Saturday, December 25, 2010

aku tak kuat ... [buat pedoman bersama]



Anda sudah solat? Solat dulu tau baru boleh baca blog 'Azali's Daughter'


Bercakap tentang solat! Pasti yang terlintas di fikiran kita adalah..


 Solat itu Tiang Agama

Takpun..


Solatlah anda sebelum anda disolatkan

Aik? tak terlintas? kena cek balik ni diri masing-masing. Muhasabah diri balik. Renung-renungkan, cukup tak solat 5 waktu kita. Sebagai orang Islam, adalah wajib untuk kita menjaga solat kan. Nak cari calon suami or isteri pun nanti, perkara pertama kita tengok.. apa adik2?? Yup.. solat, wajib cukup lima-lima waktu. Pandai pun. (^__^)Y

Aku pun kadang-kadang tak cukup 5 waktu gak. Solat Subuh selalu je terlepas. Adoi. Suka melewat-lewatkan solat. Haa aku lah tu. Adoi lagi. Apa nak jadi lah kan. ish3. Then, solat nak cepat je. Cam ayam belatuk. Aku lagi tu.. aigoo.. Bila nak cepat je solat tu, mana nak khusyuk?? 

Bukan ke kita solat dengan tujuan mengabdikan diri dengan tuhan? Waktu solat adalah waktu untuk kita dating dengan Allah S.W.T. Cuma berdua je. Best tu. Romantik gitu. Tapi kenapa aku mesti nak cepat-cepat habiskan solat, malah melewat-lewatkan temu janji dengan Maha Pencipta ku? wah kalau nak gi dating ngan BF, tak sabar-sabar. Laju je. Apa mau jadi lah dengan kau ni??

Solat sebagai terapi di kala sedih je. Macam-macam aku doa. Aku minta kat tuhan. Aku menangis, meratapi nasib yang tak sebagus orang lain. Tapi bila aku happy, tak pulak aku sujud syukur, ucap Alhamdulillah ataupun melahirkan tanda kesyukuran kehadrat Illahi atas kurniaan-Nya. Malah aku gi celebrate, enjoy habis-habisan. Ah betapa aku ibarat lupa daratan!

Bila solat tak jaga, apatah lagi solat-solat sunat yang lain. Ah membazir je aku menjadi pemegang sijil darjah khas, belajar ilmu agama tinggi-tinggi, tapi aku tak amalkan semua yang aku pelajari dengan baik. Buat bungkus nasi lemak ajelah sijil tu.. Apa nak jadi la dengan kau ni belle??


Okay abaikan repekan aku sebentar tadi.. jom kita layan lagu nasyid.. 


Sepohon kayu? biasa dengar kan lagu tu...



meh layan lagu ni. Makan dalam lirik dia. 
"Walaupun hidup 1000tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya??!"

Bismillah..

Ya Allah.
kau ampunilah segala dosa ku.
Sesungguhnya aku hanya seorang hamba mu 
yang lemah dan sentiasa melakukan dosa. 
Aku tak kuat. 
Kau tetapkanlah imanku.
Kau berikanlah aku kekuatan 
untuk aku teruskan kehidupan 
yang penuh dengan cabaran ini. 
Berikanlah aku kesihatan yang baik agar 
aku dapat terus berbakti di muka bumi mu ini. 
Ya Allah! 
Berkatilah kehidupan ku, keluarga ku, 
rakan-rakan ku dan saudara seagama ku. 
Hanya kau tempat aku bersujud dan meminta pertolongan. 
Ampuni dosa-dosa ku ya Allah.. 

Amin..

Belle' : Ayuh kawan-kawan .. ramai-ramai kita jaga solat ...

1 comment:

pu3nice2see said...

buat ingatan utk diri ku juga.especially subuh yg lambat..