para pemenang..hehe. First time dapat tengok show diorang. Dan yang paling best adalah show Dato Shah Rukh Khan dan Hritik Roshan. Superbbb. (mungkin krg tak caye dan ingat sebab aku die hard fan Bollywood, so that aku ckp camtu. Tapi try la tgk sendiri..bestttt). Oh ya, best movie jatuh kepada Dabanggg! lakonan Salman Khan.
Selasa..
setelah tiga hari di kg dan tiga hari berturut-turut jugak hujan, hari ini cuaca sangat baik pada ku. okay fine, baik pada penduduk Muar juga, dan daerah2 lain yang tak hujan gak. maka nya mood aku pun agak baik. Kebetulan 'terajin' nak menyapu di halaman rumah. Tiba-tiba, aku dengar ada orang memanggil 'nabila, nabila'. Aku menoleh dan, rupanya Ain, kawan sekolah rendah merangkap jiran merangkap teman sepermainan sejak kecil ku memanggil nama ku. "la, ko balik bile"..bla bla bla dan kami pun bermesyuarat tingkap sekejap. Pada petangnya pula kami keluar ke bandar bersama lagi 4 org teman lama di sekolah rendah dulu. Best sangat! sebab ni kali pertama, sejak bertahun-tahun dah kami tak spend time 'berenam' together. Lokasi pilihan ktrg hang out adalah @KFC GIANT Tangkak..hehe. Kat Giant pun jadi lah..hehe
Tamatlah sudah rentetan hari-hari bersama Belle'. Korang pasti dah dengar berita sama ada di TV mahupun di surat Khabar kan. Sekarang tengah Banjir di Johor, Pahang, Melaka. Tak cukup dengan itu, dengar khabar dari Mesir pula, terdapat rusuhan yang menyebabkan kacau bilau di sana sekarang. Yang paling membimbangkan, bila ianya melibatkan pelajar Malaysia kat sana. Aku ada tengok kat TV, memang dahsyat juga lah.
Sedih kan. Kesian pun ye jugak. Tapi, apa yang kita boleh bantu, berdoa lah ramai-ramai agar segalanya dipermudahkan oleh Allah. semoga dugaan yang Allah bagi kat kita semua ni dapat kita hadapi dengan tenang. Semoga musibah yang menimpa ini berlalu dengan cepat secepatnya. AMIN!
orait. black ku sudah melalak. Tandanya Samarinda dah start..babai. eh silap.
ASSALAMMUALAIKUM semua!
No comments:
Post a Comment