Friday, December 3, 2010

Mingggu pertama MITC posting

yeay..nak balik kg hari ni
hari ni masuk hari ke-5 aku posting MITC
MITC is stands for Medicine in The Community
Community is us
US is United Stated
Aku mula merepek..

ok la.. Belle, be serious.
Pejam celik pejam celik, dah seminggu aku di tahun clinical yang baru (Phase 3A). Satu benda yang aku perasan beza nya bila dah masuk clinical ni, jadual pack dan hari-hari adalah hari yang amat meletihkan. Hubungan dengan membe kuliah jangan cerita la, dah jarang jumpa. Even membe satu group pun tak tentu dapat jumpa hari-hari. Ini kan pulak Housemate. Kid Radin Ain, aku rindu korang (T_T). Takpe, we must accept that okay!

Antara yang best seminggu ni, part pergi Klinik Kesihatan & Hospital Batu Gajah. Part lecture, tak gemar sangat..ngantuk plus buhsan..tapi itulah yang penting. Ok, kat Klinik hari tu, dapat tengok Doktor buat procedure IUD (IntraUterine Device). It is a form of Birth Control. Oh tak lupa juga, aku ada belajar perkataan hindustan yang baru gak hari tu. 'HUM DO HAMARE DO', maksudnya, kita berdua, kita punya pun dua. Itu slogan perancangan keluarga kat INDIA. 

Then, kat hospital Batu Gajah (30minit drive dari Kolej RCMP), kitorang kena berjaga malam kat Accident & Emergency Department. Dari kul 6ptg sampai kul 9mlm je, tapi ok la dapat belajar camne jahit luka kat kepala. The best part adalah, kitorang dibenarkan buat sendiri. Tenkiu MA (medical Assistant)  & Pak Cik (patient) yang baik hati beri kitorang peluang tuk belajar.

ok lah, sambung len kali..perlu ke kelas. nak gi belajar wat pap smear. korang pernah dengar kan Ujian Pap Smear. Ianya langkah pencegahan awal Kanser Cervik. Ujian ni untuk wanita yang dah berkahwin saje ye, yang masih dare jangan ngade2 plak nak buat ye..hehe..adiosza. Belle : Pagi tadi masa belajar pasal Breast Feeding, aku lihat satu keajaiban yang tak tercakap. Kagum kat Baby tuuuuu (^_^)V

2 comments:

Khairy said...

peh buat IUD eh...lama dah tak belaja pasal tu. Dulu ada gak belaja kat hospital Selayang dulu. Penah gak on-call....best woo but suture ni. Tu pun kalau dapat patient yang baik la...hoho

SyafiqaNabila said...

eh silap, IUCD (Intrauterine Contraceptive Device). MO je yang buat, ktrg observe je.

Best2 menjahit, mula2 pak cik tu susah gak nak kasi..hehe. tapi nasib ktrg baik hari tu :)