Sunday, May 22, 2011

adegan kelakar di kedai buku

Jom flashback pada dua hari yang lepas..

Setelah tamat menonton Filem Nur Kasih kira-kira jam 10 malam, aku dan tiga orang teman singgah di kedai buku Popular. Tujuan kami nak beli buku la, takkan nak beli bawang pula kan? Tapi tak beli buku pun, beli alat tulis dan fail.

Selepas membuat pembayaran di kaunter, aku pun bergegas keluar dari kedai. Eh tapi teman-teman ku masih di dalam kedai. "apa la yang diorang buat lama sangat kat dalam tu?"

Rupa-rupanya ada sesuatu yang menarik yang membuatkan mereka lama di dalam. Sebuah buku yang berwajahkan muka hadapan yang cute menyebabkan mereka tergelak jahat..hahaha. Aku menghampiri mereka.

"eh apa korang buat tu?"

"Belle, cuba ko tengok ni..lawak kan??"

Aku cuba gelak seikhlas yang mungkin sebaik terpandang kulit muka buku tersebut. Panas di hati sebab kena menunggu lama di luar masih belum reda barangkali. huh.

"hahaha..waka waka..gile ah, memang lawak. Eh dah la, korang buat apa lagi ni. Jom balik."

"eh kejap la Belle. Jom ambek gambar kat sebelah buku ni."

Eh kurang waras ke kawan aku ni lepas tengok Nur Kasih. Besar betul penangan Nur Kasih ye..hmm zas layann.. Aku mengeluh sambil membelek-belek buku itu.

"Ok. Cepat aku tangkapkan. Laa, jangan la gelak.. cepat 1.. 2.. 3.. eh ape ni syida." Rakan ku bersuara persis seorang jurufoto terkenal. Buku itu masih lagi berada di genggamanku.

"Tak boleh la. Tak jadi. Apa kata ko pulak try buat gaya macam gambar ni Belle. Ce cuba ce cuba." 

 Aik, aku pulak yang kena. Takpe, layankan je lah kanak-kanak riang dua ekor ni..hehe

"ok Belle, one two three.. ok dah.. hehe serupa laa.."

"meh sini aku tengok sat."

dan.. inilah hasilnya.. Belle menjadi modelnya, Nadira pula menjadi si jurufoto..tadaa..


ok jangan cakap pape. Aku tahu buruk bebenor ghupenyer.. adeh

kami pun terus keluar setelah sesi bergambar tadi tu selesai. Di luar kedai, setelah berjalan agak jauh jugalah dari kedai buku tu, aku terperasan sesuatu berada di genggaman ku. Kalau korang pandai cuba teka apa dia? Dan apa jadi dengan aku lepas tu agak-agak?

Selamat menjawab..hehe

6 comments:

Mr. Asada said...

buku tu dibawak keluar sekali? betul kan? hahaha...

syanabel said...

alamak, tepat lah pulak. senang sangat eh soalan tu.. (^__^")Y

Adeq Aien said...

dah agak mesti bwk keluar buku tu..
pastu bawak balik ke menapak kat kedai tu balik?? (banyak tanya plak)
0---___---0

chomey tuuu.. hehe

atiq lee said...

HAHA. comel tiru buku tu :)

syanabel said...

Epy Ain : Aah, pastu terus patah balik ke kedai tu. Nasib baik jaga tak perasan. kalau tak, duk lokap ler mlm tu..haha

atiq : hehe =)

kedai said...

Dapatkan buku-buku yang berkualiti di:
http://www.kedaibuku.biz/

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...