Tuesday, December 28, 2010

Saya Blogger Johor

Nama anda
  • Syafiqah Nabilah. Panggil Belle la senang ckit. Tapi agak-agak kalau geli bulu ketiak tu, panggil je la nama penuh. Lagi I like.. hehe
Status anda 



Cara hubungi 
Daerah/Jajahan 
  • Muoooo (Muar)




Tempat tinggal 

  • Kalo dari bandar Muo tu korang straight je (jangan belok-belok) ke Batu Pahat. Jumpa lah kampung aku. nama dia Parit Jawa. Ye aku orang Jawa. Tak percaya??? haha aku pun tak percaya..lalala

Apa yang menarik di tempat anda 

Bandar Muar (selepas ini akan disebut sebagai Muo) juga dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama sekolah menengah aku dulu SMKBM. Bukan Bahasa Melayu! tapi Bandar Maharani..hee. Tempat shopping paling HOT kat Muo, tentu sekali Wetex Parade. Selain tu ada Giant, Astaka, K-Mart, econsave dan lain2 lah. Oh yea, lupa! ada Jambatam Muo & sungai Muo juga. Kalau datang sini, kena la naik bot tau. Nanti dia bawak korang round keliling sungai tu..hehe (walaupun tak semantop mana, tapi ok lah).



Jom cekidaud antara yang menarik lagi terdapat di Muo :

  • Ikan masak asam pedas
  • Mee Bandung Muo
  • Ikan Bakar kat Sabak Awor (korang memang kena torai)
  • Murtabak dekat ngan umah aku memang best gilerr.. caya lah
  • Tanjung Emas (kawasan rekreasi dan port dating pun okay gak..muahaha)
  • Dominos Pizza
  • Burger King
  • Sawah Padi
Jom belajar cakap Muo :

pergi bersama-sama = saing
Muar= Muo
Pagar= Pago
Selimut= Gebor
Ular= Ulo
Keluar=keluo
Besar=Beso
Belajar = Belajo


No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...