Wednesday, February 23, 2011

Ada dua jenis cemburu

bestnyeeee .. tak sangka dah dua ratus sebelas .. kebetulan tahun ni tahun dua ribu sebelas .. hehe. Apa yang 211? oh, try tengok kat tepi, bahagian follower..hehe. Terima kasih kepada yang sudi mengikut@follow blog yang tak seberapa ni. terima kasih sekali lagi.

Okay, malam ni mahu bincang pasal apa? Oh sebelum tu, perasan tak header belog ku dah berubah. Entah macam mana tiba-tiba terkeluaq idea nak letak gambar my dad yang ku rindui kat atas tu. Sesuai la dengan tajuk belog guna nama dia. So, sebagai penghargaan .. abah, Nabila pinjam muka abah jap eh kat sini..hehe. 

>> agak-agak puan Hawa (ibuku) jeles tak aku tak letak nama dia. Hawa's Daughter! haa mungkin aku boleh tukar tajuk belog untuk tahun depan pula .. (^__^)

harga : Terjunam-tujuhnam (RM 7.60)
back to our main topic! 

Jealous! (atau cemburu)

Kenapa kita dikurniakan sifat cemburu? Baik ke tak sebenarnya sifat jeles ni? Mengikut kitab Belle', cemburu boleh dikategorikan kepada dua. Iaitu ;
  1. Cemburu Baik
    • Eg : "Geramnya nya, dia dapat banyak A daripada aku.!"
    • Sebab bila rasa cemburu tu ada, kita automatik akan lebih berusaha untuk dapat lebih banyak A daripada kawan kita. Betul?
  2. Cemburu Tak Baik
    • Eg : Cemburu buta. Suka tuduh yang bukan-bukan terhadap pasangan.
    • Sebab automatik gak konfem hubungan korang tak lama jodohnya.
So korang pilih lah. Nak cemburu yang mana satu. Betul! pepatah ada mengatakan. "Cemburu tu tanda sayang". Tapi biaq bertempat lah. Dan siasat dulu, jangan main dengar cakap orang, lepas tu buat kesimpulan sendiri. Lagi baik, berdepan dengan pasangan, tanya betul-betul. Mungkin besar kemungkinan, dia akan berbohong dan tak mengaku, tapi sekurang-kurangnya kita dah luah kan apa yang kita rasa.

"Yes, I cemburu". Takde lah nanti kita pendam perasaan marah tu sorang-sorang dan mula lah nanti berperang dengan emosi, syak wasangka yang bukan-bukan dan akhirnya memakan diri sendiri. Sape susah?? Bomoh, Ustaz ngan doktor gak .. (^__^)Y

Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri juga pengalaman aku mendengar masalah pesakit mental. Again! aku bercerita tentang pesakit mental. (nasib ar korang terpaksa layan aku nak story pasal psikiatrik..hehe). 

Baru-baru ni, ada sorang pesakit ni mengalami kecelaruan fikiran (delusional disorder) dan bila siasat-siasat, berpunca daripada sikap cemburu yang teramat sangat. Masa aku pertama kali jumpa dia, memang nampak normal, tapi lepas berbual, kesian, dia masih dalam keadaan denial. Tak boleh terima diri telah bercerai.


Benda yang aku nak tekankan kat sini ialah, korang nampak tak bahaya bila perasaan cemburu yang teramat sangat menguasai diri. Kita akan mula la pikir yang bukan-bukan. Siapa je yang tahan bila kena tuduh itu dan ini. Yang si suami tu pun satu gak, dah tahu bini tu tak sihat, tak normal, bawak la pergi jumpa doktor. Ni tak, cerai gitu je eh. Adeh. 

Delusi (delusion) adalah kepercayaan yang salah. Dalam kes cemburu kat atas, dia dikategorikan sebagai Delusion of perception (sebab dia rasa yang suami dia ada bagi duit nafkah, padahal takde pun). Wrong perception sungguh. Dan juga orang itu ada delusional disorder jealous type (sentiasa menganggap pasangan berlaku curang, padahal benda tu tak berlaku pun). wrong belief huh. Haa, jaga-jaga korang. Siapa yang kuat jeles or suka pikir yang bukan-bukan .. baik gi cek doktor cepat..hehe

Kepercayaan salah ni beza tau dengan kepercayan karut marut macam bomoh, tahyul. Itu normal. Itu adalah kepercayaan tradisi (cultural belief) not delusi.

Belle : aku pun jeles jugak. Jeles bila Iqram Dinzly peluk perempuan lain .. uwaaa

jelesnyee .. huhu

2 comments:

Anonymous said...

saye nk cemburu baik! .....x mo mental problem :)

no pain no gain, no women no cry, no money no talk............

syanabel said...

good choice..hehe =)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...