Monday, February 28, 2011

3 sebab kenapa perlu letak Gambar BF diblog

Salam.

Entri kali ini terhasil selepas aku terbaca sebuah entri yang bercakap tentang; kebanyakan blogger suka letak gambar boyfriend/girlfriend di blog mereka dan perbuatan mereka itu dianggap sangat, euww, annoying, gedik & etc.

******

"honestly, gua paling menyampah tengok orang dok tayang gambar pakwe/makwe kat blog lebey2 sangat, agak2 la nak menayang pon, belom tentu lu orang kawen dengan mamat or minah tu pon.sikit2 sudah"

Belle : Begitu lah kenyatan berani CEO Suratan Kebetulan. Klik [sini] untuk baca entri penuh beliau.

*******

Korang setuju tak? Kalau sekali fikir, mesti korang setuju kan..kan? Tapi cuba korang fikir dua, tiga ataupun sepuluh kali. Mesti ada sebab-sebab tertentu kenapa diorang (blogger perempuan) buat begitu. Jom semak antara sebab-sebab kenapa mereka meletakkan Gambar BF di blog ;


1. Tak mau beri harapan menggunung terhadap kaum ADAM. 
  • Sekurang-kurangnya jika ada Hamba Allah yang terjatuh hati pandang pertama pada keayuan, kegeniusan dan ke-kelakar-an sang gadis (blogger) itu menulis entri, selepas tertancap akan gambar   si BF yang ditampal di sudut tepi blog itu, mereka terus, "oh sudah berpunya, cis!" maka terhapuslah dengan serta merta niat Hamba Allah tersebut untuk mengorat si gadis. 
  • Bukan bagus ke begitu? Ish korang ni, suka tau fikir yang negatif aja, cuba sekali-sekala fikir yang baik-baik..

2. Dipaksa oleh si BF
  • Boleh jadi juga ni. Nak nak kalau si BF jenis yang kuat cemburu. [Ada dua jenis cemburu] Mana lah tahu siap kena ugut. "You pilih, sama ada nak letak gambar I atau berhenti jadi blogger!!!" Yang si gadis tu pula memang minat berblog ataupun jenis blogger tegar punya. 
  • Blog sayang, BF pun sayang. Tersepit antara dua dan nak tak nak, terpaksalah 'tepek' muka si BF yang 'tough' kat tepi blog.. dalam keterpaksaan.

3. Cara untuk mengEKSPRESIkan cinta mereka.

  • Tak cukup letak 'in a relationship' kat FB, di blog pun kena bagitahu juga. Maklumlah, FB cuma ada kenalan rapat, di blog ada kenalan alam maya. So, haruslah letak!! 
  • Kalau la kat profile blog tu dah siap-siap ada status macam di FB, aku rasa mungkin mereka takkan pernah susah-susah nak letak gambar BF diorang tu. Betul! buat memberatkan blog aja. 'Ish kenapa lah blogspot tak macam facebook?? menci!'

Cukup la 3 alasan yang aku rasa agak kukuh untuk menyokong kenapa kita (blogger wanita) perlu letak gambar BF di blog masing-masing. 

"Belle, ada nada sinis ar! Makan dalam seyh kata-kata kau ni .." 

"Eh, mana ada. ini pendapat ikhlas dari jantung aku tau. tak tipu punya," aku cuba berbohong.

Hurm, memang benar yang aku cuma perli je. Kenapa yeperlu letak gambar BF di blog? Dah confirm ke si dia adalah suami kita? Belum bukan? Kalau sudah, lain la.

Pada pendapat aku, tak perlu letak ye adik-adik ( eh sejak bila aku jadi kakak korang?). Memang akan ada yang berniat baik, seperti nak bagitahu kat orang lain, diri ini sudah diambil or orang putih cakap "I'm taken!" but niat tidak menghalalkan cara. 

"So, ko nak cakap  yang haram letak gambar BF kita kat blog?"

Tidak haram! Cuma menyakitkan mata *jeles sebenarnya*. Rileks la, jangan nak terasa sangat sebab aku mengaku yang aku sendiri pernah buat macam tu dulu. Tapi aku dah delete sebab aku sendiri yang nak delete. Lagipun bila difikir-fikirkan balik, segan la.. Kalau nak tahu siapa boyfriend aku, nanti kenduri kahwin aku datang la then tengok sendiri siapa pengantin lelaki tu ea, deal?

"Blog aku, lantak lah nak letak apa pun. Ada aku ganggu hidup kau?"

Okay, fine! no komen la kalau dah cakap macam tu kan. Orang macam ni, aku risau sikit nak layan. So, baik aku blah cepat-cepat dari sini sebelum aku kena baling batu, parang or yang sewaktu dengannya ..

lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


wassalam.

10 comments:

sweetpearl24 said...

hahaha..nice, alasan yg bernas ^^

fahiraferra said...

lol~ aku terasa..tapi serious aku rasa safe bila aku letak pic bf aku..HAHA..wateva it is nak tgk, tgk la,,tanak bolayan je ::D

syanabel said...

@Wani
hehe..tenkiu :))

syanabel said...

@fahiraferra
Yup, ada sesetengah orang fikir camtu. Its good je. tak salah langsung :))

ROI said...

tp kn..bila da putus..TPAKSA la kuarkan blk kn? jgn bergantung pd yg x pasti..len la SUAMI..

Wahida Nasution Thakhrim said...

tak salah bila letak gambar BF kat blog.. itu terpulang pada tuan blog tu sendiri.. single and available atau single but not available pun sama juga kalau orang tu masih degil nak kacau..

Cik Awynn said...

@SyafiqaNabila
aku penah diberi arahan oleh bf aku suruh letak muka dia. tapi.. what the.. blog aku, sukati aku lah nak letak ke tak nak. errrr.. tapi aku ada letak sebijik gambar dia.. tu pun tak nampak muka. hahahahah.

syanabel said...

@ROROI
harap2 kekal la sampai ke jinjang pelamin..amin

syanabel said...

@Wahida Nasution Thakhrim
yup betul tu :)

syanabel said...

@Cik Awynn
la ye ke?? aku maen2 je tu.. ingatkan nak berlawak je rupanya ada jugak ek..hehe but i Like! blog kita, suka hati kita lah..hehe :))

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...