Tuesday, May 17, 2011

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

Assalammualaikum W.B.T.

[ klik gambar untuk join ye ]


"Aku ingin berubah..."

Itu antara kata-kata yang aku selalu ungkapkan dalam hidupku. Namun, kata-kata tu sangat bermakna, malah paling bermakna sekali adalah pada 3 tahun yang lepas, bersamaan dengan awal tahun 2008. Peristiwa yang dah lama berlalu, malah aku hampir lupakan, tetapi masih tetap segar dalam ingatan.

Ya! Pada 3tahun yang lalu aku pernah ungkapkan yang aku ingin berubah. Semuanya berpunca gara-gara sikap aku yang lalai dan terlalu leka dengan keduniaan. Waktu tu aku masih di tahun pertama di salah sebuah universiti tempatan. Alhamdulillah, berbekalkan keputusan yang sedikit cemerlang di matrikulasi, aku ditawarkan kos yang memang menjadi pilihan ku sejak dari kecil. Doktor tu, siapa yang tak nak jadi doktor?

ah, perlu ke aku teruskan bercerita? rasa macam segan pun ada. Aku belum bersedia nak ceritakan rahsia ni

Aku harap, korang dengar cerita ni betul-betul dan jangan salah anggap, bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak cuma sekadar memberi pesanan supaya jangan jadi macam aku. Dan tujuan aku menceritakan semua ni hanyalah untuk  berkongsi pengalaman dan aku harap ianya dapat menjadi iktibar untuk pembaca [kenapa bunyi macam penutup cerita je ni?]

Ternyata kehidupan di Universiti bukan lah seperti apa yang aku bayangkan. Ditambah pula aku mengambil kos yang dikatakan paling kritikal dan susah. Penatnya perlu menghadiri kuliah setiap hari, ditambah pula assignment bertimbun dan cuti pula tak banyak. Tak sebanyak kos lain. Ah hebatnya aku mengeluh. Apa yang pasti, bergelar pelajar Universiti bukan se-best yang disangka.

Alhamdulillah, aku ditemani 'teman tapi mesra' yang juga mengambil bidang yang sama dengan ku cuma kami berbeza tempat belajar. Happy! Aku juga dikelilingi rakan-rakan yang happy go lucky. Hari bekerja kami study, hari minggu kami enjoy. Motto kami, study biar lepak, result biar gempaq! Namun, pada peperiksaan pertengahan tahun, aku gagal.

"Gagal? biar betik.. Ya Allah!" aku tetap tersenyum namun di hati tuhan je yang tahu. Even family pun tak tahu berita kegagalan ku itu. Aku malu. Biarlah ia menjadi rahsia diriku.

Tak dinafikan, berita kegagalanku itu merupakan satu tamparan hebat bagi ku. Selama ni aku tak pernah gagal. Subjek di sekolah, paling teruk pun aku dapat D. Argh bodohnya aku time tu, menyamakan Universiti dan sekolah. ape kes? ah tapi aku still tak boleh terima kenapa aku gagal..bantu aku Ya Allah

Selepas tu, aku bertekad, aku tak nak gagal lagi. Aku kena fikir positif. Bukan aku sorang kot yang gagal, ramai lagi yang senasib denganku. Aku perlu lulus untuk peperiksaan akan datang. Sikap ku mula berubah, dari malas menjadi rajin. Alhamdulillah, prestasi pelajaran ku meningkat.

Pada masa yang sama .... *klimaks bermula

"Couple itu Haram. Couple mendekatkan kita ke arah zina. Malah, berkata rindu digelar sebagai zina hati." satu emel berbentuk tazkirah ku terima daripada seorang sahabat. 

Astaghfirullahalazim. Betul ke apa yang aku baca ni? walaupun berkata rindu sesama kekasih pun digelar zina hati. Ya Allah, apa aku dah buat. ampuni aku Ya Allah. Aku perlu buat sesuatu.

emel yang sama ku forward kepada 'teman tapi mesra' ku. Tujuan ku hanya satu, ingin berkongsi sesuatu. dan kami terus terputus hubungan. Aku gembira tapi dalam masa yang sama aku juga sedih. Sejak dari itu aku bertekad;

"Aku ingin berubah! aku nak jadi Syafiqah Nabilah yang baru!"

Rakan-rakan happy-go-lucky ku mula pelik dengan perubahan drastik ku. Aku kerap menangis, malah aku selalu cakap yang aku hendak berdakwah. Aku fikir dengan dakwah, maka dosa-dosa yang aku lakukan; aku lalai dengan pelajaran, leka dengan cinta dan perasaan, melakukan zina hati, akan terhapus. aku nasihatkan rakan-rakanku supaya jangan bercouple. Aku juga menegur rakanku yang free hair supaya menutup aurat. Wah, persis seorang ustazah gaya ku. 

Namun, rupa-rupanya ramai yang tidak boleh terima dengan tindakan ku. Orang kata, dakwah yang tak kena pada cara nya. Aku ingin berdakwah dan berubah menjadi seorang yang baik, tetapi lihat sahaja keadaan aku sendiri. Aku tidak menumpukan perhatian dalam kelas, study satu apa tak masuk dalam kepala, pelajaranku merosot, fikiranku entah ke mana dan apa yang pasti sikap ku berubah secara drastik. Aku sendiri tak pasti kenapa. Aku mula down.

peperiksaan akhir semester dua hampir tiba. Semua orang busy dengan study, tapi aku? Aku busy dengan benda lain ada la. akibat tekanan yang terlalu berat untuk aku tanggung, masalah datang bertalu-talu, aku pun bertekad untuk tidak menduduki peperiksaan semester dua. Ah senangnya aku menyerah kalah. Ya Allah, betul ke keputusan aku ni? Dan, akhirnya.. tahun satu ku di universiti tu, sia-sia begitu sahaja. 

Tambah sedih bila, lecturer ku mencadangkan supaya aku tukar kos, bukan mengulang tahun. Kesian mak dan abah, mesti diorang fikir aku dipaksa mengambil bidang yang aku tak suka. Bukan mak bukan abah. Maafkan Nabila~

Pelik! Aku ingin berubah, tapi kenapa begini jadinya? mana pergi semangat aku yang dulu. Arghh bodohnya aku menjadi orang yang gagal. Saat tu, aku betul-betul dalam kekecewaan. Lama juga la aku ambil masa untuk pulihkan semangat ku.  

Aku betul-betul tak tahu sama ada nak continue ambil medik di U lain ataupun tukar kos lain di U yang sama. Keputusan yang begitu sukar untuk dibuat. Sokongan keluarga dan rakan-rakan menyebabkan akhirnya aku memilih untuk menyambung medik di RCMP. Aku perlu mulakan hidup baru.. dan alhamdulillah, kini aku di sini. 

Dan agak-agaknya sekarang aku dah berubah tak menjadi rajin dan alim? hmm..lu fikir lah sendiri [bak kata Nabil]..

*cerita tamat.

Antara yang aku cuba sampaikan melalui cerita di atas, 
  1. Bukan senang nak berubah. Kadang-kadang kita memang tak boleh berubah, tetapi tak salah kalau kita ingin menjadi yang lebih baik.
  2. Sebenarnya, lagi susah nak merubah orang. Sebelum kita nak merubah seseorang, baiklah kita ubah diri kita dulu. Dakwah lah secara berhikmah.
  3. Jangan melakukan perubahan itu secara drastik yang keterlaluan. malah lakukan secara perlahan-lahan dan istiqamah.
  4. Jangan cakap je, buat sekali la kalau betul-betul anda ingin berubah.
  5. Berfikiran positif, jangan selalu sangat buruk sangka
  6. Blame yourself first before others
  7. kita hanya gagal bila kita jatuh tapi tak nak bangun balik dah pastu
  8. Everything happens for reason. Jangan biar perkara yang sama berulang lagi udah ler.
  9. Hidup ni kena selalu beringat, macam roda! kadang-kadang kita kat atas, kadang-kadang kita kat bawah
  10. bukan senang menjadi Syafiqa Belle ( erk tiba-tiba ) . sampai sekarang aku masih pelik, macam mana lah aku boleh terlintas nak bercakap pasal dakwah dan segala bagai. Aku sendiri keliru. Mungkin waktu tu aku sedih, dan aku terasa dekat dengan tuhan. Tapi aku memang betul-betul ingin berubah waktu tu, meninggalkan segala amalan jahiliyyah ku..huhu
  11. udah ler. usah dikenang barang yang lama.. life must go on~ it's too short to be unhappy..keep smiling =)
  12. Em u olz tambah sendiri lah.. banyak sangat kalau nak letak semua.. hehe
and last but not least;
Jati diri kena kuat dan motivasi diri itu perlu kalau nak jadi Doktor ! Jangan takut dengan kegagalan once you enter Medical School (^_^)Y. Anggap je benda tu normal dan just follow the flow. Good Luck.

Terima kasih sudi mendengar. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan. Have a nice day!

wassalam.


2 comments:

Miss Audiologist-to-be ™ ヅ said...

perkongsian yg menarik =)
jemputla singgah balik~~
http://m-nia-a.blogspot.com/2011/05/aku-ingin-berubah.html

Muslimah Optimis said...

betul tu jati diri kena kuat.. yang penting hati kita.. mental kita.. jika mental kuat fizikal akan jadi kuat..insyaAllah.. kadang-kadang allah menguji kita dengan kegagalan supaya kita belajar bagaimana untuk berjaya..

terima kasih sudi join..sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...