Monday, December 13, 2010

ajar saya senyum ep1

Ehem ehem .. sambil membetulkan anak tekak leher yang tak berapa nak sihat nih.. ''Ya Allah, sembuh kan lah 'anak' aku yang sorang ni,'' doa Belle bermonolog dalam diri.

Teringat dulu, seorang rakan memberitahu. 

"Pika, masa aku mula-mula nampak kau dulu kan, aku takut nak tegur." 

Dah kenapa minah ni? muka aku ada macam harimau ker? elok je hah aku tengok hari-hari kat cermin kecik 4 segi gantung kat almari dorm. Dan setahu aku, mane ada Harimau pakai tudung. Ape daa. (monolog lagi. gile kau nak cakap depan2..haha)

"Oh yeke. Maaf la." baik tak aku reply..huh talam sungguh. (nak lawan ngan musuh ni kita kena berlembut dulu...)

"Tak de lah. Muka kau kan, masam cam cuka. Pastu time tu ko duk pegang tiang main pusing-pusing sorang-sorang tunggu dewan makan bukak. Comellah..hehe" 

Huh, nasib baik kau cakap aku comel. sejuk sikit hati aku ni..hehe. Tapi tapi tapi! MASAM? Muka pun ada perasa ker. Baru aku tahu. em.. muka sweet sour ada tak? camne ek..*dush penumbuk satu..lebam sebelah mata. Lepas tu Cuka?? What the ****.. Aigoo. Kalau letak Limau tak boleh ke wei..

alaaa aku suka kot makan limau. Masa duk asrama kan, cikgu Azali mesti tak lupa belikan aku buah Limau, dan aku akan makan satu hari satu limau. (dah macam motto 1Malaysia aku nih) 

"oh yeke, aku tak perasan la. Sori. Takpe, lain kali aku tak main pusing-pusing  kat tiang dah. I Promise!" jawab ku dengan sengihan yang benar-benar 'ikhlas'~

Membe aku tu terdiam .. terlopong tanpa kata kata ....

        ..................bersambung


1 comment:

mis twit said...

i tag u in a contest!