Sunday, December 19, 2010

update hujung minggu

Selamat pagi Ahad ku tujukan buat kalian semua. Apa khabar? Harap sihat sentiasa. Macam mana minggu anda kali ni? Minggu saya kurang enak la. Sebab tu jarang update blog. Kalau ada update pun, yang bosan-bosan je (T-T). Gagal menghasilkan entri yang bisa menggegarkan dunia..kuang3. Kenapa kurang enak? Ada lah sebab die..rahsia. Tak semua kita kena kongsi bersama kan..hehe

Before I start, jom tengok gambar bawah ni kejap. Gambar yang di ambil sepanjang kitorang bertugas di Hospital Batu Gajah. Oh bertugas? bunyi macam serius. Sebut jalan-jalan la lagi santai ok. Jom cekidaud :




cukup la tiga jer. Nak tengok lagi.. ada kat Facebook ... hehe

sebut tentang Hospital Batu Gajah (HBG). Satu perkataan yang aku boleh describe pasal hospital tu adalah UNIK ! Memang lain dari yang lain. selain bangunan yang agak lama, malam2 agak scary.. kawasan hospital tu amatlah luas. Cantik pun ye, sebab tu kitorang bergambar sakan. HBG ni hospital kedua kat Perak selepas Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Kebanyakan pesakit HBG akan di-refer ke HRPB lah kalau kes tu tak leh handle sangat. 

So cukup lah pasal HBG. Next!

Nak cakap pasal cinta boleh? Aku tengah bengang sangat ni. Hari tu ada dapat panggilan, tiba-tiba nak mengaku pernah suka aku..memang tiba-tiba. Apehal derr! Ingat aku nih ape. Adoi. At least bagi la salam dulu ker. ni tak main terjah jer. Tak de adab langsung. Sori la gua nak layan. Boleh berambus. Tapi aku ni pun satu. Nak tolak tak reti. Belle'! Cuba cakap je terus terang, ni tak..emm umm emm. Aku bukan apa, risau dikatakan sombong. Lelaki ni kita kena jaga sikit perasaan diorang. Ah pape je la..zas layannn

Dah tiga minggu posting MITC (Medicine in The Community), kebanyakan topik yang aku belajar adalah tentang ibu mengandung dan tumbesaran bayi. Topik yang aku rasa korang pun patut belajar sama. Hmm..Banyak kali kot jumpa mak-mak yang ber-perut besar daripada biasa, and terasa cuak plak nak mengandung nanti. Cuak nak jaga anak. Baru aku tahu, besarnya pengorbanan seorang ibu, membawa bersama anak yang seberat 2.5 kilo ke hulu ke hilir sehinggalah bayi tersebut dilahirkan. Belum lagi tengok sakit ibu ketika melahirkan. (suami-suami di luar sana, sila lah berada di sisi isteri kalian ya waktu tu). Lepas tu, bukan senang nak membesarkan anak. Nak bagi makan, pelajaran dan perlindungan yang secukupnya.

Huh.

Jadi, ayuh lah kita berjasa kepada kedua orang tua. Sekian Wassalam. Jumpa lagi di minggu yang seterusnya!

Belle' : tak sabar nak tunggu Khamis ni ~

2 comments:

Lula said...

bestnye kak belle..hehe :)

syanabel said...

ilya mesti lagi best kat sane..hehe :)

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...