Wednesday, December 1, 2010

Aku Blogger! So What ???

Ini adalah Segmen yang aku join daripada Blogger Ben Ashaari. sejak join segmen yang lepas, best plak ler rasenye..so ape lagi cepat cekidaud!


Nama : Syafiqah Nabilah Azali
Umur : 22 tahun
Pendidikan : Pelajar Perubatan @ Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP)
Asal : Muar, Johor, Malaysia
Tinggal : Ipoh, Perak, Malaysia
Status : Single but not available

  • Apa pendapat anda mengenai dunia blog ?
Mula-mula aku fikir, blog ni hanya lah tempat luahkan perasan dan aktiviti seharian je. Ala macam menulis dalam Diari. Bezanya, Diari kita je yang baca. Blog, kita bagi orang lain baca. Tapi Tapi Tapi! lepas dah tercebur dalam dunia blog, aku punya persepsi terus berubah. Ianya LUAS! Selain, boleh dikategorikan sebagai salah satu jenis 'social networking', BLOG juga digunakan sebagai sumber ilmu, berita-berita semasa, berkongsi pendapat dan sumber pendapatan pasif! Dunia blog best bagi sesiapa yang betul-betul kenal apa itu dunia blog. Bagi yang tak, sebaliknya lah! Mungkin kini, satu orang satu akaun FACEBOOK. Untuk masa akan datang, satu orang, satu BLOG..sape tahu kan..haha :)
  • Sepanjang anda menjadi blogger , apakah perkara positif dan negatif yang pernah anda alami ?
Waaa. Positif nya, dapat kawan baru ( ni part paling best!). Dapat ilmu baru. Lebih mengenali apa itu 'kehidupan' melalui pengalaman2 blogger yang lain. Dapat banyak review filem, senang la nak pilih tengok cite ape kat panggung..hehe. Dapat kongsi emosi, perasaan, ilmu dan pengalaman. best woo perasaan ni..hehe. hanya blogger2 je yang faham kan? Lagi ape ek? hah dapat duit! erk, takpun la, Nuff baru kasi RM1.50. manyak sedih woo (T-T)

Emmm. Negatifnya, masa kot. Aku selalu rasa, bila masa aku lebih banyak dihabiskan dengan berblogging, aku dah waste time aku. Ah loser!! Aku selalu fikir, "kan bagus, masa tu aku gunakan untuk study. Hafal nama ubat ke. Baca Al-Quran". Then, bila aku aktif dengan Blog, aku kurang ber-FB pulak. Rasa kurang info lah tentang kawan-kawan lama kat FB tu. Itu lah tak elok nya bila aku aktif dengan Blog. 

So penyelesaiannya, aku perlu bersederhana je lah dalam semua perkara. Pernah la terfikir nak stop terus. Tapi minat menulis tu datang balik. kejap on off on off. Tak tetap pendirian betullah aku ni..(T-T) Biar je lah~ psst, pernah je orang cakap blog aku bosan, mati terus minat nak berblog...:) tapi bila ada orang kata kat aku, "ada blog ni smart!", hidup terus minat nak berblog. Kire cam mati hidup semula lah..lalala

next! 
  • Apakah blog ini hanya untuk mencari nama / glamour ?
Baik jadi Artis! Thats a better way la. Mudah pun ye. Masuk je audition AF, menang ke tak menang konfem punyer masuk TV. Try tengok, Blogger yang popular, ade ke, pernah ke diorang dapat masuk TV..tak kan? Emm Blog ni lebih kepada kepuasan diri sendiri, berkongsi idea dan menambah kenalan la yang bagi aku. 
  • Banggakah anda menjadi seorang blogger ?
Bangga! Tapi kadang-kadang segan pun ye..hehe. Entah pape je aku ni kan. Betul. Pernah tau, aku hang out ngan kawan2 then membe aku tu cakap gini..haa pasni masuk dalam blog. erk..aku terdiam kot..hehe. Tapi aku pun tak pasti aku boleh jadi blogger sampai bile. Yang pasti nye, aku ada tanggungjawab lain yang lagi besar nanti. Dan aku sangat takut, tak dapat bahagikan masa aku dengan baik. Jeles tau tengok Blogger-Blogger yang aktif tapi pada masa yang sama, kerjaya dan study diorang ok je. Em mungkin aku perlu lebih banyak belajar lagi dari diorang...hehe

p/s : berminat nak join segmen ni?? klik sini

3 comments:

Nur Mudrikah said...

kita harus berbangga dengan blog sendiri..hehe..

teruskan usha, nuffnang tu tolak tepi dulu, yg penting enjoy..join me..

Unknown said...

salam bloggerS!! TAMBAH KENALN YOK!!

syanabel said...

wsalam. hye Aisyah & Nur Mudrikah. sori baru sempat nak reply.Thanks singgah sini :)) dtg lah lagi k..hehe

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...