Wednesday, December 29, 2010

Resdung itu Sebuah Kanser ??!

Aku baru je ni balik daripada Perak Food Festival di Stadium Ipoh. Hajat utama nak gi makan lunch dan tengok baju, tudung dan pameran makanan2 yang ada. Tapi tergerak pula nak buat pemeriksaan resdung. Sebelum buat tu, akak yang in charge ade la bagi explaination sikit. Ayat mula-mula dia nak tahu apa? Resdung adalah kanser!! Pergh .. tak ke boleh kena heart attack aku mendengonyer. (sebab aku tahu aku memang ada masalah resdung ni).

ok itu takpe lagi. I accept that. Mungkin betul la ..

Then, aku dan membe aku pun pergilah buat pemeriksaan, resultnya..tahap biasa-biasa aje. Akak yang tadi pun explain plak pasal rawatan yang available. Biasalah, lepas cuba mesti nak beli. Jadi sesi promosi pun bermula. Dia pun cerita la daripada A to Z. Aku cam biasa, buat-buat cam berminat, tapi sebenarnya .. wakaka. First2 dia cakap harga RM60 je, aku dah memang malas nak dengar. Tapi tak sopan plak, dengar je lah. 

sepanjang sesi promosi, dia ada cakap .. jika jumpa doktor, doktor akan cakap cuma alahan. Dan Dr just akan cure bukan menyembuhkan. CURE = sembuh !!! adoyai (@__@) ..

Selepas tamat je akak tu berceloteh, kami pun minta diri. Tak solat Zohor lagi nih. Then akak tu pun tanya, "dari mana ni?" .. kami pun jawab, daripada RCMP. "Oh, bakal doktor la ni." Aku rasa kalau dari awal dia tahu kami dak medic, takde lah susah payah dia terangkan maksud 'medical term' bagai nak rak tadi. Maaf kak.. bukan selalu..hakhak. 

Pastu, aku tak ingat la camne ayat dia lepas tu apa, tapi maksudnya serupa cam dia suh kitorang cek la balik, betul tak apa yang dia cakap kat kitorang tadi. Eh, bia betul kak .. boleh plak suruh cek2. Akak tipu kitorang ea?? ish3 tak baek tau akak ni.. ngee

Pada pendapat aku, susah ar nak caya rawatan camni. Aku lebih prefer jumpa doktor. Tapi nak taknak percaya 100% pun tak leh jugak.. sebab ada bukti, gambar lagi. Cuma cuma cuma! betul eh resdung tu kanser??? tension tul dengar..huhu. So apa pendapat korang plak? pernah try rawatan resdung? if korang jadi aku, korang buat tak rawatan berharga RM60 tu?? 

3 comments:

Arizakiah said...

Kata orang penyakit resdung tak boleh sembuh.kalau terima rawatan boleh bertahan je...betul ke?
anak mummy selalu buat rawatan resdung.....

syanabel said...

yup, akak tadi pun cakap. resdung tak boleh sembuh.
dari segi rawatan plak, yang guna asap tu tak disyorkan. Boleh bahaya kat jantung ngan peparu. rawatan lain, tak sure la plak.
saya ada terbaca satu artikel, dia penghidap resdung, dah sampai tahap kanser hidung. punca dia, banyak guna bahan chemical. and dia kata dia buat rawatan resdung menyebabkan resdung dia makin teruk.

Rujuk sini : http://www.docstoc.com/docs/3226158/Kanser-Hidung--Mastika-Ogos2006-Final

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaikum...
Memang resdung ni kalau tak rawat dgn betul, boleh mengakibatkan ia sampai ke tahap kronik. Kuman2 resdung akan merosakkan sel dalaman badan. Saya syorkan kepada sesiapa yg terlibat dgn gejala serius begini, agar meluangkan masa mempelajari teknik 'cucian' yg akan membersihkan sistem saluran dari kuman2 serta kotoran tk diingin. Rujuk:

Rawatan Resdung Tahap Kronik - Pelajari Teknik

Semoga info tu sedikit sebanyak dapat menolong mereka yg memerlukan. Thanks.

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...