Saturday, May 28, 2011

Buku Biodata

info : ini adalah siaran langsung dari Kampung Parit Jawa, Muar Johor.

Tadi, aku punggah almari kat rumah ni. Punggah punya punggah, aku terjumpa buku biodata aku dulu-dulu warne kuning. Hehe seronok lak layan baca buku tu. Terhibur betol! Kalah Maharaja Lawak..lol.

"Awak, nak awak punya biodata boleh? tulis kat dalam buku ni tau? Jangan lupa tulis ucapan sekali..hehe" tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu. Aku dulu tulis biodata sebab orang request. Aku buat buku biodata pun sebab orang lain buat..haha. Kalau tak, takde maknanyer aku nak buat benda alah biodata segala bagai.


Mesti korang pun pernah buat kan? takpe, rahsia korang selamat dengan aku, jangan risau. Selalunya buku biodata ni akan muncul di hujung-hujung tahun. Yelah, masa tu kan dah saat-saat terakhir bersama, kira biodata ni macam satu cara nak keep in touch dengan kawan la lepas berpisah nanti. Selain tu, masa raya boleh kasi kad raya, kan ada alamat..hehe.

Ada sesetengah tu, cari alamat atau no telefon rumah budak yang dia minat melalui buku biodata. Pastu gi pos surat takpun call rumah dia guna public phone warne kuning tu eh. Dalam phone siap boleh dengar bunyi kereta atas jalan raya. Pastu siap ada background music, "Oi cepat la weyh, dah macam masuk duit dalam tabung haji dah ni kau tau."


Paling tak boleh blah, sebab nak cantik tulis biodata sendiri kat buku kengkawan, siap sanggup ni beli pen warne warni. Aku? sorry la nak beli kejadah sume tu. Buat muka seposen pinjam pen warna-warni kawan sudah. (aik, aku pun buat corak2 jugak ke tulis biadata..haish) ei aku ni nampak je macam ni, tapi setakat lukis bunga kat tepi buku tu takde hal punye..heheh. 


Dalam biodata, macam biasa. wajib ada nick name, tarikh lahir, no telefon, makanan dan minuman kegemaran, motto, cita-cita. Dan kadang-kadang ada yang tulis kawan baik, kawan rapat. Aku pun tak sure ape beza kawan baik dengan kawan rapat. Tak sama ke? haha yang penting aku pernah je tulis benda tu. nasib baik tak jadi pape. tapi, tak dinafikan, benda tu sensitif sebenarnya untuk sesetengah orang..hehe. so better jangan tulis ye adik-adik yang baru nak start belajar buat buku biodata..

part paling aku suka baca, mesti lah ucapan yang diorang tulis untuk aku. Seakan-akan macam feedback  sepanjang aku menjadi kenalan dan kawan diorang. Terasa dihargai dan terharu dengan ucapan diorang. Ada yang rajin, siap sertakan gambar..hehe. Tak lupa juga pesanan dan doa.

antara ayat yang biasa;
  • May our friendship remains forever!
  • Jangan lupa jemput kahwin nanti =)
  • keep in touch
ah rindunya zaman dulu-dulu. zaman sekarang ada lagi tak orang buat buku biodata ek? em takde kot. zaman pun dah maju. Facebook kan ada.  ye tak?

belle' : korang ada buku biodata? kongsi-kongsi la apa yang menarik pasal buku biodata korang tu =)


4 comments:

Anonymous said...

aku jumpa ada lg sorang hamba Allah, yg berusia 24 tahun mempunyai buku biodata kat cni.. huhu.. dan aku sgt impress sbb masih ada lg manusia yg buat buku biodata even zmn dh maju.. he keeps the traditional way.. wohoo..

Nurul Iman Rosman said...

haha, buku biodata! teringat mase sekolah-sekolah dulu. kuat jugak saye buat buku biodata ni. and saye masih simpan lagi. hmm, nnt free2 nak buat entry pasal buku biodata jugak lah. hehe :)

syanabel said...

Anon : hah seyes ke? bagus betol!

Iman : hehe sile2..pastu link balik kat sini eh..nak gak bace..hehe

Mahfuzah said...

huish.. buku biodata... lawak cute & sume ade.. yang tak tahan, siap bakar kt tepi2 kertas tu.. tp, saye xbuat.. kawan2 buat.. saye suke wat kartun yg cute2 espeially mickey mouse.. tp, paling xtahan buku diary.. kenangan terindah & terpahit sume tercatat dlm tu.. kalo la parents tjmpe buku azimat tu.. seyes.. pecah tembelang.. huhuhu

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...