Friday, February 25, 2011

Happy Birthday to Mr Ir H

Mata yang kuyu sejak dari dalam kelas lagi hampir ku tutup. Bukan untuk-untuk selama-lamanya, tetapi untuk beberapa minit sahaja supaya tenaga dapat dicas dan digunakan semula. Namun, lappy yang terbuka lebih menarik perhatian sang mata.

Facebook dan blog terus sahaja dibuka. Beberapa minit kemudian, seseorang mengebuzz ku di YM.

"Salam, pe kabo. Busy ke. Lama tak dengar berita. Tahu la dah lupa kat aku."

ayat biasa pabila dua orang sudah lama tidak berjumpa atau berbual. Jap aku kira. Hmm ada la dalam setengah tahun kami tak bertukar-tukar cerita dan update tentang diri masing-masing. Nama je sahabat tapi tak berhubung. Apa kes?

Biasala, masa dan jarak memisahkan dua insan namun hati tetap ingat antara satu sama lain. Sambung balik yang tadi k. Aku pun membalas,

"Wsalam. Lama gak tak dengar berita kau. Eh aku wish besday kau kan malam semalam. Tepat 12mlm okay. So siapa yang lupa siapa sebenarnya. Cakap sikit!! haha. Kerja camna ok?"


Dia jawab, "oh lupa nak update. aku dah berhenti kerja. Sebab tu tak busy skang. Aku dapat tawaran keje kat tempat lain.. bla bla bla"

Haa tengok tu. Tukar kerja pun tak nak gitau. Gitu ar kawan kan. hampagas betul lah. Takpe lah, aku maafkan dia sebab dia Buzz YM aku dulu. So tak jadi nak marah. Kami pun berbual kejap dan aku terus kan dengan melayari FACEBOOK, Twitter, blogwalking, cek email dan sebagainya.

Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan Happy Birthday kepada teman baik ku, MR Ir H yang aku dah pun anggap dia cam abang aku sendiri. Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang kau ceburi. Paling penting sekali semoga bahagia dan ceria selalu. Cepat-cepat kawen ye. Umur dah lanjut tu..hehe. Hati-hati nanti bekerja kat negeri orang. Jangan terpikat kat awek Sarawak pula, marah si kekasih hati nanti..hehe

Info : aku dan MR Ir H dan kenal sejak dari aku umur 15 tahun (form 3). Tu la first time & the last kami jumpa. kami tak pernah jumpa sampai lah sekarang.. :)

Mata yang kuyu semakin kuyu. Tidur sekejap then perlu ke kelas Jam 3 petang. tak sabarnya nak balik Muar. Jumpa mak abah abang adik dan membe-membe lama. Have a good weekend EVERYONE!!

2 comments:

Unknown said...

Kampung kat muar ke..
Dekat je tu..
saya dok merlimau..

saya ada wat GA, mari meriahkannya..

syanabel said...

@Jamiel
gathering ker?? hehe belum bersedia nak join lagi lorh.. insyaAllah lain kali

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...