Saturday, February 12, 2011

Reply entri Kaizen Shinobi : Beza Lelaki & Perempuan dlm Relationship?

Assalammualaikum W.B.T.

Lagi 2 hari kita orang fakir bukan Islam nak sambut Valentine Day. So, ade aku kisah? Tapi teringat jugaklah, (mase aku form 3 kalo tak silap) aku pernah dapat hadiah comel sempena hari kekasih. Dia siap tulis kat surat yang letak bedak wangi sekali, "Harap awak sudi terima hadiah ni walaupun saya tahu awak tak sambut Hari Kekasih." (^_^). Entah mana aku letak hadiah tu..lupe dah..haha

Orait. Ayuh kita kembali ke tajuk utama. Entri ini khas dikarang dengan semangatnya sebagai reply kepada entri daripada Kaizen Shinobi : Beza Lelaki & Perempuan dlm Relationship? (sila baca dulu ye, tapi jgn tak kembali tuk baca entri bawah ni pule.. okay?)


Entri tersebut boleh aku ringkaskan dengan point2 berikut:
  1. Lelaki takkan pernah sekali2 meminta untuk diputuskan hubungan itu
  2. Lelaki akan janggal atau tak selesa kalau ada kawan perempuan yang rapat ngan diorang.
    • Perempuan pula tak kisah kalau bermain mesej dengan lelaki lain di atas nama "sekadar berkawan or nak tambah kenalan"
  3. 'Return-back Phase' hanya akan berlaku apabila clash yang tak clean atau kepada kapel2 yang serius dalam berkapel mahupun melibatkan perasaan
  4. Lelaki akan berdendam dengan perempuan selepas clash. Ada juga yang jadi playboy, Gayboy dan Bujang Tua. 
    • Perempuan..???
  5. Perempuan akan sayang org yang caring kat dia.
    •  Lelaki pula akan sayang orang yang dia pilih
  6. Perempuan akan anggap lelaki tak sayang dia kalau jarang berkomunikasi. 
    • lelaki pula jarang berkomunikasi kerana tak mahu cepat bosan hubungan tu.

Wah, point yang cukup menarik. Ada yang tepat sekali dan ada juga yang bagi aku kurang tepat. (^_^)

Pada pendapat seorang wanita yang bergelar bukan lelaki pula (aku lah tu), lelaki ler yang lebih ramai meminta hubungan itu diputuskan berbanding wanita. Apabila mendengar kisah cinta teman-teman ku yang tak kesampaian, majoritinya pihak lelaki tu yang curang dan otomatik lah, mereka (lelaki) punca hubungan itu terputus. Mungkin terdapat percanggahan pendapat sedikit di sini kerana, Encik Kaizen Lelaki, dan kawan2 Encik Kaizen majoriti lelaki. Bagi pihak saya pula, sebaliknya lah kan. So korang pula camne? mesti korang akan menangkan kaum korang jugak kan..heheh hoyeahh!!

But, aku setuju bila entri tu menyebut bahawa lelaki sukar nak terima balik perempuan tu walaupun kita ni orang pempuan, dah try susah payah macam mane pun. Itu namanya EGO! Sama cam "kalau dah ludah, ko nak jilat balik ke?" Perempuan pulak, pas laki tu main ayat sikit je..pantas aje, ok, I Love U too! grrrrr....


Untuk point kedua tu, aku first time ar dengar. Seyes? betul ke sifat lelaki mmg macam tu? setia nye..hehe. Tapi, memang ada je pempuan yang suka berkawan dengan banyak lelaki. Berkawan sahaja lah, melainkan boyfie dia jenis yang control punya. Hah, tu memang konfem tak boleh msg langsung dgn lelaki lain even ex-classmate sendiri. Ini cerita benar weyh!

Waktu aku pernah berkawan baik dgn seorang lelaki ni, aku pernah tanya kat dia macam ni, "Kalau ko dah ada GF nanti, mesti ko dah tak nak layan aku kan." Pastu dia jawab je macam ni "Eh kenapa pulak, sama je la aku layan ko nanti." Tapi ternyata, janji hanya tinggal janji. Lepas dia ada GF, aku ditinggalkan camtu jek..uwaa sedih. So, mungkin ada kesahihan kot pada point kedua tu :P

Point ketiga! Return-Back Phase. Aku, first time juga dengar term nih. Phase di mana proses rujuk semula selepas clash. As I said before, perempuan lagi mudah untuk terima rujukan berbanding lelaki.

And no komen untuk point kelima dan keenam sebab aku setuju je. Maaf, tapi ini hanyalah sekadar sekilas pendapat sahaja daripada seseorang yang tak pakar langsung dalam cintan cintun nih

wassalam.


Belle' : Sepanjang aku posting Psychiatric, banyak kali juga lah aku jumpa kes orang yang mengalami sakit mental disebabkan putus cinta. Kecewa sangat sampai nak bunuh diri. Paling parah sekali, ada yang bunuh girlfriend, bunuh lelaki yang try nak kacau isteri dia dan macam-macam lagi lah. Huh, bila dah tengok realiti depan mata, baru aku sedar dan faham, kenapa orang selalu cakap yang cinta itu gila. Cinta itu mampu buatkan manusia mampu melakukan apa sahaja. Dan yang best sekali, cinta itu memang boleh buat orang jadi mental. So hati-hati lah kawan! Zas layan~

6 comments:

kaizen shinobi said...

ngeh3...

mungkin sesuatu benda dipandang berbeza oleh lelaki dan pompuan~ ahaks~

QASEH NUR IMAN said...

Kesimpulan: hati2...

SyafiqaNabila said...

Kaizen : haah maybe..hehe

Qaseh : Yeah..hati-hati lah~

macam2je said...

daripada nk bhati2 bek x pyh bcinta :) .....dlm islam x de pon mngalakkan utk bkapel2 hehehehe...cinta selepas kwin lg romantik, cbe bce kisah nabi & siti aisyah....best wow!

SyafiqaNabila said...

@macam2je
Okay. If ada masa nak baca la kisah nabi dan siti Aisyah. Dah lupa, lama tak dengar cerita tu..hehe

macam2je said...

@SyafiqaNabilani ada satu crita bknaan dgn kisah nabi&siti aisyah,cbe la bce :)


http://perindu-cinta-abadi.blogspot.com/2011/02/hebat-cinta-mereka-yang-hebat.html?showComment=1298618579592#c614385445802157453