Tuesday, February 15, 2011

Sorry if perbuatanku mengganggu hidupmu

Assalammualaikum W.B.T


"Apa benda alah menatang kat atas tu???!"

"Oh, itu lah dinamakan borang Formspring. Salah satu spesies laman sosial gak cuma ianya membolehkan sesiapa sahaja bertanyakan soalan apa saja. Faham ke nih?".

 -->klik gambar untuk ke Formspring ku

Okay lah. nak dipendekkan cerita, pada lima bulan yang lepas, aku post Formspring profile aku di wall Facebook ku. Then, aku pun menerima soalan seperti yang tertera di atas tu. Hah amek kau. Terkezut gak la den baca soklan membunuh cam tu.

"Kau takde keje ke nak buat2 benda2 ni semua?"

Dalam hati ku, rasa hairan bin pelik pun ada. Dia ni marah kat aku ker? Apa la masalah dengan sang yang bertanya? Tiba-tiba muncul rasa bersalah pula dalam diri. "tak boleh ke aku nak buat akaun FormSpring????". Aku pun mula lah rasa down. Aku ni, walaupun nampak tough, tapi hati manyak sensitive woo. jangan tak tahu. Bak kata org, dlm hati ada taman (^_^")Y

Tipu ar cakap aku tak makan dalam ngan 'DIA'. Walaupun aku dah pun kecik ati dengan soalan 'dia', aku amek positif. Mungkin 'dia' sayangkan aku. Amat sayang. 'Dia' tak nak aku terus leka dibuai oleh keasyikan internet dan sebagainya. Wah tetiba nak nangis ni..uwaa. Bagi aku, walau siapa pun 'dia', thanks atas soalan yang berbentuk amaran dan nasihat tu. Aku tak marah ar, seyes! Aku lagi suka ditegur.  

Hidup ni, kalau takde orang nak tegur kita..mana mungkin kita jadi 'orang'. Percayalah. Sebab tu kalau mak membebel, layan kan aje. Jangan sesekali lawan. Tak baek tau.

Okey, itu je nak cerita. bye.

Belle : Dulu, masa awal-awal lagi aku buat blog, pernah gak dapat komen daripada hamba Allah ni bergelar anonymous. Kata si anonymous, "live your life out of here (blog)." maksud dia macam tak kasi aku berblog pun ada. Sampai sekarang aku tercari-cari siapa la anonymous tu. Sorry I can't follow your advice. Maybe not now I guess.

>>> Sekurang-kurangnya masa lapang aku, aku tak stalk orang kat Facebook or pergi call HotFM semata-mata nak cakap "Saya tengah bosan!". Opss terlebih sudah :P

Again! I must think positively. Terima kasih sebab sayangkan saya. (^_^). Jangan risaukan saya. InsyaAllah saya pandai jaga diri.

3 comments:

Unknown said...

haha,...lawak pon ada,...mende lh owg tu,...=P

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Tu yang orang selalu pandang budak2 medik.. Dorang ngat kita 24 jam nerdy yang sentiasa kene hidup dengan buku dan wad.. No life at all..

Bila kita update blog, aktif blog, dorang akan kata, ko takde keje ke, banyaknya masa ko.. Huhu..

Seriously, akak mase almost setaun berblog ade sorang super senior tegur akak.. Dia kate pas ko keje nanti, ko takde masa dah nak wat mende2 ni.. Ko ni rajen betol ek update blog, tak study ke.. Huhu.. Siap tegur kat shoutbox lagi..

Seriously, mmg rasa down sampai dah taknak berblog.. Tapi lama2, tak amik peduli sebab ni minat akak yang akak tak boleh nak tinggalkan.. Akak menulis supaya boleh ilang tensyen.. Hee.. :)

syanabel said...

this is what we call life. ada je cabaran..hehe

saya pernah kot paranoid nak berblog. sebabnya, mesti suspicious yg org len, kawan2 akan fikir saya tak study. then start la rasa bersalah tu muncul. rasa tak nk dah berblog.

huh memang problem gak la. tapi alhamdulillah, leh adapt lama-lama.. InsyaALLAH :)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...