Sunday, May 1, 2011

Review Filem SERU ala-ala Quarantine

Sudah lama rasanya jari ini tidak menaip tentang review filem. Tak tengok, so takde lah review. Kalau tengok, adalah review. Mudah kan? Pendek kata, aku baru sahaja menonton filem genre Seram Melayu buat kali kedua dalam hidup ku selepas cerita Damping Malam. #before ni tengok cite Rio. Tak sempat buat review lah. Tapi korang wajib tengok sbb memang besttttt!

Seingat aku la kan, aku memang jarang layan cerita seram ni. Bukan sebab takut (masih ingin menafikan), tapi sebab aku memang kurang gemar. Even Mastika pun aku tak baca. Malah, cerita TV3 setiap hari Khamis tu pun aku tak pernah/ tak akan tengok. Boleh tengok, tapi kena ada teman. Sekali lagi nak tekan kan di sini, bukan takut tapi tak gemar (boleh caya ke ni Belle?). Boleh!!..

Aku tak faham, kenapa masyarakat kita suka sangat layan cerita genre seram. Bukan ke lagi elok layan genre romantik or lucu. Boleh jiwang-jiwang pastu gelak-gelak. kan best. Ini tak, terjerit-jerit dalam pawagam (skema gile guna pawagam), pastu kalau seram tahap gaban punye, mula la tutup muka. Tak ke rugi duit tiket wayang bayar berpuluh2 hengget, tapi separuh cerita gi tutup mata.. adeh

ok back to main topic.

Filem Seru merupakan sebuah filem seram arahan pengarah muda pilihanku, Pierre Andre bersama Ming Jin. Aku memilih untuk menonton filem ini (selain sebab teman aku yang ajak) adalah kerana Yusry kata best.(boleh plak gitu kan?). Ei, Yusry nak kahwin dengan Lisa.. apesal aku baru tahu nih?? korang sume dah lama tahu eh?



Sinopsis Seru:- Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku diluar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal…. tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi .
Apakah yang akan terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?. Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi. [ SUMBER ]

Filem Seru ni lain daripada yang lain. Sebab cerita dia merupakan cerita atas cerita. Kalau korang pernah tengok cerita Quarantine, haa lebih kurang gitu lah kelainan yang dibawa oleh pengarah pilihan aku tu kali ni..hehe. Dalam pawagam (skema lagi ko Belle), korang akan rasa pening sebab gambar banyak gerak-gerak..wee. Masa mula-mula cerita, aku ingatkan Awal, Nora Danish & Pierre tu watak utama, tapi rupa-rupanyanya bukan. Sebab apa? hmm tengok sendiri lah kalau nak tahu ye. Lagi satu aku kecewa sikit ngan ending dia. 

"Hmm Pierre Andre, saya ada cadangan. Sepatutnya ending dia kena tambah lagi satu babak. babak di mana ada orang lain yang menjumpai kamera yang dirakam tu. Baru lah macam real.. ye tak?"

Papepun. Congratez atas idea yang agak kreatif. Aku bagi 3 daripada 5 bintang. Yeah!


3 comments:

Unknown said...

Tengah syok-syok baca,kena tengok sendiri eh :)

I'll take my time to watch dis movie after this~

DAUD said...

aku nak seru ko terus ceritakan cerita tu sepenuh-penuh nya je la

Anonymous said...

Ini masalah saya benar-benar dipecahkan, terima kasih!

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...